Monday, March 29, 2010

BELAJAR SEMANGAT DARI SEEKOR HELANG


(Perjuangan Merubah DIRI)

Tidak semua perubahan membawa kebaikan. Namun, belajarlah menjadi manusia yang terbaik, lakukanlah perubahan, jadilah manusia yang penuh tanggungjawab, dedikasi dan kotribusi dengan mengoptimalkan usia biologis untuk memperpanjang usia historis.

Mari kita belajar semangat dari seekor helang dalam perjuangan merubah diri.

Seekor helang, saat usianya mencapai 40tahun, ia tidak mampu lagi untuk terbang laju. Sayapnya juga berat kerana bulu-bulu mula menebal dan memanjang. Paruhnya menjadi panjang hingga mencapai leher. Kukunya melengkung hingga hampir menyentuh dada dan mulai tumpul. Sukar untuknya menyambar mangsa kerana tidak secekap dahulu lagi.

Saat ini, ia harus mengambil keputusan yang sangat berat dalam hidupnya. Ia hanya ada dua pilihan sahaja sama ada memilih mati atau dilahirkan semula yang mana ia harus menjalani satu transformasi yang berat, sukar dan penuh dengan cabaran.

Jika ia memilih untuk lahir kembali, ia memerlukan sekurang-kurangnya 150 hari. Helang harus berusaha terbang tinggi ke atas puncak gunung. Kemudian, di sana ia akan menetap sehinggalah proses transformasinya selesai.

Di sana, perkara pertama yang ia lakukan ialah mematahkan paruhnya yang panjang dan melengkung itu dengan mematukkannya pada batu hingga tertanggal paruh itu dari mulutnya. Proses ini amat menyakitkan kerana ia harus menahan kesakitan itu sehingga tumbuh paruh yang baru lebih kurang setengah bulan lamanya.

Lalu, selepas itu, dengan paruh barunya, ia akan mencabut kukunya, sepuluh-sepuluh kukunya akan dicabut dan proses ini juga sangat menyakitkan. Namun, helang tetap tegar, sekali sudah bermula, pantang berundur walau selangkah. Helang begitu istiqomah dengan sebuah tekad untuk terus hidup. Proses penumbuhan kuku mengambil masa setengah bulan. Dengan kuku yang baru, ia akan mencabut bulu-bulu tebal yang ada pada badannya. Satu demi satu. Satu lagi proses yang panjang dan menyakitkan. Ia akan menunggu hingga bulunya bercambah kembali.

Nah, 5 bulan kemudian, helang akan terbang kembali dengan bulu barunya. dengan kelahiran dirinya yang baru itu, helang mampu melanjutkan lagi kehidupannya hingga 30 tahun dengan penuh semangat perjuangan.

********
Begitulah sahabat, Allah yang menghidupkan helang agar menjadi pengajaran buat manusia. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan mereka mahu merubah nasib dirinya sendiri.

Karya besar hanya akan lahir dari konsistensi perjuangan dan pengorbanan yang besar. Allah telah siapkan pelajaran buat kita dari kisah helang. Untuk mendapatkan kehidupan baru yang lebih baik, seringkali kita harus membuat keputusan yang sulit dalam hidup.

Kita harus sentiasa berani untuk melakukan pembaharuan yang baik. demi mencapai tujuan hidup yang lebih baik, kita harus bersedia meninggalkan kehidupan lama, kebiasaan lama yang selesa dan terus bergerak ke hadapan dengan satu misi dan visi yang lebih jelas. Bukalah diri anda untuk menimba pengalaman baru, garaplah setiap potensi yang ada, asahlah bakat-bakat yang terpendam dan ubahlah sikap negatif yang ada dalam diri kita.

Kadangkala, halangan terbesar untuk berubah datang dari diri kita sendiri, lahir dari sikap kita sendiri. Maka, berubahlah kerana andalah ibarat helang-helang yang sentiasa mahu terus berjuang untuk hidup. Kerana perubahan itu pasti berlaku dalam hidup kita. Jangan biarkan pemikiran lama menyempitkan fikiran dan jalan untuk terus bergerak. Ayuh bergerak!

