Anak: Mak, tengok ni..kain kakde dah koyak.
Mak: Mana? Kenapa boleh koyak tu? (lembut nadanya)
Anak: Dah lama sangat..kain ni dah nipis..Macam mana ni mak?
Mak: Boleh tampal tu..
Anak: Boleh ye mak? Nanti mak tolong tampalkan ye?
Mak: Nantilah mak dapat duit kaklong bagi nanti, belilah yang baru. Nanti mak bagi duit.
Anak: Mahal kain macam ni mak..
Mak: Takpelah..nanti mak kumpul duit..
Anak:...(dalam hati rasa nak nangis time tu jugak)
Dia tahu, ibu tua itu tiada duit. Tiada sumber pendapatan. Bukan niat di hati mengadu untuk dibelikan yang baru. Bukan. Namun jawapan yang ibu tua itu berikan, sudah cukup untuk meruntun hatinya. Ibu, inilah dia ibu kita..Sentiasa mahu memberi..tidak pernah meminta-minta.Kita? Adakah kita bisa membalas seperti itu?
Saat mendengar lagu "Setia kasihmu" dendangan kumpulan nasyid Mustika, air matanya jatuh berderai. Sedu-sedan menemani sunyi malam itu. Saat rasa rindu pada ibu menerpa, mengingati pengorbanan setiap tulang empat kerat ibunya...setiap titis peluh dan air mata ibunya..setiap penat jerih ibunya..dan setiap pelukan hangat ibunya...
"Mak..."
Setia Cinta Ibu Tandingan
Setia Kasih Ayah Tiada Bandingan
Kelu Lidah Menutur Kata
Pujian Seluruhnya Takkan Kesampaian
Murni Kasih Ibu Tiada Teralah
Murni Kasih Ayah Tiada Tergugah
Di Telapak Cintanya Kita Dibesarkan
Di Mahligai Kasihnya Kita Dibelai
Sedetik Pun Kita Tak Harus Terlupa
Setitis Pun Kita Tak Harus Alpa
Demi Cinta Ibu Demi Kasih Ayah
Kurniakan Syurga Untuk Mereka
Kasih Mereka Melimpah Ruah Tiada Bertepi
Jasa Keduanya Abadi Selamanya
Engkau Permata Di Jiwa Ini
No comments:
Post a Comment