Saturday, October 30, 2010

BILA KULAPAR, DIA BERIKU MAKAN


Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku
Menitis air mata ini saat mendengarkan bait demi bait lagu Cinta Agung ini. Dengan melodi dan irama yang sayu, penuh perasaan dan menyentuh jiwa. Alangkah besar kasih sayang-Mu ya Allah. Hamba tak dapat mengungkapkan dengan kasih sayang. Kasih sayang-Nya tiada bertepi.

Walau aku sering melupakan-Mu dalam senangku, Engkau tetap Pemurah kepadaku. Hari ini, peristiwa demi peristiwa berlaku dan kesemuanya menunjukkan bukti cinta Allah padaku. Tetapi...DI MANA ALLAH DI HATIKU??

Pagi tadi, oleh kerana terlalu kalut dan ditambah dengan sikap sambil lewaku, aku tersengaja meninggalkan dompetku di luar dewan peperiksaan. Sengaja? Mungkin, kerana aku merasa 'ah, tiada siapa yang nak ambil kot.' Apa yang terjadi, sebaik keluar dari dewan, aku terus ke kiosk untuk membeli roti dan air mineral buat lapik perut. Petang itu, satu paper lagi menantiku. Untuk jimat masa, aku mahu lapik perut sahaja.

Sewaktu ingin membayar harga barang-barang tadi, ternyata dalam dompetku tiada duit yang tadinya ada. Dum! Aku cuak tak menentu. Puasku cari, menyelongkar beg yang penuh dengan buku-buku dan kertas-kertas. Sudah. Tetap tiada. Tak mengapalah.. Entah mengapa aku tidak merasa beban ataupun sedih. Walau aku tahu bahawa itu sahaja satu-satunya duit yang aku ada.. walaupun sedikit, tapi itu sahaja yang ku ada.

Langkahku terus bertapak ke masjid. Niat terus untuk buat revision dan solat Zuhur di masjid. Aku memilih site sisters di level 1. Sedang aku keletihan dan mengantuk membaca sisa-sisa nota, datang sekumpulan sisters yang datang untuk makan tengahari.. Aduh...harumnya bau ayam, bau ikan, bau kari...Emmh... Aku menelan air liur.. Dalam hati, aku beristghfar kerana aku tahu itu semua kerana kesalahanku. Aku tahu Allah sedang mengujiku.. Atau Dia sedang menghukumku..yang mana satu, aku tidak tahu.

Dalam hati aku berdoa..dan memang sejujur dan ikhlasnya, inilah doaku...

"Ya Allah..aku lapar..tapi aku tiada duit walau sesen pun..Ya Allah, pabila aku lapar, Engkaulah yang memberi makan. Berilah aku makan ya Allah..Amin.."

Aku terus menahan lapar dan keletihan kerana malam semalam aku terpaksa mengorbankan waktu tidur dek kerana dua paper dalam satu hari yang sama ini kedua-duanya menuntut daya hafalan yang sangat tinggi. Aku ke dewan peperiksaan sekali lagi. Dengan rasa mengantuk dan lapar.

Usai menjawan kertas ujian, waktu tamat dan aku terus bergegas untuk solat Asar di Musolla Engin kerana waktu itu sudah jam 5.40petang. Selesai solat, aku terus melangkah laju ke main audi tepi sungai.. hatiku sungguh tenang dan gembira..kerana di situ, saudara-saudaraku sedang menunggu... Kali ini pertemuan kami tak seperti biasa, di dalam kelas. kali ini ada kelainan sedikit.

Setibanya aku, mereka sedang membicarakan tentang ujian, rasa down, demotivation dan macam mana mahu mengatasinya. Ya Allah, terkena betul dengan perbincangan ini. Subhanallah...Aku hanya mendengar..hari ini terlalu banyak yang kudapati dari pertemuan itu. Ukhti K di sebelahku lihat aku agak kemuraman. Aku menceritakan apa yang terjadi. Ukhti K memujukku dengan berkata..