Are you ready??!!!

(sumber: TRUSTCO)

Sunday, March 21, 2010

MUNAJAT


Kedinginan malam
Bersama rintikan hujan
Mengingatkan pada Keagungan Tuhan
Kehidupan pejuang menempuh dugaan
Gelombang fitnah melanda berterusan

Lagu 'Ranjau Perjuangan' dendangan kumpulan Nahwan Nur benar-benar mengigit sanubariku di keheningan pagi ini. Lantaran tuntutan dunia, kadangkala aku terpaksa mengorbankan kobaran imanku. Betapa lemahnya diriku menongkah arus hidup yang turun naik bagai ombak besar mengganas meragut nyawa.

Dan pabila api imanku mulai mengerdil, Allah Maha Mengetahui betapa sulit untukku melejitkannya kembali. Allah.....aku lemah... Besarnya fitnah dunia, kadang aku tiada upaya melawannya. Hanya Engkau..hanya engkau, tempatku bergantung.

Ditaburi fitnah yang datang melatah
Jua rintangan yang menghalangnya
Tabahkanlah hatimu wahai pejuang
Ianya ujian dalam kehidupan
Merupakan pengajaran dari Tuhan
Dalam membina insan bertaqwa

Ya Allah...berikanlah kekuatan kepadaku. Ameen.

Tuntas.

...

[Luahan hati yang dalam]


GET ORGANIZED!

Salam imtihan buat semua terutamanya buat para mujahidah di UIAG yang bakal bertempur di medan imtihan sedikit masa lagi. Ma'at taufiq wannajah diucapkan. Semoga perkongsian ini kita jadikan muhasabah bersama. Salam perjuangan akhawat! Gantunglah harapanmu setinggi-tingginya pada Allah. Kuatkan pijakanmu, bulatkan tekadmu, songsonglah kesuksesan, raihlah bahagia di dunia dan akhirat. Semoga tawazun semuanya!

Seorang akh pejuang aqidah hendaknya ia menjadi orang yang rapi dalam semua urusannya. Jadi, nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita seperti waktu, kesihatan, harta, ilmu dan lain sebagainya ini harus benar-benar engkau hargai dan engkau manfaatkan dengan baik serta tidak engkau biarkan sia-sia. Yang demikian itu tidak akan terwujud kecuali dengan kejelian(ketelitian) dan kerapian dalam semua urusan, terutama bahawa kewajipan-kewajipan itu jauh lebih banyak dari waktu yang tersedia sehingga bila seorang akh tidak rapi dan disiplin ia akan banyak kehilangan waktu dan upayanya.

Begitu pula urusan harta membutuhkan(memerlukan) distribusi yang baik diawali dari yang terpenting kemudian yang penting, dan semua urusannya harus selalu rapi serta jauh dari kekacauan dan spontanitas, di mana semuanya ini akan menjadikan seorang akh bisa menghemat waktu, harta dan tenaganya. Begitulah hendaknya seorang akh, ia selalu rapi dalam semua urusannya, di rumah, di tempat kerja dan kantornya(pejabat) serta semua urusannya.

Syaikh Mushthafa Masyhur- Fiqh Dakwah Jilid 2

Saturday, March 20, 2010

AKU, SI JERUNG DAN IKAN KECIL


Semalam sesuatu berlaku dalam hidup saya. Mungkin bisa menjadi ‘one of unforgettable chapter in my life’s book.’ Dalam keadaan yang mendesak atau terdesak, sebenarnya, anda bisa menjadi ‘super’luar biasa, jauh dari kebiasaan yang anda lakukan.


Mungkin jika anda seorang yang inferior, namun di bawah keadaan tertekan (under pressure) atau terdesak, anda akan menjadi ‘orang lain’ yang berbeza dengan perwatakan asal. Mungkin bisa jadi anda akan menjadi orang yang friendly, bermulut manis atau apa saja. Ini semua bergantung seberapa jauh anda keluarkan dari kepompong rutin hidup anda.


Dan, itu yang berlaku pada diri saya semalam. Bagaikan tak percaya tapi itulah hakikatnya. Apa yang berlaku, tidak perlu rasanya untuk diceritakan Cuma ingin berkongsi apa yang saya dapati dari peristiwa tersebut.


