Wednesday, January 12, 2011

SAATNYA BERLEPAS!

Sahabat, saat kita memulai kebiasaan baik yang baru, tantangan terberatnya adalah gravitasi yang begitu kuat dari kebiasaan lama, seperti pesawat luar angkasa yang memerlukan energi sangat besar untuk dapat lepas dari gravitasi bumi. Jangan takut, mulailah dengan do'a & penuh keyakinan ! (Pak Apud Kusaeri)

Sungguh energetic kata-kata yang di'posted' oleh Pak Apud pagi ini. Kebetulan pula saya memang sedang merasai kuasa 'graviti kebiasaan lama' dalam hidup saya. Memang betul, analogi yang diberi oleh Pak Apud itu memang tepat.
Pengalaman menaiki pesawat suatu ketika dahulu membuktikan bahawa saatnya pesawat itu hendak berlepas, saat itulah kuasa graviti bumi paling kuat yang harus diharungnya. Kelajuan pesawat adalah paling minimal, sehinggakan saya merasakan yang muatan dalam pesawat itu terlalu berat agaknya sehinggakan pesawat itu bagaikan terseksa untuk berlepas.

Tetapi tidak! Itulah yang dinamakan daya graviti bumi yang harus dilawan oleh pesawat itu. Sama juga dengan analogi yang diberikan oleh Pak Apud. Untuk memulai suatu kebiasaan baru, the fisrt step is always the harder. Betulkah?
Mungkin tak semua orang yang merasainya, tapi bagi saya memang betul. Ini kerana tabiat yang pada awalnya kita yang ciptakan, akhirnya telah membentuk siapa diri kita. Oleh sebab itu jika ingin memulakan satu tabiat baru, mulakan dengan yang positif!
Saya teringat satu kata-kata ini:
Sesungguhnya jalan menuju puncak itu sulit tetapi bertahan di puncak itu jauh lebih sulit, kerananya jangan sesekali menganggap jalan untuk mengubah diri itu mudah.

Sungguh, kadang-kadang kita rasa tak berdaya untuk melawan daya graviti kebiasaan lama itu, namun percayalah, di hujungnya kemanisan. Jangan takut, mulailah dengan doa dan penuh keyakinan!

2 comments: