Friday, January 7, 2011

EKSPERIMEN BALANG MASA

Saya terpanggil untuk berkongsi satu eksperimen yang saya belajar semalam di satu program Ta'lim Rabbani tentang EFFECTIVE TIME MANAGEMENT, oleh Akh Raswan. Memang talk itu menarik sangat kerana diselang-selikan dengan question dari speaker. Jadi tidaklah mengantuk kami dibuatnya.

Sekarang, saya hanya nak buat eksperimen ni sahaja dengan anda semua. Tahu kenapa? Hanya dengan eksperimen ni sahaja, everthing yang dibincang dalam program tu semua ter'cover'.

Baiklah...Sekarang ni mari kita ber'eksperimen'.

Objective:
  • Membuat analogi tentang pengurusan waktu

Materials and Equipments:

balang kosong



batu besar(beberapa ketul)


sedikit pasir


sebotol air
Procedure:

  1. Masukkan kesemua batu-batu besar tadi ke dalam balang kosong itu sehingga penuh.
  2. Isikan pula balang tersebut dengan pasir sehingga penuh.
  3. Tuangkan pula air ke dalam balang yang terpenuh dengan batu dan pasir tadi.

Result:

Balang yang tadinya kosong, kini telah terisi dengan batu besar, pasir dan juga air. Langsung tiada ruang-ruang kosong lagi di dalamnya yang boleh diisi.

Betul?

Discussion:

Inilah analoginya tentang pengurusan masa kita. Balang besar itu ibarat masa yang kita ada. Batu-batu besar, pasir, dan juga air itu adalah aktiviti-aktiviti yang harus kita atur untuk mengisi masa kita dengan sebaiknya.

Seandainya, kita meletakkan pasir itu dahulu ke dalam balang sehingga penuh, pastinya kita tidak akan dapat untuk memasukkan batu-batu besar itu bukan? Sila cuba kalau tidak percaya.

Begitu juga jika penuhkan balang itu dengan air, sudah pasti kita tidak dapat untuk mengisi pasir dan juga batu-batu besar itu kerana air yang berada di dalam balang itu pasti akan melimpah.

Rasionalnya di sini..."Put the first thing first."

Saya tertarik dengan respon jawapan dari salah seorang yang ditanya oleh speaker semalam.

Yes! Jawapannya untuk pengurusan masa ini adalah PRIORITI/PRIORITAS. Kita masih boleh mengisi masa kita dengan hal-hal yang kecil jika kita sudah utamakan yang besar dahulu.

Prinsip ini mudah untuk difahami tetapi kita sering melanggarnya. Masih lagi kita cuba untuk meletakkan 'pasir' itu dahulu bahkan lebih suka menuangkan 'air' untuk mengisi 'balang' masa kita padahal hakikatnya kita tidak perlu pun untuk mengisi balang masa kita dengan air itu.

Conclusion:

Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah tentang pengurusan masa kita. Bagaimana kita menata waktu. Kesimpulannya, kita haruslah meletakkan prioriti terhadap perkara-perkara yang ingin kita lakukan. Sudahkan yang urgent&important dahulu.

Baiklah. Eksperimen tamat. Saya kira pasti anda semua sudah mendapatkan satu poin dari eksperimen yang kita lakukan sama-sama tadi.

Jadi, carilah keberkahan waktu itu dengan perencanaan yang teliti. Kerana kita tahu bahawa Al-wajibat aktsar minal aukat kan? Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang kita ada.

STOP PROCRASTINATION!
THINK FRESH!
GET ORGANIZED!
SET YOUR PRIORITY!

DO IT NOW!

p/s: Jangan pandai tulis je sang penulis...=)

5 comments:

  1. thanks 4 da info. jom masuk lab wat experiment :))

    ReplyDelete
  2. Nice experiment..rasa nk cuba nie..=)

    ReplyDelete
  3. Liyana: Jom! Tapi tadi saya baru pergi lab.. Kena practickan ya yana...

    Sharemotivasi: Memang menarik experiment ni... Mari sama-sama cuba ya?

    ReplyDelete
  4. Sangat hebat rasanya analogi dan eksperimen yang ditunjukkan. Memang dapat memberi penerangan tentang kepentingan masa yang sangat ideal.

    Terima kasih kerana berkongsi...

    ReplyDelete
  5. Kuasai Minda: Semoga sama-sama dapat manfaat dgn perkongsian ini...

    ReplyDelete