Monday, March 28, 2011

SIBUK SANGATKAH KITA?

Pemandangan biasa bila musim 'final exam' menjengah...



Facebook: offline(but still log in)

Yahoo mail: status busy (sign in gak)





Yang ni pun...
Sibuk sangatkah kita?
.
.
.
.
.
.
.
.
Nak tergelak pun ada.
:)


Wish u all the best. Bittaufik wannajah!

Thursday, March 24, 2011

BUKALAH DIRIMU


~ibarat mutiara untuk digilap~

Pernah suatu ketika dahulu murabbiku memberi sedikit taujih. Tentang pembaikan diri. Tentang erti berlapang dada. Tentang sebuah kepercayaan. Katanya...

" Pembaikan diri tidak akan boleh dilakukan tanpa antunna membuka diri antunna. Bukalah diri untuk diperbaiki, untuk diteguri, untuk dilurusi. Bilamana kita masih tidak mahu membuka diri kita pada orang lain, bermakna dalam diri kita masih ada lagi sisi kesombongan, merasa diri lebih baik dan tiada apa untuk diperbaiki.

Jika diteruskan dengan rasa 'eksklusif' itu, hati kita akan mengeras. Kita tidak mahu menerima teguran, tidak mahu mendengar nasihat. Tiada erti berlapang dada. Bila ini terjadi, antunna susah hendak meningkat. Sukar juga mencari apa potensi, apa kelemahan, apa kelebihan untuk digilap. Untuk diberdayagunakan. Tidak berkontribusi. Tidak tahu untuk meletakkan posisi.

Bukalah diri antunna. Adakah kita merasa terlalu 'berharga' tinggi untuk berkongsi?"

Waktu itu, kata-kata itu berlalu bagai angin. Atau bagai air yang dicurah ke daun keladi. Tidak meninggalkan kesan dalam hati. Hari ini, kata-kata itu terngiang kembali. Tertusuk dalam sekali. Benar rupanya. Ada sisa sesal dalam hati ini.

Kerana...masih ada sisi kesombongan dalam diri. Masih tidak mahu membuka diri. Sehingga sulit untuk mencari ruang pembaikan. Sehingga merasa asing sekali.

Rupanya memang. Ada mutiara yang menunggu untuk digilap hingga bersinar, berkilau. Tapi mengapa begitu sukar untuk melakukannya? Cuba cari di mana akarnya. Masih belum terlambat. InsyaAllah...

Monday, March 21, 2011

THAT SENSE


Sana-sini kenduri kahwin. Sana-sini dapat jemputan. Kawan-kawan sekolah, kawan-kawan UIA, semua sedang maju menuju ke gerbang perkahwinan. Normal...25 tahun, umur yang ideal untuk menempah tiket pernikahan. Kenapa tiba-tiba aku buat entry pasal pernikahan ni? Penyakit hati? Taklah...Sebab semalam ada orang cakap macam ni kat aku:

"Ko umur dah 25, takde pakwe lagi, ko nak kawen ape?"

Uppss! Berbisa betul kata-kata ni. Dengan selambanya aku jawab,

"Jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan..."
Dia bukan orang tarbiyah, aku tak salahkan dia. Mind-set. Kebanyakan orang di luar sana berpendapat kalau kita takde 'pakwe' maka kita tak boleh kahwin. Aduh...kalau macam tu, tak aci la... Pemikiran yang kita kena betulkan. Reset. Macam mana? Balik-balik tarbiyahlah...

Bila baca artikel Share Motivasi yang terbaru tajuk 'Gopoh-gapah dalam perkahwinan' , aku akui memang betul apa yag diketengah dalam artikel tu. Dan itu jugaklah yang aku hadapi dengan orang-orang di sekeliling aku. Cumanya, jawapan aku...

"I still dont get that sense.."

Boleh ke jawapan tu? Sebenarnya, mengertilah akan ayat ini...

"Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat."

Mengertilah..dan yakinilah...Dalam hati aku akui, aku masih belum benar-benar menjadi wanita yang 'baik' itu. Masih lagi memperbaiki diri. Masih punya misi yang belum tuntas. Jauh lagi.

Kepada diriku, biarlah apa orang nak cakap. Yang penting aku tahu diri aku, aku faham diri aku. Cukuplah Allah sebagai penolong. Cukuplah Allah bagiku.