Mari saya bawakan satu analogi yang bisa anda fahami. Inilah kisah “Si jerung dan anak-anak ikan.” Ada yang pernah mendengarnya? Mari kita semak kembali apa intipati dari kisah itu ya.


Tersebut kisah di Negara J, di sebuah kampung, tinggal seorang nelayan yang kerjanya menangkap ikan di laut dalam. Kebiasaan orang-orang di kampung itu hanya membeli ikan yang segar sahaja, iaitu ikan yang masih hidup. Namun, kondisi yang terjadi adalah laut dalam itu jaraknya dari kampung itu jauh sekali, dan pasti jika sampai ke pantai, ikan-ikan itu akan mati. Lalu, jualannya tidak berjalan. Nah, penat saja nelayan-nelayan itu bertarung nyawa di laut dalam tapi tiada yang mahu membeli ikan-ikan mereka.


Maka, nelayan tadi terus berfikir-fikir bagaimana caranya untuk membawa ikan-ikan ke daratan dalam keadaan masih hidup dan segar. Nelayan itu terlihat akan situasi di mana dia telah mendapatkan idea bagaimana mahu membawa ikan-ikan ke daratan dalam keadaan yang segar.


Setelah itu, dia turun ke laut seperti biasa. Kali ini, berbeza dengan sebelum ini di mana dia hanya menangkap ikan-ikan kecil, tapi kali ini dia juga menangkap seekor jerung yang sederhana besar. Luar biasa pada hari itu ikan-ikan kecil Berjaya dibawa ke daratan hidup-hidup.


Apa rahsianya? Apa kaitannya dengan ikan jerung tadi? Mari kita semak alasannya.


Jerung itu di letakkan bersebelahan dengan jaring ikan-ikan kecil. Walaupun terpisah, setiap kali ikan jerung itu membuka mulut untuk makan ikan-ikan kecil itu, ikan-ikan kecil it uterus berenang ke sana ke mari dengan laju. Situasi ini berlarutan hinggalah kapal itu tiba ke daratan. Nah, hasilnya, ikan-ikan kecil itu selamat tiba dengan hidup dan masih cergas saat dijual kepada pembeli-pembeli.


Nah, itulah yang dinamakan ‘booster’. Tekanan dari si jerung tadi telah menjadi ‘booster’ bagi ikan-ikan kecil itu untuk terus berjuang dan terus hidup.


Di bawah tekanan dan desakan, maka kita dengan sendirinya akan terus berjuang untuk mempertahankan hak dan apa yang seharusnya kita capai. Sebab itu orang-orang sudah biasa hidup selesa dan tiada tekanan, dia tidak bisa berdikari dan cepat dalam bertindak. Semua sudah diatur, berada di zon selesa, tiada usaha dan upaya untuk mendapatkan yang terbaik.


Saya sudah menemukan jerung saya sebagai ‘booster’ untuk saya berjuang dan mendapatkan yang terbaik. Anda bagaimana? Teruslah usaha mencari jerung anda. Agar dengannya anda akan lebih produktif dan aktif dalam berprestasi.


InsyaAllah, semoga mendapat manfaat dari sharing ini. Usaha yang kecil namun disertakan dengan niat yang ikhlas insyaAllah akan menjadi besar. Yuk, sama-sama berprestasi!


P/s: Teringat kisah Pak Abdul Hakim yang mengirim artikel “Survival” di mana kita harus terus bergerak dan jangan hanya duduk diam. Pergerakan itu bisa melejitkan semangat untuk terus ‘survive’. Bukan begitu??



Wednesday, March 17, 2010

LEMPARKAN


{Berkata Musa: "Ini adalah tongkatku, aku bersandar kepadanya, dan aku menggunakannya untuk merontokkan (memukul) daun-daun untuk kambingku, dan bagiku ada lagi keperluan yang lain padanya".

Allah berfirman: "Lemparkanlah ia, hai Musa!"

Lalu dilemparkannya tongkat itu, maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat.

