Tuesday, October 12, 2010

LELAH BERLARI

Melihat seekor kuda berlari, rasa mahu jadi seperti itu. Berlari laju, kencang, gagah dan berani. Apa jua yang di depannya, pasti diredah. Langsung tidak memikirkan apa yang bakal di langgarnya.

Ooo....Kuda ku lari gagah berani
Ayuh lari..
Hai kuda ku lari...

<
Teringat senikata lagu Kuda ku Lari Kencang. Lari, dan terus berlari... Walau selaju mana, kuda itu pasti akan lelah jua. Lariannya pasti akan mula perlahan, halajunya berkurangan. Pasti!

Begitu juga dengan hidup manusia. Dalam meniti arus kehidupan ini, dalam langkahnya yang melaju, kadang-kala dia tersungkur, terjelepuk atau terhenti seketika. Kalau tidak dek batu penghalang, pasti kerana langkahnya sendiri yang sumbang.



Semalam, bertemu dengan seorang teman. Sudah lama tidak berbual tentang masalah ummat (padahal duduk 1 level atas levelnya saja). Rasa gembira dalam hati ini dapat bertemu dan berbual dengannya. Berbunga hati ini Allah saja yang tahu.



Ada satu kata-kata yang begitu menarik hatiku. Kata-kata temanku itu...

Dalam hidup ini, kita perlu ada bekal. Kalau kita tiada bekal, maka di saat kita kelelahan itu, kita akan terus lelah. Dengan bekal lah, kita mendapatkan kekuatan semula. Tenaga, motivasi dan semangat (mungkin aku olah sedikit kata-kata ini).

Adakah aku telah menyiapkan bekalan untuk aku bawa sepanjang hidup ini? Apa bekalannya?



Tiba waktunya kini untuk kubangkit menambah bekal. Bukan lagi duduk termenung mengenangkan nasib. Merintih kesedihan, kemunduran, kegagalan, kekesalan dan kedukaan.

Mulailah menambah bekal wahai diri...Alangkah indah andai bekal imanku berwarna-warni seperti ini...



Ini lebih menenangkan hatiku...

Dan apabila tuhan kamu berkata kepada para malaikat, sesungguhnya aku hendak menjadika di atas muka bumi KHALIFAH..(Al BAqarah 2: 30)

Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk BERIBADAH kepada-Ku (Adz-Dzariyat 51:56)

Sekarang...bekalnya?

Manusia sering lupa...sifatnya..aku perlu baca kembali buku ini..buku yang pernah mengalir air mataku..buku yang membakar api imanku...buku yang telah lama aku abaikan sehingga berhabuk... inilah...


Kalau sekadar baca sahaja tapi tak praktik...tak guna juga! Teori pandai, bab aplikasi, langsung tiada...

Dush!! (aku terkena lagi)

Jadi di sini...saya nak kongsi satu blog ni... sangat-sangat tertarik dengan penulisannya.. Kena benar dengan situasi saya sekarang...

Gambar-gambar dalam entry kali ni pun banyak dari entry blog tu...(kira ciplak la kan?)
Dalam kebaikan, perkongsian iman, tiada istilah ciplak...betul ke? Pendapat masing-masing la...

Inilah blog tersebut...


Selamat bermuhasabah...terutama buat diriku yang statusnya,

" I am exhausting...of motivation"

saat ini...

No comments:

Post a Comment