Segalanya bermula dengan…
Tarbiyah?
Ya! Alhamdulillah, kerana diberikan kesempatan untuk mengimbau kembali detik ‘emas’ mendaki bukit Broga, Semenyih bersama ‘saudara-saudaraku’ minggu lepas. Kami memilih hari cuti sempena Thaipusam.
Detik Persiapan:
Kasut sukan ada, tuala untuk lap peluh dah siap, air mineral bawa sebotol je lah, sarapan untuk makan dalam kereta tumpang kawan-kawanlah (tak sempat beli) dan camera(dalam hati:hehe,tumpang Nurul). Sms masuk. Apa?! Pukul 3pagi bertolak? Biar betul? Tak mengapa, tsiqah je apa-apa arahan. Uh, kena tidur di masjid malam tu? Alamak! Kena buat kerja sikit. Pergi masjid pukul 2.50pagi lah. Tumpang motor Nurul.
Detik Perjalanan:
Parking IRK. Ada dua kereta. MyVi dan Grandis. Driver, seperti biasa. Yani dan Mas.
Semua sudah cukup. Baik, MyVi tunggu depan entrance UIA. Grandis kena ambil ‘bos’ dulu di Sungai Gelang. Yes! Takde oranglah, jom bergambar depan entrance ni. Sebelum ni mana ada kesempatan ambil gambar kat sini. Segan. Jom-jom! Inilah masanya. Pak Guard pun tengah tidur agaknya. Ish, rupanya takdelah ketat sangat keselamatan UIA ni. Orang boleh keluar masuk lagi. Puas bergambar. Grandis hantar sms. Siap sedia follow dari belakang. Lima minit kemudian, perjalanan bermula. Huargh…Saya mengantuk. Mahu tidur dulu. Zzzzz. Bila buka mata, belum sampai lagi. Tapi kenapa Grandis di depan dari tadi pusing-pusing je, MyVi pun sudah naik pening mengikutnya. Oh, lupa jalan sekejap. Akhirnya jumpa jugak jalan betul. Ish, teringat pulak tipu daya syaitan yang menyesatkan manusia. Insaf sekejap. Akhirnya, tiba di Universiti Nottingham, kampus Malaysia.
Detik Bergambar:
Maklumlah, tak pernah melawat university luar. Jam baru pukul 5pagi. 30 minit kami bergambar. Cantik. Ada tasik. Yang bestnya, dalam building centre dia, fuh! Akhawat bergambar tak ingat dunia. Saya dan bos dok tunggu je depan tasik. Nikmati keindahan tasik dalam gelap awal pagi. Yang tak dapat dirakam dengan camera dek kerana terlalu gelap. 5.30 pagi, jom ke musollah, kita qiyam dan tunggu Subuh. Alhamdulillah Solat Subuh jemaah. Ramainya orang. Semuanya satu tujuan. Ke Broga Hill juga. Tapi kenapa ramai sangat. Saya tertanya dalam hati, kenapa perlu pergi awal-awal pagi buta ni? Apa yang kita nak kejar? Takpe, ikut sajalah.
Detik Ketibaan:
Ya Allah! Ramainya orang! Kenapa macam Batu Cave je ni? Kat jalan raya dah penuh sesak dengan kereta. Hu, terpaksa jalan kaki. Takpelah, kuatkan semangat yang dah down jugak… Emmm..dah lah terpaksa bercampur dengan lawan jenis. Aduh! Dugaan sungguh. Sangkaan kami, kami sajalah yang ber’Broga Hill’ hari ini. Meleset habis. Sudah sampai di kaki bukit. Pendakian pun bermula.
Detik Pendakian:
Saya nak tunggu kat bawah je la. Saya rasa tak laratlah. Yang lain: Syeera, jomlah. Jom, kuatkan semangat. Dah sampai sini dah..Sambil buat muka terus ikut mereka. Dari berjalan santai, nafas mula melaju. Semakin tinggi pendakian. Aduh…menyesal! Lelahnya. Beratnya kakiku. Nafas berbunyi-bunyi. Ya Allah, ini baru Bukit Broga yang tak seberapa. Bagaimanalah aku akan mengharungi bukit tarbiyah yang penuh mehnah itu? Hati bermonolog sendiri.
