Thursday, March 24, 2011

BUKALAH DIRIMU


~ibarat mutiara untuk digilap~

Pernah suatu ketika dahulu murabbiku memberi sedikit taujih. Tentang pembaikan diri. Tentang erti berlapang dada. Tentang sebuah kepercayaan. Katanya...

" Pembaikan diri tidak akan boleh dilakukan tanpa antunna membuka diri antunna. Bukalah diri untuk diperbaiki, untuk diteguri, untuk dilurusi. Bilamana kita masih tidak mahu membuka diri kita pada orang lain, bermakna dalam diri kita masih ada lagi sisi kesombongan, merasa diri lebih baik dan tiada apa untuk diperbaiki.

Jika diteruskan dengan rasa 'eksklusif' itu, hati kita akan mengeras. Kita tidak mahu menerima teguran, tidak mahu mendengar nasihat. Tiada erti berlapang dada. Bila ini terjadi, antunna susah hendak meningkat. Sukar juga mencari apa potensi, apa kelemahan, apa kelebihan untuk digilap. Untuk diberdayagunakan. Tidak berkontribusi. Tidak tahu untuk meletakkan posisi.

Bukalah diri antunna. Adakah kita merasa terlalu 'berharga' tinggi untuk berkongsi?"

Waktu itu, kata-kata itu berlalu bagai angin. Atau bagai air yang dicurah ke daun keladi. Tidak meninggalkan kesan dalam hati. Hari ini, kata-kata itu terngiang kembali. Tertusuk dalam sekali. Benar rupanya. Ada sisa sesal dalam hati ini.

Kerana...masih ada sisi kesombongan dalam diri. Masih tidak mahu membuka diri. Sehingga sulit untuk mencari ruang pembaikan. Sehingga merasa asing sekali.

Rupanya memang. Ada mutiara yang menunggu untuk digilap hingga bersinar, berkilau. Tapi mengapa begitu sukar untuk melakukannya? Cuba cari di mana akarnya. Masih belum terlambat. InsyaAllah...

2 comments:

  1. assalamu'alaikum.
    sangat menyentuh.
    syukran ats pringatan.

    doakan umy kak.
    :'(

    ReplyDelete
  2. sulit membuka diri ini, tapi itulah tarbiyah...buka diri untuk ruang koreksi...jzkk umy..=)

    ReplyDelete