Sunday, January 30, 2011

SWEET MOMENT IN SEPINTAR~



21 Januari 2011
Jam 7.45 petang
Depan tangga besar UIA

Dalam renyai-renyai hujan petang itu, 9 orang akhawat sedang menunggu saatnya untuk berlepas. Berlepas ke suatu daerah yang penuh dengan lahan dakwah. Di mana di situlah pemimpin dilahirkan. SEPINTAR, lahan yang subur dengan potensi dan sumber daya manusia yang insyaAllah akan menggerakkan jentera-jentera Islam ke serata pelosok dunia. InsyaAllah.

Alhamdulillah...mengutip kata-kata dari seorang akhawat.."Weekend ialah hari untuk umat". Sangat kena rasanya untuk kami. Walaupun dalam kesibukan masing-masing. Ada yang baru habis kelas pukul 7pm, ada yang punya midterm esok harinya, ada yang berjalan jauh dari mahallah dan bermacam-macam lagi...namun itu semua bukan penghalang untuk beramal.

Ada yang hadir ke Kosmik, ada yang menjayakan Grand Qiyyam..dan ada yang ke bumi SEPINTAR.InsyaAllah, masing-masing akan mendapat bahagiannya.

Di sini ana ingin berkongsi sedikit tentang dakwah sekolah di Sepintar, mengendalikan Tamrin buat pelajar2 form 5. Walaupun dengan masa yang terhad dan singkat,bilangan akhawat yang turun cukup-cukup dan ketiadaan transport ke sana juga menjadi hambatan, tapi itu bukan penghalangnya.


Detik Perjalanan.

Kami bertolak dari tangga besar UIA dengan menempah 3 buah teksi. bertolak ke Sepintar pada pkul 8.15 dengan diiringi sebuah kereta ikhwah. Alhamdulillah selamat sampai di masjid Bandar Tasik Puteri, dan adik-adik juga usai solat Isyak. Kami disambut oleh ustazah-ustazah yang sedari petang lagi sudah menunggu kami.

Detik Bermula.

Masa yang ada cukup singkat untuk malam itu. Sesi Ice breaking terus dijayakan. Kami memilih permainan "Ibu ayam mencari anaknya" seperti yang pernah kami aplikasikan sebelum ini. Modus operandinya cukup senang dan dalam masa yang sama dapat membahagi adik-adik itu dalam beberapa kumpulan. Beberapa wakil dari adik-adik itu (8 orang) telah dipilih untuk menjadi 'ibu ayam'. Mereka memegang satu kertas kecil yang tertera nama bagi kategori-kategori rawak contohnya seperti "10 sahabat dijamin syurga", "Surah-surah dalam al-Qur'an" dan banyak lagi. Tugas adik-adik 'ibu ayam' ini adalah untuk mencari 'anak-anak ayam' yang memegang nama-nama yang termasuk dalam kategori di atas. Syaratnya, adik-adik itu tidak boleh bersuara hanya menggunakan bahasa isyarat sahaja. Setelah selesai sesi Ice Breaking, kami pun memberikan ibrah disebalik aktiviti tadi. Alhamdulillah, adik-adik sangat responsif dan semangat untuk mengikuti program ini seterusnya.

Selepas itu, Slot 1 bermula dengan pengisian "Zero to Hero" oleh muwajih dari fasilitator putera. Ternyata dalam borang muhasabah, ramai adik-adik puteri sukakan slot ini. Mungkin dengan gaya penyampaian dan isinya begitu kena dengan adik-adik dan juga terdapat video yang diselitkan.

Hari kedua, seperti biasa dimulai dengan Qiyam. Selepas solat subuh, kuliah subuh dikendalikan oleh Imam masjid Ustaz Hj. Amirudin b. Ab. Hadi. Menariknya ustaz ini, beliau sangat positif dan kata-kata yang diucapkan kepada adk2 juga sgt memotivasikan..1st time melihat imam yang suka menyelitkan lagu2 dalam penyampaiannya. Kuliah ditamatkan dngn ustaz meminta adik2 bangun dan menyanyikan lagu Iman Mutiara oleh Raihan. Begitu indah momen itu.

Kemudian Riyadah ruhul jadid menyusul, dan adik-adik sangat suka dengan riyadah ruhul jadid yang penuh semangat kerana adik-adik ini semuanya semangat-semangat dan mereka juga expect yang energatic dari program Tamrin kali ini.

