Saturday, October 30, 2010

BILA KULAPAR, DIA BERIKU MAKAN


Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku
Menitis air mata ini saat mendengarkan bait demi bait lagu Cinta Agung ini. Dengan melodi dan irama yang sayu, penuh perasaan dan menyentuh jiwa. Alangkah besar kasih sayang-Mu ya Allah. Hamba tak dapat mengungkapkan dengan kasih sayang. Kasih sayang-Nya tiada bertepi.

Walau aku sering melupakan-Mu dalam senangku, Engkau tetap Pemurah kepadaku. Hari ini, peristiwa demi peristiwa berlaku dan kesemuanya menunjukkan bukti cinta Allah padaku. Tetapi...DI MANA ALLAH DI HATIKU??

Pagi tadi, oleh kerana terlalu kalut dan ditambah dengan sikap sambil lewaku, aku tersengaja meninggalkan dompetku di luar dewan peperiksaan. Sengaja? Mungkin, kerana aku merasa 'ah, tiada siapa yang nak ambil kot.' Apa yang terjadi, sebaik keluar dari dewan, aku terus ke kiosk untuk membeli roti dan air mineral buat lapik perut. Petang itu, satu paper lagi menantiku. Untuk jimat masa, aku mahu lapik perut sahaja.

Sewaktu ingin membayar harga barang-barang tadi, ternyata dalam dompetku tiada duit yang tadinya ada. Dum! Aku cuak tak menentu. Puasku cari, menyelongkar beg yang penuh dengan buku-buku dan kertas-kertas. Sudah. Tetap tiada. Tak mengapalah.. Entah mengapa aku tidak merasa beban ataupun sedih. Walau aku tahu bahawa itu sahaja satu-satunya duit yang aku ada.. walaupun sedikit, tapi itu sahaja yang ku ada.

Langkahku terus bertapak ke masjid. Niat terus untuk buat revision dan solat Zuhur di masjid. Aku memilih site sisters di level 1. Sedang aku keletihan dan mengantuk membaca sisa-sisa nota, datang sekumpulan sisters yang datang untuk makan tengahari.. Aduh...harumnya bau ayam, bau ikan, bau kari...Emmh... Aku menelan air liur.. Dalam hati, aku beristghfar kerana aku tahu itu semua kerana kesalahanku. Aku tahu Allah sedang mengujiku.. Atau Dia sedang menghukumku..yang mana satu, aku tidak tahu.

Dalam hati aku berdoa..dan memang sejujur dan ikhlasnya, inilah doaku...

"Ya Allah..aku lapar..tapi aku tiada duit walau sesen pun..Ya Allah, pabila aku lapar, Engkaulah yang memberi makan. Berilah aku makan ya Allah..Amin.."

Aku terus menahan lapar dan keletihan kerana malam semalam aku terpaksa mengorbankan waktu tidur dek kerana dua paper dalam satu hari yang sama ini kedua-duanya menuntut daya hafalan yang sangat tinggi. Aku ke dewan peperiksaan sekali lagi. Dengan rasa mengantuk dan lapar.

Usai menjawan kertas ujian, waktu tamat dan aku terus bergegas untuk solat Asar di Musolla Engin kerana waktu itu sudah jam 5.40petang. Selesai solat, aku terus melangkah laju ke main audi tepi sungai.. hatiku sungguh tenang dan gembira..kerana di situ, saudara-saudaraku sedang menunggu... Kali ini pertemuan kami tak seperti biasa, di dalam kelas. kali ini ada kelainan sedikit.

Setibanya aku, mereka sedang membicarakan tentang ujian, rasa down, demotivation dan macam mana mahu mengatasinya. Ya Allah, terkena betul dengan perbincangan ini. Subhanallah...Aku hanya mendengar..hari ini terlalu banyak yang kudapati dari pertemuan itu. Ukhti K di sebelahku lihat aku agak kemuraman. Aku menceritakan apa yang terjadi. Ukhti K memujukku dengan berkata..

"Allah sayang Kak Syeera tu. Sebab tu Dia uji Kak Syeera. Akak dah makan?"

