Thursday, September 30, 2010

NOTA TERAKHIR




Sekarang, aku lebih banyak menyendiri, mengintrospeksi diri. Terlalu banyak telah aku sia-siakan. Motivasiku juga semakin menipis. Aku butuh waktu untuk menata kembali segala urusan hidupku. Kini, aku bagaikan hilang identiti diri. Semangat yang dulu membara, kini malap, bahkan terpadam sama sekali.

Mungkin, aku patut menutup blog ini. Kerana blog yang pada mulanya kucipta untuk berkongsi motivasi dan juga memberi motivasi, kini memakan diri sendiri..

Aku berasa sangat-sangat sedih atas apa yang menimpa hidupku saat ini. Namun, di mana harus kubermula semula?

Daripada blog ini menjadi fitnah buat diriku sendiri, lebih baik ia terkubur..Aku mohon maaf kepada semua yang mengikuti blog ini, atau yang pernah membaca artikel dari blog ini. Aku tak dapat nak teruskan sumbanganku, tak dapat lagi menumpahkan motivasi buat semua..

Semoga terus berkongsi motivasi..

Terima kasih atas segalanya..

Aku berjanji untuk kembali beraksi setelah semangatku hadir semuala. Pasti! InsyaAllah!


Monday, September 27, 2010

PENILAIAN DAN HUKUMAN




Kadang-kadang manusia hanya pandai menilai lalu menjatuhkan hukuman. Percayalah, penilaian Allah itu yang utama. Manusia melihat kelesuan seseorang, kelemahan seseorang... Lalu terus melabelkan ia sebagai 'kefuturan'. Namun jarang sekali bahkan tiada yang bertindak untuk mencari punca. Bahkan punca itu ditenggelami oleh keghairahan untuk melaju. Yang perlahan, jauh ditinggalkan di belakang...


...to be continued...