Thursday, March 10, 2011

SANAH HELWA YA UKHTI


AWAN BERARAK CERIA

TIADA TITIS HUJAN

POHON MELAMBAI

TANDA SOKONGAN

KUSUSURI PERJALANAN

BERTEMANKAN SENYUMAN

DI HARI LAHIR MU

KEKASIH KU

DEDAUN BEGUGURAN

MENITIKAN KEDEWASAAN

WALAU TANPA MATA & HATI YANG

NAMUN CUKUP UNTUK KU…

SEGAR DAN UCAPAN

SELAMAT HARI LAHIR

IRINGAN DOA KU HULUR

BERSYUKUR KEPADANYA

ATAS NIKMAT USIA

USIA MU IBARAT MUTIARA

TIADA BERGANTI LAGI

HIASKAN IMAN BERSULAM TAQWA

AGAR SEMPAT MENGUCUP

HARUMAN SYURGAWI

*************************************

"Buat sahabatku yang tercinta..Semoga sentiasa tersenyum, semoga Allah memberimu bahagia saat ujian menduga..Semoga diberi kekuatan saat jiwamu melemah..Sesungguhnya, aku mencintaimu kerana Allah."

No comments:

Post a Comment