Allah berfirman: "Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaan asalnya.}
Surah Thaha(18-21)

Apa yang kita boleh dapati dari ayat-ayat di atas? Subhanallah, sebelum ini ana belum pernah terlintas akan apa yang ana dapati dari seorang teman kelmarin. Mungkin, inilah peringatan Allah buat ana yang jarang-jarang sekali serius serta fokus dalam mentadabbur ayat dalam sehari. Sehinggakan mata hati terkabur, tidak telus dan tak dapat melihat dari sudut dimensi yang berbeza.

Kalau sebelum ini, membacakan ayat-ayat di atas, yang tergambar di kepala ana hanyalah tentang mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa. Subhanallah, namun berkat perkongsian dari diskusi ‘study circle’ ana kelmarin, banyak cabang idea dan sudut pandang yang lebih teraplikasi dalam kehidupan ana sebagai seorang ‘M’, ‘MT’ dan juga ‘D’ khasnya…
Baiklah, mari bersama ana kita tadabbur ayat-ayat di atas. Apa ya?? Masih kabur…. Baik, kita mulakan dengan tongkat. Kalau kita lihat di sini, Nabi Musa menyenaraikan fungsi-fungsi tongkat yang beliau gunakan. Antaranya, sebagai sandaran(menopang) sewaktu berjalan, sebagai alat memukul daun-daun untuk diberi makan kepada kambing-kambingnya dan lain-lain yang tak disebut. Itu sahaja.

Nah, hebatkah fungsi tongkat tersebut? Jika kita teliti, fungsinya biasa-biasa saja bukan? Tidak langsung menimbulkan kekaguman. Namun, kita lihat ayat seterusnya di mana Allah memerintahkan Nabi Musa melemparkan tongkat tersebut. Subhanallah! Tongkat yang tadinya tidak punya fungsi hebat dan mengagumkan, kini bisa merembes kata ‘wow’ di mulut orang-orang yang melihatnya.

Kuasa Allah, itu pasti dan wajib diyakini. Nah lagi, kita pandang dari sudut diri kita sebagai ‘seseorang’. Kata kuncinya adalah P.O.T.E.N.S.I.

Benar! Itulah yang dinamakan potensi. Sebelum dikeluarkan, sebelum digarap dan digilap, potensi itu akan kekal sebagai suatu yang biasa-biasa saja. Yang tidak menimbulkan impak luar biasa dan tidak memberi kontribusi apa pun. Namun, Allah menginginkan kita melemparkan, mengeluarkan, menghamburkan semua potensi emas yang terkubur di lombong diri kita. “Lemparkanlah wahai Musa!”- tujukanlah ayat ini kepada diri anda, diri kita sendiri.
Dengan itu, baru langsung akan terekspresinya, tersuratnya dan terpancarnya segala potensi yang ada pada diri kita. Dan satu perkara, jangan langsung pernah merendahkan dan meringan-ringankan bakat yang kita miliki. Boleh jadi, itulah potensi emas kita.

Walaupun kita hanya pandai menulis, kata-kata yang ditulis itu pabila digarap, akan bisa mengoncang dunia. Akan bisa menyentuh hati-hati yang membaca. Dan kalau kita suka melihat filem-filem animasi, nah, gunakan segala idea dan kreativiti anda untuk melahirkan filem animasi pendek yang berbentuk Islami. Kalau bakatnya dalam memasak, kontribusi bakat yang ada untuk memasak dalam acara-acara, program-program, daurah-daurah, mukhayyam-mukhayyam(perkhemahan) dan sebagainya.

Gunakan setiap sarana, ruang dan kesempatan yang ada. Lemparkanlah bakat anda untuk digarap menjadi potensi diri yang berharga dan berkontribusi.

Ingat, jangan pernah memandang enteng(menyepelekan) setiap bakat dan potensi anda. Sekecil mana pun ia. Teringat kata-kata emas(lupa dari siapa) yang berbunyi seperti ini;
“Berapa banyak kerja kecil menjadi BESAR kerana niat, dan berapa banyak kerja besar menjadi KERDIL kerana niat. Ikhlaskanlah dirimu!”

Jadi, para penggali potensi emas sekalian, yuk kita berusaha mencari potensi itu untuk dilemparkan, digarapkan dan diberdayagunakan. Yuk!

