Menyatukan budaya dan negara? Merangsang pemahaman? Rasa hormat? Tahukah bahawa apa yang ditonjolkan oleh mereka ini adalah sekadar platform utk mempersembahkan kepada dunia Islamafobia bahawa Islam ini boleh ditransform kepada agama dan pemahaman agama lain juga. Rupanya inilah misi di sebalik 1 Malaysia yang menjana transformasi itu. Sungguh! Islam berjaya ditransform oleh mereka melalui IFF ini. Sungguh biadap!
Memartabatkan fesyen Islam di mata dunia? Agaknya apakah pengertian mereka terhadap fesyen Islam? Apakah kayu ukur mereka berlandaskan al-Qur’an dan sunnah? Menuruti perintah Allah? Ini sebenarnya adalah fesyen Islam yang mereka transform itu sendiri. Sungguh tak masuk akal!
Mengamalkan pendekatan sederhana dalam beragama? Perdagangan Islam termasuk perbankan dan kewangan Islam dan dikenali sebagai hab halal? Apa yang mereka ingin mengarut ni? Islam yang sederhana manakah yang mereka maksudkan? Lihat saja pemakaian mereka boleh tahu sederhana apa yang dimaksudkan itu. Tak bermoral! Perbankan Islam mungkin ada. Tapi bagaimana nak menjawab persoalan hub halal sedangkn mereka sekarang sedang sibuk membangunkan hub hiburan yang penuh dengan maksiat dan kerosakan akhlak itu? Tolonglah!
Mengubah perspektif negatif dan prejudis terhadap fesyen Islam? Tidak! Bukan mengubah tapi sebenarnya mereka mencipta sesuatu yang bersesuai dan boleh diterima oleh dunia Islamafobia. Untuk mengambil hati…ibarat ‘mengipas’ golongan-golongan Islamafobia. Itu yang mereka lakukan sebenarnya!
Tiada apa lagi yang tinggal! Sampai sebegini sekali mereka mengzahirkan Islam yang begitu indah ini. Bangunlah wahai umat. Bukalah mata. Sampai bila Islam mahu diinjak-injak dan dihina. Yang lebih menyedihkan, ia dilakukan oleh orang Islam sendiri. Di manakah akal fikiran, mata hati mereka? Sesungguhnya mereka terlalu buta untuk melihat hakikat sebenar. Semoga lebih ramai yang membuka mata setelah melihat apa yang mereka perlakukan terhadap Islam.
Sedih ya?!
Umatku..bukalah matamu dari lena yang panjang!
No comments:
Post a Comment