Slot 2:Ghawzul Fikri.

Utk LDK1, ramai yang menulis di borang muhasabah, mereka sangat suka dengan LDK1. Kerana banyak input-input baru yang mereka baru tahu contohnya tentang Hub Hiburan, Subjek Pendidikan Seks yang diserapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia dan lain-lain. Di sini, kami dapati adik-adik ini sangat kurang mengambil tahu akan dunia luar, mereka berada dlm dunia mereka sndiri. Akhbar juga sukar utk didapati.Ini telah kami ajukan kepada pihak sekolah.


Slot 3: Amal jama'i, ukhuwah dan wala.Tajuk ini sebenarnya lebih kepada bagaimana nk menghalakan sifat kepimpinan mereka dgn cara yg benar.. bagaimana adab mrka dgn guru2..peranan merka sbgai naqib/naqibah dan utamanya bagaimana mereka selepas habis form 5..Guru2 minta tekankan peranan mereka sbgai pemimpin utk kembali ke SBPI itu dan menyumbang utk adikd seterusnya cthnya mengedalikan prgram2 sekolah spt Tamrin.

Slot 4: Keep your momentum. bagaimana nk kekalkan smgt mrka selepas hbs sekolah. Slot ini lebih kepada peringatan dan teguran buat adik-adik agar terus bersemangat mengikuti program ini.

Slot akhir mlm kedua ialah slot 'Recall'.

Kami bawa mereka keluar dewan, ke tengah-tengah lapangan di hadapan masjid lalu meminta mereka menutup mata. Kami bawa mereka berjalan dan memisah-misahkan mereka. Kami telah menukar karakter kepada fasi-fasi yang garang. Setelah terpisah-pisah,di sini MC telah memain peranan dengan kata-katanya..Pelbagai permasalahn mereka yang ustazah minta kami sentuh, sikap mereka, semuanya kami muhasabahkan...boleh kata semua adik-adik menangis sehingga kedengaran kuat bunyi esak tangis mereka. Fasi-fasi juga semuanya turut mengalirkan air mata. Malam itu,ramai yang bangun berkongsi tentang harapan mereka dan ternyata adik-adik ini yg pada mulanya agak 'naik kepala' kini lembut bagaikan biskut dicicah air panas..=)

Kami berdoa hati2 itu tersentuh dan membuat perubahan.

Hari ketiga, selpas subuh, Ustaz masjid yng mengendalikan kuliah subuh tentang mukmin profesional sangat menarik. Kuliah subuh dikendalikan dalam bntuk LDK, ada simulasi menggunakan batu dan guli,dan banyak sangat video-video menarik diselitkan. Adik-adik tidak mengantuk. Semuanya ambil bahagian dengan segar. Mungkin selepas ini boleh aplikasikan.


Slot 6, Menjaga stamina iman. dan terus penutup kerana pihak sekolah minta kami habiskan sebelum 11.30 yg pd awlnya akn hbs pd pukuk 1. LDK akhir terpaksa dibatalkan.

Detik Muhasabah:

  1. Adik-adik mahukan lebih video dan games menarik.
  2. Penyampaian kurang interaktif
  3. Sukakan fasi yang tegas(ini yang kami kurang)
  4. Adik-adik suka sesi recall
  5. Fasi-fasi yang mantap dan cemerlang(alhamdulillah)

All in all, kami akui banyak kelemahan dalam penyampaian dan dalam ketegasan kami memberi arahan. InsyaAllah ini pembaikan yang akan kami lakukan. Pihak sekolah juga mengatakan bahawa menerusi borang muhasabah yang mereka terima, tenyata adik-adik ini suka akan program Tamrin kali ini.

Kami semua yang menjayakan Tamrin-Mukhayyam Qiyadi ini mohon maaf atas segala kekurangan dan berdoa semoga adik ini terus istiqomah dengan apa yang mereka peroleh sepanjang program berlangsung. Jazakumullahu khairan kathiran buat akhawat semua yang telah berkorban masa dan tenaga untuk misi kali ini...Jazakumullahu khairan kathiran.



Sweet Moment in SEPINTAR.

'Di Sini Pemimpin Dilahirkan'

No comments:

Post a Comment