Thursday, March 11, 2010

AWAS ‘HIDDEN WEAPON’ CIPTAAN MARK ZUCKERBERG!


“Emm..trjga tghmlm terus fb~”

“Waa..xtau nk buat ape skrg…”

“Nak duit dalam masa yang paling singkat??”

“Demi masa. Sungguh manusia itu dalam kerugian..”


Itu antara beberapa ‘status’ yang di’post’kan oleh para pengguna Facebook, laman jaringan sosial terbesar dunia. Daripada bisnes, mengisi masa lapang, agama dan hinggalah ke ceruk kehidupan peribadi, Facebook menjadi teman setia. Nampaknya Facebook benar-benar telah mengambil alih hidup jutaan manusia termasuk pelajar UIA sendiri.


Sebabnya, di Facebook, para penggunanya mampu berinteraksi dengan banyak orang, teman-teman baru ataupun teman-teman lama. Di Facebook, kita boleh bermain game internet gratis, juga boleh menampilkan foto-foto kita, dan tidak seperti halnya di blog atau situs, foto-foto tersebut dijamin langsung boleh dilihat oleh ‘friend list’ yang bersangkutan. Bahkan dikomentari. Di Facebook pula ada fasiliti chatting, dan meng-up-date status—sampai-sampai ke bilik mandi dan segala hal tak penting lainnya pun (atau yang lebih parah, hal sangat pribadi!) diberitahukan kepada khalayak. Dan komen dari beberapa orang. Itulah kelebihan Facebook yang tak didapati di laman-laman jejaring sosial lainnya.


Tidak hairan juga, jika hampir semua pengguna internet menjadi ketagihan akan Facebook. Apalagi sekarang internet (dan juga Facebook terutama)boleh langsung diakses dari HP yang murah-meriah dengan harga yang sangat murah pula. Artinya, up-date status boleh terjadi di mana dan bila saja.


Berapa ramai kawan lama yang kembali bersilaturahim berkat laman jaringan sosial rekaan Mark Zuckerberg bernama Facebook. Berapa banyak bisnes berjalan mulus dan berkembang berkat distribusi dan jaringan melalui internet. Berapa pula banyak orang yang menjadi religius berkat siraman rohani dari berbagai situs dakwah yang bertebaran di dunia maya.


Mungkin akan banyak komen yang mengatakan, kenapa harus pakai Facebook yang jelas-jelas milik orang kafir dan Yahudi pula yang jelas-jelas memusuhi Islam. Justeru disini kita sebagai umat Islam harus pintar memanfaatkan peluang dan sarana. Facebook yang punya musuh Islam kita manfaatkan untuk kepentingan Islam. Seperti para mujahidin Afghan yang banyak memanfaatkan peralatan militer milik Sovyet ataupun Amerika, yang digunakan untuk memerangi mereka dengan peralatan yang mereka buat sendiri.


Bahkan, berapa ramai da’i atau organisasi yang menyertai Facebook atas dasar ingin mengembangkan dakwah Islam. Bahkan ramai juga antara mereka yang bertindak memboikot laman itu. Namun begitu, sekiranya hanya golongan minoriti sahaja yang bertindak, hal ini tidak akan berjalan juga. Seharusnya, kitalah yang menyedarkan orang lain. Kerana apa? Kerana ‘targeted person’ semuanya orang-orang yang berada dalam laman itu. Yang masih belum sedar. Yang masih enak dalam dunia khayalan ciptaan Mark Zuckerberg, seorang Yahudi. Kita harus menyedarkan orang-orang yang di dalam kerana orang-orang yang di luar pastinya punya sebab sendiri untuk tidak menyertai. Jadi, jadilah serampang dua mata dalam hal ini. Kita menyasarkan peluru dakwah ke dua tempat sekaligus. Yang di luar diperingatkan dan yang di dalam disedarkan. Untuk mengatakan Facebook Haram, maka kita seharusnya mengatakan juga Internet Haram. Kerana apa? Kerana Facebook itu hanyalah satu Mossad(senjata/agen rahsia) yang terangkum dalam satu senjata besar yang lebih lagi terkandung bermacam-macam jenis haq dan kebatilan yang bercampur baur. Maka, bukan suatu yang mudah untuk menyebarkan semboyan-semboyan pengharaman Facebook.


