Tuesday, July 20, 2010

STABILIZE MYSELF





Bersendiri dgn Allah... duduk berteleku, mengadu segala rintih sayu buat-Nya..
Memang itulah agenda utama seorang da'ie..
Namun, kesendirian itu tidak boleh terlalu lama..
kerana musuh utama syaitan akan sentiasa membisikkan pujuk rayunya...akan memasukkan jarum bisanya...agar kita mula rasa selesa dgn sepi, rasa tenang dgn sendiri..rasa bahagia tanpa teman di sisi...

Pernah diri ini diuji hebat, tidak berapa lama dulu, saat bermulanya tamrin akhawat di Ansar..
Begitu dahsyat pujukan itu, godaan itu dtg bgaikan hujan peluru..rasa ign jauh dari majlis ilmu, bersendirian, bersantai tenang bersama keluarga...

Namun, di situ iman teruji...benteng iman yg goyah harus dipancak semula...sungguh sakit, tangis, sendu terus mengamuk dlm jiwa...

Istighfar saat itu...
mohon perlindungan dari syaitan yg direjam...
sgt sakit...namun itulah jihad linafsih..

Alhamdulillah...akhirnya mata hati bertemu akhawat...
rindu menyubur mekar...
kasih harum mewangi..

Ya, akhirnya diriku menang hari itu!
Namun, aku kan terus berjuang kerana
musuh itu pasti kan dtg lg saat hatiku sakit, saat hatiku hiba, saat aku keliru dan saat aku mahu bersendiri..

Semoga aku kan terus kuat..teguh..kukuh...
Memegang panji Allah, ats nama seorang da'i..
Bersama akhawat tercinta...
Doakan agar diri ini dan akhawat semua kan terus tsabat...amin~

Monday, July 19, 2010

FIRST STEP!


Itulah yang payah. Itulah yang berat. Setiap kali kita ingin berubah, itulah masalah. Tapi sampai bila ingin di tapuk yang lama? Planning sudah bergulung-gulung, jadual itu dan ini penuh tertampal di dinding, pelbagai reminder penuh dalam handphone. Things To Do sudah melerat-leret senarainya. Yang tinggal, hanya beraksi. Namun itu pun susah.

Need a lil push... Need motivation... Setiap kali pub begitu. Mengapa tidak cuba untuk melangkah?? Walaupun selangkah, masih belum... Tiada kekuatan? Bagaimana nak kenal kelemahan jika selangkah pun belum dimulakan. Jangan sebut soal kekuatan jika kelemahan masih tidak dikenalpastikan.

Wahai diri,
Cuba renungi... Cuba mengerti...
Percayalah...One step will lead to thousand steps..
InsyaAllah~

Yuk, beraksi!