Monday, March 7, 2011

HIJRU AHLI JAHILIY

Apakah yang antum semua faham akan tajuk di atas?Alhamdulillah, kami sempat mengupas tajuk di atas.InsyaAllah, sedikit perkongsian yang ana dapat dari perbincangan bersama sahabat-sahabat ana petang tadi. Tapi di sini, ana nak lebih fokuskan pada 'jahiliyah' itu sendiri.

Jahiliyah tidak berlaku pada zaman Nabi SAW sahaja. Kalau kita melihat dengan teliti, prinsip jahiliyah yang berlaku sekarang sama saja dengan jahiliyah yang berlaku pada zaman Nabi SAW. Anda tak percaya? Cuba lihat contoh-contoh yang ana tunjukkan di bawah. Jelas sama bahkan lebih dahsyat lagi.

Antara contoh-contohnya:

1. Membunuh bayi.


-Kalau zaman jahiliyah dulu, bayi perempuan dibunuh hidup-hidup. Zaman sekarang, bukan sahaja bayi perempuan, bahkan kedua-duanya sekali dibunuh hidup-hidup. Malah lebih kejam!


2. Homoseksual.



-Kalau zaman jahiliyah dulu, aktiviti tidak bermoral ini berlaku pada zaman Nabi Lut. Sehingga Allah membalikkan bumi untuk membersihkannya dari maksiat ini. Sekarang, kita lihat homoseksual kembali tumbuh, bahkan diiktiraf. Lebih dahsyat berbanding jahiliyah dulu, kini ada tambahan lagi dengan aktiviti lesbian. Sangat menjijikkan!


3. Menyembah berhala.


-Dahulu, berhala dari patung-patung disembah. Sekarang, artis-artis dijadikan berhala. Mereka menyanjung tinggi setiap yang dipertontonkan. Bahkan berhala-berhala zaman ini lebih kepada kebendaan!


4. Fesyen.


-Wanita zaman jahiliyah menyanggul rambut mereka seperti bonggol unta untuk menarik perhatian lelaki. Apa bezanya dengan wanita sekarang. Kita melihat fesyen rambut bonggol tinggi semakin menjadi ikutan walaupun bagi wanita yang bertudung. Mereka menyanggul rambut mereka tinggi, dan memperlihatkan leher dengan memakai tudung yang ketat dan jarang. Ketahuilah...

"..para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggang-lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya..." (Hadith Riwayat Muslim)


5. Minum arak


-Ini begitu jelas. Zaman jahiliyah dulu...kini berulang lagi. Menjadi suatu kebiasaan. Dan lebih menyedihkan lagi, apabila ditanya kepada pekerja 7eleven mengenai pelanggan yang membeli arak, jawapan mereka, "remaja islam melayu lah yang paling banyak membeli arak."!


Bukan hanya yang di atas ini sahaja, bahkan masih banyak lagi untuk dibincangkan di sini. "You can tell yourself, right?"

Terdapat beberapa ciri-ciri bagaimana Allah mentakrifkan apa itu jahiliyah (maaf, tak sempat catat sumber):

1. Orang yang tidak arif dengan ilmu uluhiyah/makrifatullah
2. Terjebak dalam hal-hal yang dilarang oleh Allah

3. Sentiasa berhias dan bertingkahlaku seperti orang yang terdahulu (jahiliyah zaman dulu).

4.Berhukum dengan hukum selain hukum Allah.


Inilah antara beberapa ciri yang boleh kita lihat pada orang-orang yang jahil.

Banyak bukan?
Zaman kini...Jahiliyah zaman moden...Sama saja dengan zaman dahulu...Mengapa sangat penting kita mengetahui tentang jahiliyah ini? Seperti kata Umar r.a:

"Seseorang tidak akan kenal Islam jika ia tidak kenal jahiliyah."

Bukanlah bermaksud kita perlu melakukan hal-hal jahiliyah itu. Tetapi penting untuk kita mengetahui ciri-cirinya, kelemahannya, cara mengatasinya dan sebagainya. Dan barulah kita dapat menyusun strategi untuk menegakkan Islam. Melihat Islam tertegak di muka bumi ini.

Setelah mengenali apa itu jahiliyah, apa pula peranan kita?

No comments:

Post a Comment