Halnya dapat dilihat jelas di mana banyak laman-laman dakwah seperti Dakwatuna.com, Zaharuddin.net dan juga Minda Tajdid(Dr. MAZA) sendiri punya ‘fanpage’ atau ‘link’ ke Facebook. Jelas, kita mampu memanipulasikan senjata milik orang kafir untuk kebaikan dan kepentingan Islam. Hanya sahaja niat dan usaha kita yang berterusan dan takkan pernah menyimpang dari kebenaran dan tak terlarut dalam dunia Facebook itu sendiri. Dari itu, untuk menjalan misi-misi dakwah kita melalui Facebook, ada garis panduan dan prinsip-prinsip yang harus dipatuhi dengan penuh iltizam dan indibath(disiplin). Pertama, mengubah paradigma hidup dan ibadah kepada yang lebih baik. Kedua, memelihara kunci produktiviti, iaitu hati. Ketiga, bergerak dari sekarang. Maksudnya, tidak menjadikan laman itu sebagai tempat menghamburkan teori dakwah tapi harus seiring dengan praktikal. Dan yang keempat, berterusan. Bukanlah sekadar melepaskan batuk di tangga dan usaha yang hangat-hangat tahi ayam tanpa ‘follow up’ selanjutnya.


Seharusnya kita dapat menjadikan Facebook dan media internet lainnya sebagai sarana untuk menyebarkan fikrah Islamiyah yang bersih(Nasrul Fikrah). Satu saja orang bisa tersentuh cahaya Allah melalui tangan kita tentu akan melapangkan jalan kita ke syurga. Dunia dan segala apa yang ada di dalamnya hanyalah sarana yang akan menghantarkan kita pada perjumpaan dengan yang Maha Pencipta. Jangan terlalu dicinta yang membuat waktu kita habis bersamanya. Amatlah merugi jika sarana itu justru menghantarkan kita kepada kehinaan di neraka jahanam.


Satu hal yang harap dicatat, bagi kita kaum Muslim adalah jangan sampai kita menjadi sesuatu yang idle dalam berinteaksi di internet, menyatakan bahkan hal kecil yang kita alami dan rasakan, sementara “tangan-tangan besar” yang tak terlihat sedang mempersiapkan senario terhadap dunia Islam.


Akhir sekali, bagi mereka yang masih dalam keliru dengan pembacaan ini, atau ingin mengetahui lebih dalam lagi, di bawah ada disertakan laman-laman web di mana anda boleh mengetahui lebih lagi tentang ‘hidden weapon’ ini. Sekian.


Rujukan:

1. Eramuslim- Media Islam Rujukan:

· Facebook Ladang Jihad

· Facebook Hapus Seluruh Member dari Facebook Milik Ismail Haniyah

· Penghinaan Nabi Muhammad di Facebook

· Watak Asli Yahudi di Facebook

· Obama Peringatkan Remaja AS Akan Bahaya Facebook

· Generasi Muda Arab Generasi Facebook

· Akankah Facebook Bertahan Lama

· Negara Facebook Menguasai DuniaIsrael Gunakan Facebook Sebagai Alat Mata Mata Dunia

· Facebook Hapus Account Milik Syaikh Awad Al Qarni

· Zuckerberg Facebook dan Yahudi

· Facebook Kembali Bikin Ulah

· Kampanye Anti-Islam di Facebook, Puluhan Ribu Anggotanya Protes

· Bagaimana Facebook Menjadi Alat Politik Yahudi

· Amerika Ramai Ramai Berhenti Kecanduan Facebook

· Facebook Mulai Tunjukkan Watak Aslinya

· Facebook Digunakan Untuk Menentang Berdirinya Masjid di Lichfield

2. Dakwatuna.com- Menuju Cahaya Islam

· Antara Facebook dan Manusia Produktif

· Islam Ramadhan dan Facebook

· Dan banyak lagi

3. Zaharuddin.net

· Facebook, Yahudi & Status

Artikel diolah semula dengan rujukan-rujukan dari artikel-artikel dari laman-laman web di atas.