Friday, March 18, 2011

SAVOR THE COFFEE, NOT THE CUP

secawan kopi bisa mengajarkan erti hidup


Alhamdulillah, sekali lagi kesyukuran kupanjat buat Allah yang memilihku dan sahabat-sahabatku untuk berada di majlis ilmu 'Woman Issues' semalam. Percayalah, Allah telah memilih kita untuk berada di situ. Untuk memetik ranumnya buah ilmu. Sesungguhnya, andai kita tidak berada di majlis ilmu itu pastilah kita berada di tempat-tempat lain. Dan, percayalah seandainya kita tidak mengisi waktu kita dengan hal-hal kebaikan, pastilah hal-hal keburukan yang akan mengisi ruang waktu kita.

Tajuk malam tadi 'Total Motivation' sangat-sangat relevan dengan waktu sekarang. Waktu di mana students UIA sedang mengira detik untuk menempuh satu lagi 'mini test' iaitu Final Exam. Kurang dua minggu lagi.

Aku tertarik dengan satu video menunggu yang ditayangkan sementara menunggu penceramah tiba. Begini kisahnya...

********************************************

Sekumpulan pelajar alumni sebuah universiti telah datang menziarah pensyarah mereka, seorang profesor. Mereka saling bertukar khabar. Ramai di antara mereka yang mengadu tentang hidup mereka di alam pekerjaan yang penuh dengan stress, kesulitan, kepenatan dan kesibukan. Dan mereka teringin sekali untuk kembali ke zaman mereka belajar dahulu. Profesor itu hanya tersenyum mendengar aduan mereka. Lalu, beliau pun menawarkan minuman kopi kepada mereka. Semuanya nampak suka. Profesor itu pun ke belakang untuk membuat kopi.

Beberapa minit kemudian, profesor itu pun kembali dengan menatang satu teko kopi dan beberapa biji cawan. Yang anehnya, kesemua cawan-cawan itu semuanya datang dari pelbagai jenis bahan dan bentuk. Ada yang diperbuat daripada seramik, porselin, kaca, polisterin dan juga plastik. Ada yang nampak macam eksklusif dan ada yang nampak murah. Profesor itu pun menuangkan kopi itu ke dalam cawan-cawan tersebut.

Ternyata, ramai di antara mereka yang memilih kopi yang dituangkan ke dalam cawan yang nampak mahal dan eksklusif berbanding cawan yang murah seperti plastik dan polisterin. Profesor itu tersenyum melihat gelagat bekas-bekas pelajarnya itu. Lalu, dia pun mula bersuara.

"Anak-anakku, lihatlah... Itulah dia punca kepada permasalahan kamu semua."

Sambil tangannya menunjukkan ke arah cawan-cawan itu. Pelajar-pelajarnya kehairanan dan penuh tanda tanya.

"Tengok, kebanyakan dari kamu semua memilih cawan-cawan yang kelihatan mahal dan eksklusif sedangkan cawan-cawan yang kelihatan murah seperti plastik dan polisterin diketepikan. Sedangkan rasa kopi itu tetap sama.
Inilah dia punca kepada semua masalah kamu. Kebanyakan kita hanya mahu mengambil jalan yang kelihatan mudah. Kita memilih untuk senang, mudah dan selesa tanpa mahu mempedulikan kesulitan dan tekanan itu. Sedangkan hidup ini memang begitu. Penuh dengan dugaan. Adakalanya kita gembira, dan adakalanya kita berduka.
Seandainya kita memandang hidup ini dengan melihat hakikat sebenarnya, pasti kita akan merasa stress dan sulit setiap waktu. Anak-anakku, kopi itulah ibarat hidupmu. Dan cawan-cawan itu pula ibarat masalah-masalahmu dalam pekerjaan, peluang dan sebagainya. Tak penting apakah bentuk atau rupa cawan-cawan itu. Yang penting bagaimana kamu menikmati hirupan kopi itu."

********************************************

Begitulah, hidup ini bukan untuk sekadar itu saja. Sama juga dengan belajar. Kita perlu tahu apakah sebenarnya tujuan kita belajar. Betulkan niat kita belajar ini hanyalah kerana Allah. Dan apabila kita tahu dan sedar bahawa kita tidak belajar sekadar untuk mengejar kemewahan atau kesenangan pada masa depan, insyaAllah kita tidak akan merasa belajar itu satu beban. Pastikan kita belajar hanyalah kerana Allah. Dan semata-mata untuk menyumbang kepada Islam. Itulah sebenarnya 'Total Motivation' kita.

"SAVOR THE COFFEE, NOT THE CUP."

Boleh ya?

Wednesday, March 16, 2011

PEMANDANGAN YANG 'INDAH'

Hari ini signal hatiku berbunyi-bunyi tak berhenti dari petang. Tanda tak selesa pada sesuatu..macam..maksiat kot. Argh! Tension lagi. Dan lagi. Mana taknya...Mata aku asyik dihidangkan dengan macam-macam pemandangan UIA yang 'indah' lagi 'menenangkan'.

yelah tu....