Aku menggeleng...lemah..

"Takpe. Lepas ni kita makan kat HS nak? Saya belanja akak. eh?"

Aku terharu..rasa mahu memeluk ukhti itu. Penuh sayang. Ya Allah, itu kasih sayang-Mu kepadaku melalui dia..aku tahu.

Tiba sesi curhat untuk apa yang berlaku hari ini. Ukhti A menceritakan bahawa dia meminjam motor seseorang hari ini dan helmetnya telah dicuri...emm..kesian...

Aku mahu berkongsi juga..Aku menceritakan apa yang berlaku. Semua tumpang simpati. Ah, manis sekali ukhuwwah fillah ini. Jam tepat 6.50. Murabbiku menutup majlis. Sesi salam ukhuwwah perpisahan pun berlangsung. Ukhti K mengajakku ke Cafe HS.

Tiba-tiba murabbiku memanggil..

"Syeera nak pergi solat ke?"

Aku menggeleng..

"Tak. Saya nak pergi cafe dengan ukhti K."

"Macam ni.." sambil tangannya terus memegang tanganku seakan mahu memberikan sesuatu.

"Syeera, ambillah.."

Aku terkejut. Aku menggeleng...

"Takpelah ukhti S. Ukhti pun susah juga. Takpela.."

"Takpe..Ambillah. Kita ada rezeki lebih sikit hari ni. Mak kita baru masukkan duit. Ambillah.."

Sekali lagi. Sekali lagi aku terasa ingin menangis. Kerana kebaikan mereka...Kerana kasih sayang Allah kepadaku..

Ya Allah..Engkau sangat sayang padaku... Aku, Ukhti K dan Ukhti Y terus ke cafe. Tiba-tiba Ukhti Y bertanya padaku...

"Syeera..Duit yang hilang tadi satu-satunya duit yang Syeera ada ke?"

Aku mengangguk. Ukhti Y senyap kembali. Di cafe, Ukhti Y tak membeli apa-apa. Hanya menemankan kami sahaja. Aku dan Ukhti K membeli nasi campur mamak sahaja. cepat dan ringkas. Aku memilih lauk telur masin, sayur timun dan kuah campur. Itu saja.

"Syeera beli tu je ke? Ambillah ayam.. Kita belanja." Pelawa Ukhti Y.

Wajahnya sayu dan penuh simpati.

"Eh, xpe la Y...Y tak beli apa-apa ke?"

"Kita tak lapar. Lepas solat Maghrib ni nak terus balik. Syeera nah. Ambillah. Ikhlas dari kita."

Terus tangan Ukhti Y menyeluk begku. Aku terkejut. Terpegun, Terkedu.

"Y...xpayahlah susah-susah. Tadi Ukhti S dah bagi kita duit.."

"Takpelah...Syeera ambillah..kita pun ada rezeki lebih."

Mataku terus berkaca...Y..terima kasih..Ukhti S...terima kasih..dan yang paling utama ya Allah, terima kasih Allah.. Alhamdulillah atas rezekiMu. Engkau terlalu sayang padaku ya Allah.

Dan tadi..solat Maghribku penuh dengan linangan airmata kesyukuran. Cintaku terhadap Allah tiada berbelah bahagi. Ya Allah, moga Kau kekalkan cinta dan rindu ini padaMu sahaja. Amin.

Betul...Nikmat yang manakah yang kau dustakan?? Bertubi-tubi persoalan itu menikam hatiku. Dalam hati...

"Apabila aku lapar, Engkaulah yang beri makan ya Allah.. Terima kasih Allah atas kasih sayang-Mu ini..."

2 comments:

  1. salam..
    syeera, hebatnya kamu diuji..
    Allah benar2 sayangkan kamu...
    moga kta sama2 jadi hamba yang dicintaiNya ye...
    -ili

    ReplyDelete
  2. IR...ujian yg Allah beri sy ini tidaklah terbanding dgn insan2 lain yg lebih diuji..sgtlah ringan berbanding dgn insan2 lain..segalanya dari Allah...

    ReplyDelete