Wednesday, March 2, 2011

TANAMLAH BENIH ITU


Saya sangat percaya bahawa janji Allah itu benar. Janji Allah itu pasti!


Hari ini satu lagi rahmat Allah terlimpah buat hamba-Nya yang berusaha dan yakin telah terbukti. Segalanya pasti jika itu yang dikehendaki-Nya.

*************************************

11.15 am:
(KAED cafeteria)

Sahabat: Syeera, pergilah jumpa Madam Zuraidah. Mana tahu dia boleh tolong.
Syeera: Boleh ke? Emm...Awak teman saya. Boleh?
Sahabat: Ok, jom. 11.30 saya ada kelas.


11.20am:
(Di Pejabat Madam Zuraidah)

Kerani: Adik datang semula pukul 4petang nanti boleh? Madam Zuraidah ada lawatan pagi ni. Petang pula dia ada meeting dengan rector. Nanti datang lagi ya.
Sahabat: Sekarang ni awak banyakkan doa. Jangan putus asa.
Syeera: Ya...terima kasih sahabat.


3.50pm:
(Pejabat Madam Zuraidah)

Syeera: Macam mana bang? Boleh ke?
Kerani: Sekejap ya. Abang buatkan surat. Awak cuba je lah. Kalau rezeki awak, bolehlah. Awak masuk pejabat Madam Zuraidah ambil tanda tangan. Bawa surat ni ke Finance Division dan datang semula ke sini untuk release block pre-registration tu.
Syeera: Baik. Terima kasih bang.

4.10-4.30pm:
(Finance Division)

Beratur di Finance Division. Hati makin resah. Sempat ke tidak. Pukul 5 ni, pre-registration untuk level 4 akan tutup sempat tak?
Kerani: Ok dik, nanti kami unblock.
Syeera: Baik. Terima kasih kak.

4.40pm:
(Pejabat Madam Zuraidah)

Syeera: Bang, saya dah pergi Finance Division. Mereka kata akan unblock.
Kerani:Kejap abang check dulu. Oh..Alamak dik, mereka belum unblock lagi. Takpe, kita tunggu 10minit lagi.
Syeera: Sempat ke bang? Saya kena regist before pukul 5.
Kerani: Nanti kita tengok dulu.

4.40-4.50pm:
(Ruang tamu pejabat)

Syeera: Dik, boleh minta satu credit. Credit akak dah habis. Akak nak message kawan akak. Penting. Registration.
Adik: Boleh kak. Nah.
Syeera:Terima kasih dik.

"Huda, tolong saya regist subjek. Matric no. saya 1234567 password saya ************. Tolong ya."


4.50pm:
(Pejabat Madam Zuraidah)

Syeera: Macam mana bang?
Kerani: Jom kita check...Alhamdulillah dik..Dah unblock. Adik boleh regist sekarang.
Syeera: Baik bang. Terima kasih. Saya kena berlari dulu bang. Assalamu'alaikum.


4.54pm:
(Lab E4)

Huda: Syeera, tak boleh log in.
Syeera: Saya try. Laa..patutlah...saya bagi password salah.

Sesi pre-reg berlangsung.

Sempat add 4 subjek critical; EAP,DS,Management dan EOP. Yang lain subjek department.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

5.00pm:

Session for level 4 is closed!

Alhamdulillah...

Yang mustahil..jadi kenyataan..Kunfayakun...Janji Allah itu benar. Janji Allah itu pasti..

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(At-Thalaq:2-3
)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

"Jika berlaku Kiamat sedangkan di tangan kamu ada benih, maka jika sempat sebelum Kiamat itu berlaku, maka tanamlah benih itu."

Jangan pernah putus asa dari rahmat Allah. Jangan sahabatku. Jangan!

"fa inna ma'al 'usri yusro, inna ma'al 'usri yusro..."


No comments:

Post a Comment