" Kami yakin, saudara-saudara seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membantu kami untuk terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?
Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelematkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.
Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.
Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, NANTIKAN HARI PEMBALASAN. KAMI AKAN TUNTUT DARIPADA ALLAH ATAS KELEMBAPAN SAUDARA SEMUA. KAMI TIDAK AKAN REDHA PADA KELESUAN DAN KEBISUAN KALIAN. KAMI TIDAK AKAN MEMAAFKANNYA.
Kami juga berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin.
Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid.
Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.
Allahu akbar! "
Petikan pesanan HAMAS buat umat Islam di Malaysia.
-Palestina Tercinta-
Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsa tercinta
Kami akan berjuang
demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia
Untukmu Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu Al-Aqsa yang mulia
Kami kan terus bersamamu
(Shoutul Harokah)
"Aku malu apabila Allah melihatku tertawa sedangkan Baitul Maqdis dalam tangan Yahudi"
-Salahuddin Al Ayubi-
No comments:
Post a Comment