Wednesday, March 10, 2010

MUHASABAH AYYUHAL MUJAHIDAH!


Luahan ini ana temukan dalam blog seseorang. Ana sungguh-sungguh terkesan dan sebagai cermin muhasabah, ana copykan luahan ini ke blog ana. Semoga kita semua para aktivis Islam terutama akhawat mujahidah, sama-sama kita bermuhasabah.

“Saya menggambarkan seorang mujahid sebagai individu yang telah mempersiapkan bekalannya, telah mendapatkan kesedarannya dan apa yang tersemat di jiwa dan terbuku di hatinya menguasai dirinya. Oleh itu beliau adalah seorang yang sentiasa berfikir, tersangat mengambil berat, sentiasa bersedia, apabila dipanggil dia menjawab, apabila diseru dia menyahut. Pergi dan pulangnya, percakapan dan perbualannya, kesungguhan dan berguraunya tidak melebihi apa yang ditetapkan olehnya untuk dirinya sendiri. Kerjanya hanyalah menunaikan segala tanggungjawab yang dihalakan kepadanya segala kehidupan dan kehendaknya. Dia sentiasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Kamu dapat membaca melalui raut wajahnya, melihat melalui kilauan kedua matanya dan mendengar daripada tutur katanya kedukaan yang membara dan kepedihan yang tersembunyi di dalam hatinya, keazaman yang benar yang melimpah dari jiwanya dan semangat yang berkobar-kobar serta matlamat yang jauh.”

~Hassan Al-Banna~

telah wujudkah ciri2 yg digambarkan oleh Imam As Syahid dalam diriku..? layakkah aku digelar mujahid?

ku sedar diriku ini tidak layak..jauh panggang dari api..tp aku xkan futur..kerna ku tahu jalan islah ini memg sush..memg payah..memg sukar..so’ban giddan..

jalan ini ada adalah sbagai mahar utk ke syurga..memg mahal..kerna syurga itulah manisan yg termanis..ganjaran utk hamba2Nya yg telah berpenat lelah di dunia utk bergerak meninggikan kalimahNya..bukan utk yg sibuk mncari kesenangan dunia sahaja tanpa memikirkan akhiratnya yg bagaimana..

ayyuhal ikhwah!

Syuf uddam! ma tsyufsh warak!

smoga terus tsabat..

No comments:

Post a Comment