"Allah sayang Kak Syeera tu. Sebab tu Dia uji Kak Syeera. Akak dah makan?"

Aku menggeleng...lemah..

"Takpe. Lepas ni kita makan kat HS nak? Saya belanja akak. eh?"

Aku terharu..rasa mahu memeluk ukhti itu. Penuh sayang. Ya Allah, itu kasih sayang-Mu kepadaku melalui dia..aku tahu.

Tiba sesi curhat untuk apa yang berlaku hari ini. Ukhti A menceritakan bahawa dia meminjam motor seseorang hari ini dan helmetnya telah dicuri...emm..kesian...

Aku mahu berkongsi juga..Aku menceritakan apa yang berlaku. Semua tumpang simpati. Ah, manis sekali ukhuwwah fillah ini. Jam tepat 6.50. Murabbiku menutup majlis. Sesi salam ukhuwwah perpisahan pun berlangsung. Ukhti K mengajakku ke Cafe HS.

Tiba-tiba murabbiku memanggil..

"Syeera nak pergi solat ke?"

Aku menggeleng..

"Tak. Saya nak pergi cafe dengan ukhti K."

"Macam ni.." sambil tangannya terus memegang tanganku seakan mahu memberikan sesuatu.

"Syeera, ambillah.."

Aku terkejut. Aku menggeleng...

"Takpelah ukhti S. Ukhti pun susah juga. Takpela.."

"Takpe..Ambillah. Kita ada rezeki lebih sikit hari ni. Mak kita baru masukkan duit. Ambillah.."

Sekali lagi. Sekali lagi aku terasa ingin menangis. Kerana kebaikan mereka...Kerana kasih sayang Allah kepadaku..

Ya Allah..Engkau sangat sayang padaku... Aku, Ukhti K dan Ukhti Y terus ke cafe. Tiba-tiba Ukhti Y bertanya padaku...

"Syeera..Duit yang hilang tadi satu-satunya duit yang Syeera ada ke?"

Aku mengangguk. Ukhti Y senyap kembali. Di cafe, Ukhti Y tak membeli apa-apa. Hanya menemankan kami sahaja. Aku dan Ukhti K membeli nasi campur mamak sahaja. cepat dan ringkas. Aku memilih lauk telur masin, sayur timun dan kuah campur. Itu saja.

"Syeera beli tu je ke? Ambillah ayam.. Kita belanja." Pelawa Ukhti Y.

Wajahnya sayu dan penuh simpati.

"Eh, xpe la Y...Y tak beli apa-apa ke?"

"Kita tak lapar. Lepas solat Maghrib ni nak terus balik. Syeera nah. Ambillah. Ikhlas dari kita."

Terus tangan Ukhti Y menyeluk begku. Aku terkejut. Terpegun, Terkedu.

"Y...xpayahlah susah-susah. Tadi Ukhti S dah bagi kita duit.."

"Takpelah...Syeera ambillah..kita pun ada rezeki lebih."

Mataku terus berkaca...Y..terima kasih..Ukhti S...terima kasih..dan yang paling utama ya Allah, terima kasih Allah.. Alhamdulillah atas rezekiMu. Engkau terlalu sayang padaku ya Allah.

Dan tadi..solat Maghribku penuh dengan linangan airmata kesyukuran. Cintaku terhadap Allah tiada berbelah bahagi. Ya Allah, moga Kau kekalkan cinta dan rindu ini padaMu sahaja. Amin.

Betul...Nikmat yang manakah yang kau dustakan?? Bertubi-tubi persoalan itu menikam hatiku. Dalam hati...

"Apabila aku lapar, Engkaulah yang beri makan ya Allah.. Terima kasih Allah atas kasih sayang-Mu ini..."

Friday, October 29, 2010

GAZA YANG DIBERKATI!