Jam 6.15pm:

Depan postguard Mahallah Ameenah, masa nak melintas jalan, aku terlihat pemandangan ni...
sister tu pakai tudung la tapinya...

Tak tahu ke benda ni haram?! Haram membonceng dengan berlainan jantina. Tak faham ke atau buat-buat tak faham? Menyampah betul! Kalau dah kahwin, lain ceritalah. Tapi, aku rasa orang dah kahwin pun malu nak buat macam ni kat dalam UIA ni, kan? Yang sister kat belakang tu 'malu-malu' konon. Sopan je duduk jauh-jauh sikit. Macam ada 'gap' la konon. Jauh la sangat...

Aku dan beberapa orang sisters yang sedang jalan kaki jugak ni memang la pandang 'slack' habis kat mamat ngan minah tu. Geram! Nak tegur, laju bebenor. Tapi kalau depan mata aku pun, adakah aku akan tegur? Aduh! Persoalan yang bermain dalam fikiran aku. Sebab...ada satu malam tu aku teman seorang sahabat pergi 'cucuk' duit, ada satu couple ni naik moto sama. Sahabat aku tanya, "Berani tak nak tegur?" Aku jawab, "Diorang dah kahwin kot." Begitulah pada pandangan aku sebab macam biasa je. Tapi sahabat aku kata dia nampak sister tu macam malu-malu je nak naik. Aku tak terperasan pun.

Betul lah...hanya iman yang mendalam akan bisa melonjakkan segala aksi nahi munkar ini. Aku rasa macam iman aku ni..selemah-lemah iman...Huh~

Jadi, sunnah this week, aku nak praktikkan hadith ni "Ad-deenun Nashihah". Aku akan cuba jugak untuk sampaikan nasihat, apa-apa saja...walaupun satu ayat. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan.

KPI: Nak sampaikan pada 10 orang.

Kepada sesiapa yang membaca ni, tolonglah tegur rakan-rakan anda yang didapati membonceng motor dengan berlainan jantina ya...yang jelas-jelas bukan mahramnya. TOLONG SAMPAIKAN!


Tuesday, March 15, 2011

TAK SUKA!


Betul-betul tak suka keadaan ni. Tapi nak buat macam mana, terpaksa... Darurat. Darurat ke? Senangnya meletakkan kondisi itu ya? Tapi memangla....Memang tak boleh buat apa-apa. Kadang-kadang terpaksa buat kerja sampai lewat-lewat malam (ni sahabat saya), ataupun paling minimum sampai maghrib (sayalah tu). Kadang-kadang memang tak dapat nak elak. Terpaksa jugak berdua-duaan dalam lab tu. Emm...Sampaikan, kalau boleh memang taknak ada komunikasi langsung dalam keadaan tu. Taknak! Sampai sanggup call master student sister dan phD student sister sebab nak tanya apa-apa kalau ada masalah. Kenapalah mereka (brothers) jugak yang ada dalam bilik tu. Dalam hati tu menjerit-jerit suruh mereka keluar. Kalau mereka ramai, lets say, tiga orang, takdelah segan/janggal sangat. Ni sampai berdua-duaan ni. Itu yang berat tu. Sabar menanti habis FYP ni. huh~

Pesanan saya pada brothers&sisters kat luar tu, tolonglah....Jangan la suka dok berkhalwat sangat. Ingat, Jangan mendekati zina!

p/s: argh! tension!