Sebarang pembetulan dialu-alukan.

IKHLAS-PENOLONG DARI MUSIBAH DUNIA


Yang saya maksudkan dengan ikhlas adalah bahawa seorang al-akh hendaknya mengorientasikan perkataan, perbuatan, dan jihadnya hanya kepada Allah swt. mengharap keridhaanNya, tanpa memperhatikan keuntungan materi, prestij, pangkat, gelar, kemajuan, atau kemunduran. Dengan begitu ia telah menjadi tentera aqidah, bukan tentera kepentingan yang hanya mencari kemanfaatan dunia.

“ Katakanlah, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).” (Al-An’am:162-163)

Dengan begitu seorang al-akh telah memahami slogan “Allah tujuan kami”. Sungguh, Allah Maha Besar dan bagi-Nya segala puji.

Hasan al-Banna

Makna ikhlas tidak banyak dimengertikan oleh orang yang baru mulai berkomitmen dengannya. Namun, kata ini sangat berguna bagi mereka yang telah lama menaati Allah, berinteraksi dengan-Nya dengan menjalankan ibadah dan menikmati kelazatannya.

Sungguh, tidak ada yang menolong kita dari musibah dunia kecuali keikhlasan. Ibn. Umar ra. mengatakan bahawa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda ,

“Ada tiga orang di antara orang-orang sebelum kalian yang bepergian, hingga mereka mendapatkan tempat persinggahan di sebuah gua. Mereka kemudian masuk ke dalam gua tersebut. Tak berapa lama kemudian, beberapa batu besar runtuh hingga menutup pintu gua. Salah seorang daripada mereka berkata, “Sungguh tidak ada yang dapat menyelamatkan kita dari timbunan batu-batu ini kecuali kita meminta pertolongan kepada Allah dengan amal-amal soleh kalian”.

Maka salah seorang dari mereka berkata, “Ya Allah, aku mempunyai orang tua yang telah renta. Aku tidak pernah minum susu sebelum mereka berdua minum. Ini sudah menjadi kebiasaan keluarga kami, untuk menghormati yang lebih tua. Pada suatu hari sewaktu aku pulang ke rumah, ternyata keduanya sudah tidur. Aku pun memerah susu untuk minuman keduanya meskipun mereka berdua telah terlelap tidur. Aku tetap merasa enggan meminum susu tersebut sebelum mereka berdua minum. Kutunggu hingga keduanya bangun dari tidur, hingga waktu fajar menyingsing pun tiba. Anak-anak ku meminta-minta minum susu itu. Namun aku tetap enggan memeberikan kerana orang tuaku belum minum. Akhirnya, keduanya bangun dan minum susu yang telah kupersiapkan sejak petang kelmarin. Sesudah itu, barulah kami minum, termasuk anak-anakku. Ya Allah, jika apa yang kulakukan itu kerana mencari keridhaanMu, maka bebaskanlah kami dari batu yang menutupi gua ini.

Maka batu-batu yang menutupi gua itu pun bergeser sedikit, namun belum cukup bagi mereka untuk keluar dalam gua.

Berikutnya, orang yang kedua berkata, “Ya Allah aku mempunyai seorang keponakan yang sangat kucintai kerana kecantikannya. Aku bermaksud hendak memilikinya, namun dia selalu menolak pinanganku. Suatu ketika saat keluarganya ditimpa masalah, keadaan itu memaksa dirinya meminta pertolongan dariku. Aku bersedia memberikan beberapa dinar dengan syarat dia bersedia merelakan dirinya untukku. Akhirnya dai terpaksa akur. Ketika aku hendak melakukan sesuatu yang memang bukan menjadi hakku, gadis mulia itu

Mengingatkanku bahawa apa yang kulakukan itu salah. Aku pun terkejut lalu tersedar. Aku pun tidak jadi untuk meneruskan perlakuanku. Segera aku tinggalkan gadis manis itu dengan beberapa dinar dan memang aku relakan. Ya Allah, jika aku melakukan itu kerana mencari keridhaanMu, maka keluarkanlah kami dari kesulitan ini.