Saudaraku sekalian...mari kita sama2 berkongsi pengalamn dan mengutip semangat dari saudara2 kita yang diberi peluang menghantar bantuan ke Gaza. Moga2 dengan semangat yang tersalur dan pengalamn yang dikongsi akan membuatkan kita terus bergerak bersama mereka. InsyaAllah, akan tiba giliran kita pula!

Jemput datang ke:

JEMPUTAN
SESI PERKONGSIAN PENGALAMAN 40 HARI KONVOI AQSA 2 GAZA
BERSAMA AKH MOHD YUSOF AHMAD,
AHLI KONVOI IKRAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Tarikh: 30 Oktober 2010 (Sabtu)/ 22 Zulkaedah 1431H
Masa: 12:00 TGHRI - 1:30 THGNRI

Tempat: Dewan A, Kulliyyah Engineering, UIA Gombak

**Ukhuwah Teras Kegemilangan**


Dan juga jemputan ke:


Ayuh! sama2 kita berbagi semangat!




Saturday, October 23, 2010

UJIAN ITU...

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah:249)

Begitulah dugaan yang diberikan kepada tentera Thalut. Sungguh, Allah melihat kualiti iman seseorang. Kitalah yang memilih untuk tertingal di belakang. Allah akan menguji orang-orang yang beriman.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Ujian itu datang setiap waktu
Sesungguhnya ujian itu tidak datang sekali-sekala. Ujian itu datang setiap waktu samada kita sedar ataupun tidak. Kadang-kala saat kaki kita tertusuk duri, itulah saat kita diuji. Saat kita ingin melangkah keluar dari rumah dan tiba-tiba hujan turun, itu juga ujian. Lihatlah dengan mata hati. Kita sering merasa diuji.

Bagaimana kita menyikapi ujian itu?
Bagaimana kita membuat keputusan bersandarkan apa yang Allah inginkan?

Ujian itu sunnatullah...
Mengapa Allah menguji kita? Kerana kerja dakwah ini hanya mampu dipikul oleh orang yang kuat. Orang yang tegar, yang mampu bertahan, mampu tersenyum di saat suka dan duka.
Allah sangat-sangat menjaga agamaNya. Allah menurunkan ujian kepada aktivis-aktivisNya adalah untuk menyaring dan membersihkan saf dakwah ini dari unsur-unsur yang lemah, lelah, yang loyo.

Semaki tinggi, semakin berat...
Ujian yang datang dari Allah adalah untuk meningkatkan iman dan kedudukan kita di sisi-Nya. Semakin tinggi iman kita, maka semakin berat jualah ujian yang menimpa. Orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah itu kufur.


Mengapa diuji?
  • Agar kita kembali pada-Nya.
  • Untuk kita beristighfar.
  • Tanda Allah sayangkan kita.
  • Untuk meninggikan kedudukan kita di sisi-Nya.
  • Agar kita merendahkan diri dan tunduk pada-Nya.
  • Untuk kita lebih merasakan nikmat-Nya.
  • Untuk kita kembalik balik membaca al-Qur'an.

Setiap ujian itu di akhirnya akan manis...
Bagaimana kita menyikapi ujian?
  • Sabar...peringkat pertama dengan lafaz "Innalillahi wainna ilaihi roji'un"
  • Mengharapkan pahala.
  • Menjauhi perkara yang mengundang kemungkaran Allah.
  • Jangan pernah mengeluh.(bukan salah kita Allah menguji)
  • Meringankan musibah dengan mengingati kematian.
  • Kita sedari adanya nikmat Allah atas ujian itu.
  • Qada' Allah itu telah tertulis.
  • Kita mengharapkan jalan keluar dari Allah

Harga yang mahal untuk membeli sebuah ciri....
Benar... Daya uji, daya tahan kita itu...sangat mahal harganya. Ujian diberi untuk kita membeli satu muwasofat iaitu "daya tahan". Jadi, gembiralah dengan ujian itu.

Pasti..ada cahaya di hujung terowong...