Sunday, March 13, 2011

HEART SIGNAL


Hujung minggu yang membahagia. Walaupun padat dengan aktiviti namun semua itu berbaloi. Tak sabar rasanya nak berkongsi tentang apa yang dapat semalam masa sesi tazkiyatunnafs (penyucian jiwa). Tajuk malam itu ialah "Al-Hasad". Menariknya semalam yang nak dikongsi, penyampai telah memulakan sesi itu dengan berkongsi beberapa fakta tentang Hati. Atau dalam Bahasa Inggeris disebut 'heart'. Ada dua 'heart' rupanya, satu 'physical heart' dan satu lagi 'spiritual heart'. Kali ni nak kongsi tentang 'physical heart' yang mana kalau kita perhati betul-betul, berfikir..maka kita akan lihat bukti kebesaran Allah bahawa memang benar, hati ni raja bagi anggota yang lain.
  • Jantung kita berdegup 100 ribu kali dalam sehari dan mengepam 2 gallon darah dalam masa 1 minit.
  • Jantung berfungsi secara automatik, tidak perlu kawalan dan tidak menurut perintah mana-mana anggota yang lain.
  • Jantung organ yang pertama berfungsi. Ia mula berdenyut ketika janin di dalam kandungan berusia hanya empat minggu iaitu sebelum akal kita terbentuk lagi. Siapa yang initiate denyutan itu?Jawapan kita pastilah Allah.
  • Jantung kita ada 4 ribu neuron yang sama ada pada otak. Sebab tu jantung pun boleh berfikir sebenarnya. Boleh membezakan yang mana baik dan buruk.
  • Jantung memberikan signal kurang selesa apabila kita buat kesilapan seperti yang disebut dalam hadith 27.
Hati/jantung ini sangat cenderung kepada kebaikan. Kita sentiasa menidakkan signal yang dihantar oleh jantung bahawa apa yang kita buat itu adalah salah atau maksiat. Jadi, percayalah pada signal hati/jantung ini kerana Allah lah yang initiate degup jantung kita.

Saturday, March 12, 2011

ANA WA ANTA...


"Inni mimma akhaafu alaikum mim ba’di
Ma yuftahu alaikum min zahratid dunia
wa zinatihaa..wa zinatihaa."

(sabda nabi yg bermaksud):
Kurasakan gelisah terhadapmu pabila ku tiada,
terbukalah..perhiasan dunia kelak kau terpedaya…
Ana wa kaafilul yatim, fil jannati haakadza..
Aku dan penjaga yatim piatu..Di syurga, ditempatkan bersama..
Kaulah teman sejati..Ini janjiku padamu (ummat)
Ana wa anta seumpama..Dua jari ini..
Ana wa anta seumpama Dua jari ini..

**********************************
Closing ceremony Al-Quds Week malam tadi tamat dengan lancar dan jayanya. Alhamdulillah. Persembahan dari The Harmony Band of Malaysia sangat-sangat istimewa. Indah sungguh Bahasa Arab.

Kutipan derma untuk Al-Quds masih tidak dapat mencapai target RM30 000. Namun kita tidak akan berputus asa. Malam itu, tabung masih dijalankan dengan harapan akan tercapailah target RM30 000 itu. InsyaAllah.

Semalam 'Hari Air Mata' bagi saya barangkali. Bermula dengan imam 'Grand Qiyam', membawa ke imam 'Solat Jumaat' yang sangat-sangat menyentuh hati dan sampailah ke Closing Ceremony Al-Quds Week, air mata jadi peneman...Adakah saya yang terlalu terbawa emosi? Barangkali. Tapi kadang-kala menangis ini dapat melembutkan hati.

Kembali kepada Closing Ceremony, multimedia presentation malam itu melancarkan Orphan Sponsorship Project oleh Al-Aqsa Friend Society. Saya melihat mata-mata anak Palestin bercahaya penuh harapan. Cahaya yang meminta sedikit kebahagian ataupun mahu berkongsi kebahagian bersama kita. Bukan ratus..Bukan ribu..tapi puluh ribu...kanak-kanak di Palestin yang berstatus anak yatim piatu. Kebanyakan ibubapa mereka terbunuh. Ada yang ayahnya ditangkap oleh Isrel masih belum dibebaskan. Suara mereka penuh pengharapan.




Kepada siapakah suara-suara itu merintih? Ya! Kepada kita lah...Dalam hati, saya pasang niat untuk menyahut seruan hadith dua jari Rasulullah itu nanti apabila waktunya mengizinkan (lepas grad, ada keje..). InsyaAllah...Yang penting, mari kita semua pasang niat. Kerana dengan niat lah yang akan menghantarkan kita kepada amal.

Sekali lagi saya menyeru dan mengingatkan pembaca semua, Al-Quds bukan 'Kempen 1 Hari'. Al-Quds akan sentiasa berada di hati kita. 'Life Campaign.' Kempen Seumur hidup. Sebarkanlah isu ini. Kerana ia adalah sebahagian daripada aqidah kita.

Petikan artikel dari blog Muaz:http://muadzseekinglight.blogspot.com/
"Sesungguhnya, pada lagu ini, kesayuan kita membayangkan nabi dibesarkan sbg anak yatim, membawa pula suatu risalah yang ditentang kaumnya sendiri, dan juga terkandung, peringatan kpd kita agar berbuat baik pd al’aytaam (anak2 yatim).. dan anugerah yg sgt besar bagi mrk yang berbuat demikian.. ia motivasi untuk diri kita…Ana wa anta ..seumpama….dua jari ini… ana wa anta…”