Tuesday, March 8, 2011

UMAT UIA YANG SAKIT!

'suram'nya suasana

Detik Ketibaan.

Saat aku melangkah masuk ke CAC Hall, hatiku terus berdetik.."Aku datang awal sangat ke?" Ternyata dewan masih kosong. Hanya ada beberapa orang komiti yang boleh dikira dengan jari. Jam sudah menunjukkan pukul 8.45malam. Mengikut tentatif, sepatutnya Opening Ceremony Al-Quds Week bermula jam 8.30malam. " Mungkin ramai yang akan datang selepas solat Isyak kot..." Aku cuba husnuzzhon.

Depan yang lopong

Detik Pembukaan.

Acara malam ini dibuka dengan kata-kata aluan oleh MC dwibahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kemudian, alunan ayat suci Al-Qur'an Surah Al-Isra' ayat 1-10 pun bergema memenuhi ruang dewan. Saat itu, masa bagaikan terhenti. Syahdu, sungguh menusuk kalbu.


Detik Penantian.

Detik demi detik, minit berganti minit, saat berganti saat. Tepat jam 9malam. Masih terlalu banyak tempat duduk yang kosong. Aku memahami kenapa majlis masih belum bermula. Oleh sebab hadirin yang datang terlalu sedikit. Tempat duduk kosong masih melaut luas. Aku faham itu. Speaker malam ini, Assoc. Prof. Dr. Belghit Mohamed sudah tiba awal lagi bersama isterinya.

belakang yang kosong

Detik Masukan.

Ustaz Belghit membuka talknya dengan Surah Al-Isra' ayat 1. Sudah cukup untuk menggugah jiwa setiap yang mendengarnya. Ustaz telah memperlihatkan kami dengan senario kini tentang isu ini. Di mana menurut ustaz, apa yang berlaku sekarang adalah, "Ghaza...Ghaza...Ghaza..." Ini merupakan salah satu agenda juga di mana Yahudi menyediakan mental masyarakat dunia dengan hanya prihatin terhadap isu Ghaza sehingga melupakan isu pokok iaitu Masjidil Aqsa.

Sedikit petikan dari talk ustaz:
"Before this people concerned about 'Free Palestine'...Now, 'Free Ghaza'... What's next? Maybe 'Free My House' or 'Free My Kampung'. That's the point. They (Yahudi) wants to narrow the area to prepare mentality of people to not concern about Masjidil Aqsa anymore."

Sedikit tambahan lagi, "You cannot be a true muslim until you concern about Palestine." Masa ni, menyirap darah dengar ayat ni keluar dari mulut ustaz. Kerana apa? Kerana Isu ini adalah isu akidah kita. Ramai yang di luar sana tidak menyedarinya.

Untuk lebih jelas lagi, ustaz yang berwarganegara Algeria itu pun mengulanginya dalam bahasa Melayu. "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia memahami bahawa Masjidil Aqsa adalah salah satu bahagian daripada aqidahnya."

Menurut ustaz, "Masjidil Aqsa is in our hand.If muslim ummah is weak, Masjidil Aqsa is not in our hand. That's mean, the key of the power of ummah is Masjidil Aqsa."

Ustaz menambah lagi, "Kalau kita nak tahu umat Islam ini sakit ataupun sihat, tengoklah Masjidil Aqsa, Masjidil Aqsa sihat ke sakit?"


Detik Muhasabah.

Benar-benar menyentap jiwa setiap butir yang ustaz ucapkan. Dan aku melihat kiriku, kosong... Aku menoleh ke belakang melihat seluruh dewan. Masih kosong. Hanya bertambah sedikit. Hambar. Aku bagaikan nak menangis melihat kondisi umat UIA sekarang. Banner di hadapan pentas kulihat. "Ayuhal Syabab! Wake up! Maybe we are the next victim."

seat yang sepi

Kepada siapakah ayat itu ditujukan? Sia-sia belaka! Umat UIA sedang tidur! Dan kalaulah musuh Islam datang mengepung UIA saat itu, pastilah takkan ada yang selamat. Aku bukan mahu menghiperbolakan keadaan. Tetapi, itu saja yang terfikir di fikiran. Sungguh menyedihkan. Yang brothers, Melayu hanya ada dua tiga ketul saja tadi. Yang lain semuanya international students.Yang sisters masih boleh dimaafkan. Lebih ramai daripada brothers.

Hairan ya? Walaupun pelbagai wadah yang jadi organizer, tapi mobilasi ahli-ahlinya seperti 1/6 sahaja daripadanya. Mengapa? Adakah promosi kepada ahli-ahli tidak sampai? Rasanya poster sudah merata, meluas. Sms bertali-tali. Benar. Semua ini, benar-benar menguji keikhlasan kita bekerja di jalan Allah (bak kata seorang sahabat). Semoga Allah ampun dosa-dosa kita semua.

Adakah aku terlalu banyak berkata-kata? Entahlah. rasa marah dan sedih masih tak hilang. Sehingga rasa terus nak menulis tentang ini di blog ini.

Seandainya, warga UIA mendengar apa yang ustaz katakan tadi, pasti mereka tidak akan tidur nyenyak malam ini. Di mana hilangnya rasa? Di mana letaknya hati? Di mana?


Detik Harapan.

Aku doakan, semoga program Al-Quds Week berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Semoga kita akan saling membahu. Semoga setiap dari kita mahu berkontribusi walaupun sedikit. Kita mahu setiap daripada kita mendapat bahagiannya bukan? InsyaAllah...Ketahuilah, jalan ini tidak menjanjikan permaidani merah dan taburan bunga-bunga di sepanjang jalannya. Maka, kita harus bersatu hati dan terus kuat.

Kita mahu satu saat nanti kita bisa berbangga di hadapan Allah atas apa yang kita perbuat untuk Masjidil Aqsa. Dan apabila kita dituntut oleh saudara-saudara kita di sana nanti pada hari pembalasan, kita bisa menjawab, "Aku pernah berkontribusi untuk Masjidil Aqsa..Untuk Palestin..di UIA dulu, masa minggu Al-Aqsa Week." InsyaAllah.

Palestine will be free!

Indah bukan?




3 comments:

  1. salam..

    Masya-Allah, sedih sgt tengok. Kenapa jadi mcm ni?? Semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk unruk semua. Mana pemuda-pemudi Islam? Mujahid dan mujahidah Islam? Kalau di UIA mcm ni agknya mcm manalah keadaanya di luar sana??? Allahuakbar..!! Bangunlah wahai remaja Islam..! Semoga Allah berikan hidayah dan sampaikan kepada hati-hati kita. Amin.. :')

    ReplyDelete
  2. sedih2.. sy skrg pelajar asasi PJ, hurm, keadaan pun sama, kalau tajuk talk yg gempak sikit, baru penuh.. ada gak yg penonton boleh bilang dgn jari.. sedih2x

    ReplyDelete
  3. little caliph@imtinan: insyaAllah amin..

    Tok Esah: adakah ini satu lg petanda akhir zaman? Dan kelmarin sedang ada program wayang pacak "Salahuddin Al-Ayubi", ada sekumpulan manusia uia yg anjurkan "Jamming Akbar" tepi riverside yg gelap...bernyanyi2...cmpur bro n sis...what happened to IIUM? whre's the 'I'? Mungkin kita masih belum buat'kerja' lagi kot...

    ReplyDelete