Wednesday, October 20, 2010

MARATHON DAY

Hari ni, memang tak terkata kelenguhan yang menguasai kaki. Entah berapa kali kaki ini kekejangan, tak ingat. Tapi itulah gambaran hari ini. Hari di mana semua engineering student yang ambil FYP1 berlari ke sana-sini, berlumba, berbaris, bersabar dan akhirnya ber'lega'.

Pesta Marathon!




Hampir-hampir menangis pun ada. Penat dengan kerenah manusia dan juga perasaan yang berperang dalam jiwa ini. Jiwa saya pun turut marathon juga!

Mengapa ya?

Saya nak tanya satu soalan....

"Adakah manusia suka akan perhatian dan kelebihan yang ia peroleh dari orang lain?"

Of course la kan?!!!

Sebenarnya soalan itu sudah berjawab. Sengaja tanya lagi...Manalah tahu, ada yang jawab sebaliknya. Siapa yang punya jawapan sebaliknya, saya betul-betul ingin mengenali anda.

Sebab....

Orang yang macam ini, dia memandang dengan sisi yang berbeza...kalau ada dua jalan pun, dia pasti akan ikut jalan yang orang lain tak ikut. Betul ke??

Tapi...

Wujudkah orang sebegitu?

Fizikal saya, mental saya, betul-betul penat kerana pesta marathon hari ini.

"Semoga Allah beri kekuatan untuk saya menghadapi 1001 macam dugaan yang akan datang. Buat hati, tenang dan rehatkanlah dirimu dengan solat."

Sunday, October 17, 2010

SEMUANYA UNTUK MENEMPA KITA

Percayalah...semua ujian yang melanda dalam hidup kita adalah sekadar untuk menempa kita.. Membentuk kita untuk menjadi lebih kuat.

Manusia ini apabila diuji, dapat diibaratkan dengan batu-bata. Apabila semakin lama batu-bata itu dibakar di dalam ketuhar, maka semakin kuat, semakin kukuh dan semakin tegar ia. Batu-bata itu akan bertukar menjadi warna merah dan penuh dengan kekuatan dan keberanian.

Begitulah juga dengan kita. Seandainya kita diuji, bukan menjadikan diri kita semakin lemah tetapi akan menjadikan diri kita lebih kuat, lebih cekal dan lebih berani menempuhi apa yang menanti di hadapan.

Dan pasti, di hujung lorong atau terowong gelap ujian itu, akan ada cahaya yang menanti.

"There's light at the end of the tunnel"




Rasulullah sedari kecil bahkan sebelum lahir yakni ketika masih dalam kandungan sudah ditempa banyak kesulitan. Ditinggal ayah ketika usia 4 bulan dalam kandungan, diserahkan kepada Halimah untuk diasuh dan disusui serta dididik jauh dari materialisme agar menjadi anak yang baik. Kemudian mengalami pencucian dadanya. Usia 6 tahun, tak lama setelah kembali dari asuhan Halimah..berangkat bersama sang Ibu ke makam ayahnya..di perjalanan sang Ibu dipanggil Allah.

Muhammad kecil kemudian diasuh sang datuk yang juga ternyata kerana sudah ajalnya. Diasuh bapa saudara hingga dewasa. Turut berdagang hingga Syam. Beranjak dewasa, menikah dengan Khadijah, ketika memasuki kenabian..sang isteri meninggal saat beliau memerlukan seorang pendamping untuk meneruskan dakwahnya. Lalu disusul bapa saudara, Abu Thalib yang sentiasa membela dirinya pun wafat dalam keadaan kafir belum berislam.



Semua inikan ujian?
Ujian untuk kita agar jadi lebih kuat dan tegar...

"Ya Allah, teguhkanlah hatiku seteguh kekasihMu, Rasulullah SAW.."

p/s:kdg2 peringtn sebegini dtg dr org lain dsbbkn kte trlepas pndg..jzkk mck~

RINDU PADA-NYA

"Salam syera. anti blh dtg dauroh esok?"

Aku memandang sayu skrin handphone ku. Kubaca sekali lagi. Emmm... Hatiku berbelah bahagi.



