Tidak semua perubahan membawa kebaikan. Namun, belajarlah menjadi manusia yang terbaik, lakukanlah perubahan, jadilah manusia yang penuh tanggungjawab, dedikasi dan kotribusi dengan mengoptimalkan usia biologis untuk memperpanjang usia historis.
Mari kita belajar semangat dari seekor helang dalam perjuangan merubah diri.
Seekor helang, saat usianya mencapai 40tahun, ia tidak mampu lagi untuk terbang laju. Sayapnya juga berat kerana bulu-bulu mula menebal dan memanjang. Paruhnya menjadi panjang hingga mencapai leher. Kukunya melengkung hingga hampir menyentuh dada dan mulai tumpul. Sukar untuknya menyambar mangsa kerana tidak secekap dahulu lagi.
Saat ini, ia harus mengambil keputusan yang sangat berat dalam hidupnya. Ia hanya ada dua pilihan sahaja sama ada memilih mati atau dilahirkan semula yang mana ia harus menjalani satu transformasi yang berat, sukar dan penuh dengan cabaran.
Di sana, perkara pertama yang ia lakukan ialah mematahkan paruhnya yang panjang dan melengkung itu dengan mematukkannya pada batu hingga tertanggal paruh itu dari mulutnya. Proses ini amat menyakitkan kerana ia harus menahan kesakitan itu sehingga tumbuh paruh yang baru lebih kurang setengah bulan lamanya.
Lalu, selepas itu, dengan paruh barunya, ia akan mencabut kukunya, sepuluh-sepuluh kukunya akan dicabut dan proses ini juga sangat menyakitkan. Namun, helang tetap tegar, sekali sudah bermula, pantang berundur walau selangkah. Helang begitu istiqomah dengan sebuah tekad untuk terus hidup. Proses penumbuhan kuku mengambil masa setengah bulan. Dengan kuku yang baru, ia akan mencabut bulu-bulu tebal yang ada pada badannya. Satu demi satu. Satu lagi proses yang panjang dan menyakitkan. Ia akan menunggu hingga bulunya bercambah kembali.
Nah, 5 bulan kemudian, helang akan terbang kembali dengan bulu barunya. dengan kelahiran dirinya yang baru itu, helang mampu melanjutkan lagi kehidupannya hingga 30 tahun dengan penuh semangat perjuangan.
********
Begitulah sahabat, Allah yang menghidupkan helang agar menjadi pengajaran buat manusia. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan mereka mahu merubah nasib dirinya sendiri.
Karya besar hanya akan lahir dari konsistensi perjuangan dan pengorbanan yang besar. Allah telah siapkan pelajaran buat kita dari kisah helang. Untuk mendapatkan kehidupan baru yang lebih baik, seringkali kita harus membuat keputusan yang sulit dalam hidup.
Kita harus sentiasa berani untuk melakukan pembaharuan yang baik. demi mencapai tujuan hidup yang lebih baik, kita harus bersedia meninggalkan kehidupan lama, kebiasaan lama yang selesa dan terus bergerak ke hadapan dengan satu misi dan visi yang lebih jelas. Bukalah diri anda untuk menimba pengalaman baru, garaplah setiap potensi yang ada, asahlah bakat-bakat yang terpendam dan ubahlah sikap negatif yang ada dalam diri kita.
Kadangkala, halangan terbesar untuk berubah datang dari diri kita sendiri, lahir dari sikap kita sendiri. Maka, berubahlah kerana andalah ibarat helang-helang yang sentiasa mahu terus berjuang untuk hidup. Kerana perubahan itu pasti berlaku dalam hidup kita. Jangan biarkan pemikiran lama menyempitkan fikiran dan jalan untuk terus bergerak. Ayuh bergerak!
Are you ready??!!!
(sumber: TRUSTCO)
No comments:
Post a Comment