Saturday, January 15, 2011

KISAH PISANG



Pisang? Wow, yellownya pisang ni ya? Kulitnya licin,buahnya besar dan rasa nak sangat makan pisang ni. Kenapa tiba-tiba entry pasal pisang ni? Sebab kelmarin dalam kelas “Food Processing Engineering”, ada belajar tentang bagaimana company luar (dirahsiakan) buat kajian tentang gene baka baik pada pisang-pisang di Malaysia. Mereka buat research, then dengan ilmu bioteknologi mereka hasilkan pisang yang seperti di atas. Pisang yang warnanya cantik, kulitnya licin dan buahnya besar. Paling penting, semestinya harganya mahal berbanding pisang tempatan.

Hakikatnya, menurut pensyarah saya, pisang tempatan lebih sedap, lemak dan enak berbanding pisang mereka ni. Namun begitulah, manusia lebih menilai luaran dari dalaman. Menurut pensyarah saya, mereka menggredkan pisang-pisang di pasaran dengan berdasarkan warna dan tekstur kulit pisang itu. Yang tiada ‘hitam-hitam’ pada pisang itu akan jadi mahal sangat kerana bagi mereka pisang-pisang yang ada ‘hitam-hitam’ itu sudah terkontaminasi atau telah ada fungus yang membiak di atas kulit pisang-pisang itu.

Itu mukaddimahnya. Kisah dalam kelas. Seperti yang Allah sebut dalam firmannya dalam surah Ali-Imran yang bermaksud;

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Di sini, saya nak cuba applykan sedikit apa yang disarankan oleh ayat di atas. Berfikir tentang kejadian alam dan reflex pada diri kita, manusia lalu membesarkan Allah, dan dengan itu kita akan rasa makin dekat dengan-Nya.

Jadi, dalam kelas hari tu, saya terfikir-fikir betapa selama ini sifat manusia itu seperti pisang itu (tak semua). Maksud saya dari segi pisang dan dari segi ‘company’ itu sendiri. Ada yang luar kelihatan segalanya baik namun di dalam penuh dengan ketidakbaikan (atau bahasa lain keburukan). Dan ada yang di luar nampak biasa, tetapi di dalamnya penuh dengan kebaikan. Itu satu hal. Dari sudut pisang.

Dari sudut ‘company’ itu pula, saya melihat cara berfikir dan bertindak sebahagian manusia. Manusia yang lebih suka menilai luaran daripada dalaman itu sendiri dan mereka telah meletakkan kayu ukur atau standardnya seperti itu. Yang nampak baik itu baiklah dan mereka rela berkorban apa saja untuk mendapatkannya. Seperti pisang tadi. Nampak sedap dan mahal, dan pasti ramai yang tak kisah keluarkan duit lebih sedikit walhal pisang di pasar malam lagi sedap dan lemak daripada pisang mahal itu.

Kita kena ingat, Allah sudah statekan dalam surah al-Baqarah ayat 216 dengan clear crystal bahawa;

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Kes yang paling ketara adalah seperti kes ‘kecantikan’. Ramai manusia yang telah didoktrinkan dengan definisi kecantikan itu oleh media terutamanya sebagai kurus, tinggi, montok dan seksi. Jadi, setiap manusia telah terpedaya dengan definisi cantik ini sehingga ada yang sanggup mati atau setengah mati untuk mencapai standard cantik itu. Ada juga yang sanggup keluar duit yang banyak juga untuk mengubahnya dengan teknologi pembedahan plastik. Sampai sebegini sekali mereka telah menjadi mangsa kepada sydrom cantik itu.

Saya minta maaf jika anda masih tidak mendapat sebarang poin dari artikel saya kali ini, tetapi itulah yang saya dapat terfikir semasa sesi pembelajaran waktu itu. Sekadar perkongsian yang tercetus di pemikiran. Kadang-kadang setiap apa yang keluar dari mulut pensyarah tu, cuba untuk saya kaitkan dengan penciptaan alam oleh Yang Maha Kuasa. Agar saya merasa dekat dengan Allah, dan merasa kerdilnya saya sebagai manusia yang hanya meminjam ilmu-ilmu ini dari-Nya.

Berfikirlah tentang alam, pasti anda akan merasa dekat dengan Allah, dan kerdilnya kita di hadapan-Nya.

P/s: entry kali ini lebih kepada tadabbur alam kot. Huhu…=)

2 comments:

  1. nice entry....semoga mendapat ikhtibar dari kisah pisang ini...people say.."dont judge book by it's cover"..
    sabda rasulullah:
    “Dikahwini
    wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
    keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam
    pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)..

    ReplyDelete
  2. Ibnu Razali, anda benar. semoga dapat manfaat bersama.

    ReplyDelete