Dapatkah aku mengikuti jejak Nabi SAW jika aku berhenti setakat ini? Gua Hira’ dan Gua Tsur lebih lagi mencabar. Aku teringat hijrah ke Madinah, penuh dengan duri dan menuntut seribu kesabaran. Kaki makin lemah. Aku mahu berhenti! Tapi! Hati kembali memujuk. Mungkinkah bisa aku contohi Rasulullah dan para sahabat yang berjuang untuk Islam? Mengangkat panji Islam dalam medan peperangan. Ada yang tercantas tangannya namun panji Islam terus dipertahankan. Ada yang pincang kakinya masih terus bertatih maju mengejar syahid. Ada yang tidak sempat mandi junub, meninggalkan isteri di malam pernikahannya. Ada juga yang mencampakkan kemanisan kurma demi sebuah pengakhiran yang mulia. Subhanallah! Hebatnya para sahabat yang dicetak oleh Rasulullah SAW.
“Syeera ok? Sikit lagi…sikit lagi Syeera..Syeera boleh.” Sejuk, menyiram hati. Kata-kata indah ranum dari pohon ukhuwwah. Tanganku diraih, ditarik. Yang lain terus menungguku. Inilah. Andai seorang dari kita melemah, yang lain terus menyalurkan kekuatan. Tidak akan ditinggalkan keseorangan di belakang. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Aku bahagia saat itu. Hilang segala lelah. Terus jiddiyah demi mereka. Dalam hati, “Ya Hayyun, ya Qayyum…” juga “Astaghfirullah..” menjadi penguat jiwa.
Detik Puncak:
Alhamdulillah, akhirnya tiba di puncak. Aku tidak ke puncak atas masalah kesihatan. Juga kerana terlalu ramainya orang di atas puncak itu. Terlalu ramai.Tapi dapat kulihat jelas puncak itu. Aku melihat saudara-saudaraku melambai-lambai dari arah puncak. Itu juga kebahagiaan buatku melihat mereka gembira. Lain kali, pasti persediaan rapi akan kususun buat pendakian ini. Aku berjanji! Masa tidak mengizinkan indah selamanya. Aku dan bos menuruni puncak. Yang lain masih di atas.
Detik Broga:
Sambil berjalan ke kereta, aku dan bos memetik bunga lalang..cantiknya..Masih ada lagi di bilikku ini. Sambil memetik, sesi curhat tidak dilupakan. Terus mengambil kesempatan untuk merapat ukhuwah. Kenangan yang indah pasti kan diingati selamanya.
Detik Muhasabah:
Setelah semuanya berkumpul, kami bermuhasabah apa yang ibrah yang kami peroleh sepanjang pendakian. Alhamdulillah terlalu banyak untuk dikongsikan. Selepas itu, sesi fotografi pun bermula..Waa…macam-macam aksi. Mantaplah akhawat!
Detik Kembali:
Kami pulang ke UIA semula pada pukul 10 lebih dengan pelbagai kenangan dan kerinduan. Yang pasti, objektif utama rehlah ini tercapai, ukhuwwah pastinya. Semoga kita semua disatukan di bawah fikrah yang sama. Sama-sama mendaki bukit tarbiyah yang penuh mehnah. Bersatu dalam amal jama’I, saling berbahu dan saling memotivasi.
Akhwat, jazakumullah atas segalanya pada hari itu.. Cinta kita mekar di Jabal Broga~
p/s: pic credited to Yani n Sya
cinta mekar di Jabal Broga..
ReplyDeletesangat iri melihat kalian merajut ukhwah diteman embun broga..
kami juga sedang mencari waktu berukhwah, memenuhi nilai fitri seorang manusiawi
cinta dan rasa..
kak syeera,,fana suka entry yang nie,,mmg terasa manis ukhwah tue,,subhanallah,,xleh bayang,,
ReplyDelete(n lagi satu,rasa mcm baca diari,,:))hee
Alhamdulillah..diberikan kesempatan...semoga ukhuwah yang bersemi selama ini terus mekar semekar broga di Jabal Broga..hee..
ReplyDeleteto Nurizz: kalian tembok hadapan yang kukuh,pastinya berat beban yg dipikul..semoga dipermudahkan...