Report FYP ku masih belum sudah. Terlalu banyak lagi untuk kulunasi, kuperhalusi... Isnin sudah mahu diserah untuk disemak oleh supervisorku. Akhirnya, setelah membulatkan tekad, aku membalas sms murabbiku itu.

"Salam.InsyaAllah, ana nak sgt dtg. InsyaAllah dtg."

Send...

Delivered...

Di saat hati merindukanMu, pasti ada yang menghalang. Namun, aku tidak akan mengalah. Walau aku rasa lemah, Kau tetap di sisi memberi kekuatan. Aku pasti akan mengejar cinta-Mu selagi kutermampu.


InsyaAllah..akhawat, semoga bertemu esok hari! Aku merindui haruman bunga ukhuwwah yang kita semai dan bajai bersama dahulu. Semoga ia kan terus berkembang dan mewarnai hidupku dan antunna.


Uhibbukum fillah!

"Ya Allah, berikanlah hambaMu ini keteguhan hati. Hati ini sangat rindu padaMu. Rindu akan pertemuan di majlis-majlis-Mu. Teguhkanlah hatiku tika ini ya Allah."

Saturday, October 16, 2010

SAYA SEDANG BERFIKIR

Saya sedang berfikir...




Bagaimana caranya untuk saya tidak melepaskan salah satu daripada dua pilihan yang ada dalam tangan saya?

Saya tahu, dalam hidup ini kita akan selalu dihadapkan dengan pelbagai pilihan yang kadangkala membuatkan kita terpaksa mengorbankan salah satunya.

Antara dua....




Atau lebih...




Memang sangat sukar untuk membuat pilihan... Saya nak kedua-duanya. Saya nak capai cita-cita saya dan dalam masa yang sama juga saya nak membantu keluarga saya. Namun, kalau saya dihadapkan dengan pilihan yang mengkehendaki saya memilih cita-cita saya dahulu, bagaimana dengan keluarga?

Sangat buntu....




Kelirunya...untuk membuat pilihan. Teringat pulak poem "The Road Not Taken". Yang mana satu?





Saya tahu, bukan saya seorang je yang alami benda ni. Semua orang hadapi masalah macam ni.
Dan ini semua menuntut pengorbanan, menuntun kemahiran kita menggunakan fiqh aulawiyat, yang mana lebih diutamakan, yang mana mendatangkan maslahat...

Semua ni telah diterapkan dalam tarbiyah. Tinggal lagi kita, diri kita untuk aplikasikannya. Dan semua ini juga bergantung dengan graf iman kita...iman itu yazid wa yankuz. Kita berada di poin mana?




Tepuk dada, tanya iman..

"Ya Allah, seandainya Kau mengizinkan jalan yang kupilih ini, maka tunjukkanlah ya Allah. Permudahkanlah ya Allah. Amin.."



Thursday, October 14, 2010

KEIKHLASAN KOLEKTIF


Petang tadi, baru saja usai sebuah pertemuan..11 jiwa bertemu, saling berkongsi ilmu, saling mengecas iman, saling bertukar rindu.

Sebagai penutup, sempat jua kami berkongsi pendapat tentang satu tajuk yang amat menjentik hatiku kukira...

K.E.I.K.H.L.A.S.A.N K.O.L.E.K.T.I.F



Masing-masing memberikan pendapat. Sungguh menarik pendapat yang kami kongsi bersama.

Mari kita rewind semula jawapan-jawapan itu....

Pendapat ukhti 1:

"...." (Macam blurr sedikit)

Next!

Pendapat ukhti 2:

"Saya tak fahamlah kak....Betul, saya tak faham."

Pendapat ukhti 3:

"Bagi saya, keikhlasan kolektif ni amal jama'i. Maksudnya, dalam kita beramal jama'i tu, kita perlu ada keikhlasan."

