Monday, January 3, 2011

UKHUWAH KITA!


Tiada kata lagi…

Melihat mata mereka terpancar hamasah

Melihat wajah mereka membara jiddiyyah

Melihat senyum mereka menguntum ukhuwah

Antara nikmat paling indah dalam hidup ini

Di mana lagi?

Akan kumiliki insan-insan ini

Akan kurasai ikatan hati ini

Akan kucari ganti diri

Kita telah berbai’ah…

Akan selalu memikul penderitaan

Demi memenangkan prinsip

Melihat Islam tertegak

Melihat Ikhlas bagi-Mu, Tuhanku

Ayuhal akhawat mahbubah…

Bersamamu kita terus melangkah

Bersama dakwah kita tempuhi mehnah

Takkan pernah kita mengalah

Kita mantapkan iman dan akidah

Jangan lupa mutaba’ah ibadah

Kerana dengan iman, lahirnya ukhuwah

Kerana ukhuwah, kita teruskan dakwah

Hanya kerana Allah!

3 comments:

  1. insyaAllah!
    moge ukhuwwah tersemi ini kan terus mekar..kenangan terindah bersama kalian.
    uhibbukunna fillah..

    ReplyDelete
  2. Shidah: insyaAllah...amin

    CT:Akk tag awk yg paling comel tu..hihi...

    ReplyDelete