Hatiku yang kering, tersimbah lagi dek siraman murni dari pembinaku. Alhamdulillah, tiba-tiba sensor energiku bergetar dengan getaran yang deras.
Dup, dap, dup, dap...
Hatiku terganggu. Bukan yang membencikan tapi, terganggu yang seakan dipukul hingga tersedar dari lena yang lama.
Lantas, obor energiku bagai ternyala sumbunya... Melonjak-lonjak hati ini mahu berkongsi dengan semua.
Kata-kata yang membuatkan hatiku terpukul...
"Antara 1000 tahun dengan 1 minit, yang mana lebih dekat dengan kita?"
Kami berpandangan sesama sendiri. Ada yang faham tapi kurang jelas. Ada yang langsung tak faham.
Ayat itu disambung lagi...
" Antara 1000 tahun yang akan datang dengan 1 minit yang baru berlalu, yang manakah lebih dekat dengan kita?"
Itu yang sempurna ayatnya.
Kami semua mengangguk...tanda faham. Keadaan bingit sebentar..
Itulah yang mahu kukongsikan bersama anda semua.. 1 minit yang berlalu terus akan meninggalkan kita. Tanpa menoleh walau sedikitpun..
Kita?
Apa yang telah kita laksanakan selama hidup kita? Adakah kita benar-benar telah memanfaatkan sepenuhnya sisa-sisa waktu kita di dunia ini? Aku masih lagi terpukul dek kata-kata itu.
Namun, harus bagaimana kubermula?
No comments:
Post a Comment