Pendapat ukhti 4:

"sama macam ukhti 3"

Jump to ukhti 10:

"Keikhlasan kolektif ni pada pendapat ana la...kita dalam semua perkara pun kena ikhlas. Bukan satu benda je kita ikhlas, tapi semua yang kita buat kena ikhlas."

Back to ukhti 7:

"Pendapat saya macam ukhti 10. Ikhlas kita kena konsisten dalam setiap perkara."

Pendapat ukhti 8 (saya lah tu...):

"Saya rasa keikhlasan kolektif ni konsep yang ada kena-mengena dengan kumpulan. Kalau dalam satu kumpulan tu ada yang tak ikhlas bekerja, dia kena terima juga kerja tu dan buat sebab majoriti dah terima kerja tu dengan ikhlas. Dan walaupun dia tak ikhlas, dia tetap dapat ganjaran sama dengan orang yang ikhlas."

Pergh! Punyalah panjang jawapan. Sebab sendiri cakap, sendiri ingatlah. Orang lain cakap tak berapa ingat sangat.

Habis jawapan tu saja, semua gelak termasuk si pembina. Aik! Salah ke??

Ukhti 10:

"Semua betul saya rasa..." (Senangnya jawapan dia...)

Suasana tenang kembali...Akhirnya si pembina pun membuka mulut...

"Sebenarnya...Keikhlasan kolektif ni adalah konsep di mana pincangnya keikhlasan seseorang dalam sesebuah jemaah akan mempengaruhi sesebuah kemenangan dalam jemaah itu."

Emm...sedikit faham..teruskan...

"Macam ni, antum buka dakwatuna dan taip "Keikhlasan Kolektif" bawah tajuk "Fiqh Dakwah". Kita bincang next pertemuan."

Baru faham sepenuhnya setelah baca artikel di link ini:

http://www.dakwatuna.com/2009/keikhlasan-kolektif-syarat-kemenangan-dakwah/





Ada beberapa point yang ingin saya kongsikan bersama:
  1. ketika keikhlasan sebagian kaum mukminin tercoreng dan motivasi sudah bercampur, kekalahan dan kegagalan perjuangan adalah suatu keniscayaan.
  2. Masyarakat yang diinginkan Al-Qur’an bukanlah masyarakat malaikat yang tidak pernah berbuat salah atau berniat melenceng. Kesalahan dan penyelewengan masih boleh ditoleransi jika tidak mendominasi dan menjadi fenomena umum.
  3. Kerana itu amar ma’ruf nahi munkar, tawashi bil haq dan tawashi bish shobr, menjadi pilar keberlangsungan komunitas orang-orang beriman.
  4. Yang harus dilakukan hanyalah memberi peringatan dan membangkitkan motivasi.
  5. keikhlasan merupakan rahasia hati, tetapi keikhlasan tercermin dalam ucapan dan perbuatan. Al-Qur’an mengungkapkan bahwa sikap nifaq meskipun disembunyikan dalam hati, tetap akan tampak dalam sela-sela ucapan dan indikasi perbuatan.
  6. Keikhlasan dapat dengan mudah ditemukan pada komunitas orang-orang yang sederhana dan tawadhu, yang selalu berkumpul dalam suasana dzikir, mengingat Allah.
  7. Keikhlasan adalah sebuah perjuangan hati melawan bisikan nafsu dan dorongan setan, bukan sesuatu yang hanya diklaim atau diaku-aku. Hati yang peka dan bersih akan selalu sibuk meluruskan niat, bukan mengakui keikhlasan dan merasa aman.
  8. “Semua manusia wajib menerima dan memberi taushiyah. Tidak ada orang yang terlalu rendah untuk memberi nasehat. Dan tidak ada orang yang terlalu tinggi untuk menerima nasehat.”
“Dan tetaplah memberi peringatan, karena Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Adz-Dzariyat: 55)


Jadi kita bagaimana?

Adakah kita orang-orang yang memincangkan barisan jemaah atau apa?

~Jangan kekalahan Islam itu datang dari pintu yang kita jaga~