Tuesday, March 1, 2011

INI KISAH SIAPA?

Aku mahu berkongsi tentang sebuah emel yang kuterima. Dan aku mengisahkan ini pada kamu.. Ini kisah siapa?









Lihat apa yang dilakukan oleh orang yang masih tidak mengakui dirinya bersalah. tidak mahu menerima hakikat bahawa rakyat sudah tidak mempercayainya. Jika mubarak dijatuhkan dnegan 100 jiwa yang terkorban...tetapi di Libya, masih baru...tetapi begitu ramai yang terkorban dengan cara yang ganas, tidak berperikamusiaan.Semoga Allah membuka lagi ruang-ruang kejatuhan bagi mereka yang merasakan dunia itu kekal milik mereka.

Saudaraku, ketika mana kita melihat gambar-gambar seperti ini....apakah yang terbayang dalam hati kita. Apakah perasaan atau emosi yang lahir dari jiwa kita? Apakah kita melihatkannya seperti mana foto-foto yang lain...ataukah apa? Setiap seorang di antara kita mungkin akan terkesan...tetapi kesannya sejauh mana?...Sebentar atau lama kesannya? kesan yang membawa perubahan diri atau tidak? Perubahan diri yang sekadar mana? yang membawa peruhahan hanya pada dirinya, ataupun kepada orang lain nanti. Dan adakah amalnya ketika senang saja? ataupun dalam saat kesulitan itu dia akan terus beramal? Itulah persoalan yang seharusnya timbul dalam diri ketika melihat foto-foto yang menyayat hati....meskpun mereka digelar 'syuhada'' tetapi tetaplah yang menzalimi itu dihukum di muka keadilan...Siapakah yang mengheret mereka untuk dihukumi?.... KITA, ya....KITA.

No comments:

Post a Comment