Sekali lagi, atas izin Allah, batu itu bergeser lagi beberapa inci dari mulut gua. Orang ketiga oun kahirnya berdoa, “Ya Allah, sesungguhnya aku pernah memiliki tiga orang buruh, yang upahnya selalu aku berikan kepada mereka. Namun, suatu ketika ada di antara mereka tidak dating mengambil haknya itu. Aku pun mengembangkan upahnya itu hingga menjadi harta berlimpah-ruah. Hingga suatu saat, tiba-tiba buruh itu pun dating hendak meminta upah yang belum diambilnya beberapa tahun silam. Maka, seluruh kambing, sapi, unta dan hamba sahaya itu aku berikan kepadanya. Mula-mula ia mengira bahawa aku berolok-olok. Tetapi setelah meyakinkan, ia pun mengambil semua harta itu tanpa menyisakan sedikit pun dari harta itu. Ya Allah, jika aku melakukan itu kerana mencari keridhaanMu, maka keluarkankan kami dari kesulitan ini.”

Ternyata, batu-batu itu pun berguguran, bergeser dari mulut gua hingga memberikan jalan yang memungkinkan tiga orang tersebut keluar dari gua itu. (HR. Bukhari-Muslim)

Inilah beberapa contoh amal yang disertakan keikhlasan lalu amal-amal ini dihantar terus kepada Allah swt. Contoh ini mengajak kita bertanya kepada diri sendiri, apakah kita punya, antara kita dan Allah, amalan yang akan kita tuntut(tawassul) bila tertimpa musibah, hingga kita akan berkata, “Ya Allah, aku telah lakukan amal ini kerana mencari keridhaanMu, maka lepaskanlah aku dari belengu ini”?

Ikhlas merupakan rahsia yang hanya diketahui pemiliknya dan Allah semata. Maka, tatkala hamba merasa ingin menangis dan hatinya berdetak kencang ketaatan, itulah detik-detik munculnya keikhlasan.

Rahsia menakjubkan yang menjadikan hati terbuka adalah rahsia antara Allah dan hambaNya. Ia tiada diketahui oleh malaikat, sehingga ia tiada kuasa menulisnya. Tiada pula diketahui oleh syaitan, sehingga ia tiada kuasa merosakkannya.

IBARAT SEMUT HITAM


Umar r.a. masuk ke masjid dan melihat Mu’adz bin Jabal sedang menangis di sisi kuburan Rasulullah saw. , Umar bertanya, “Apa yang membuatmu menangis wahai Mu’adz?” Mu’adz menjawab bahawa dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda, “Sesungguhnya sedikit dari riya’ adalah syirik. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berrtaqwa yang tersembunyi, iaitu orang-orang yang apabila mereka tidak ada maka tidak ada orang merasa kehilangan dan apabila mereka hadir maka mereka tidak diketahui. Hati mereka bagaikan sinar petunjuk yang selamat dari debu yang pekat.” (HR. Ath-Thabrani)

Kita telah mengetahui bahawa meskipun kita memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap agama, tetapi keperluan kita terhadap keikhlasan amal kepada Allah itu adalah lebih besar.

Dengan adanya niat yang ikhlas, maka itulah tiket bagi menghantarkan setiap amal-amal yang telah diperbuat.

Generasi sahabat, para tabi’in dan ulama’ salaf pendahulu, sangat-sangat memperhatikan soal keihlasan ini. Oleh sebab itulah kita melihat betapa besar dan luar biasanya setiap amal yang dikerjakan mereka. Kita juga membaca kisah-kisah mereka, di antaranya ada yang menulis buku tetapi tidak menisbatkan buku itu kepada dirinya sendiri kerana khuatir jatuh ke lubang riya’.

Ada juga yang berusaha menyembunyikan amal-amal sehinggalah tidak ada orang yang tahu bahawa dia yang telah memberi makan kepada orang-orang miskin di Madinah kecuali setelah meninggal dunia. Ibarat semut hitam, di atas batu hitam dan di malam gelap gelita. Tiada yang terlihat akannya.

Di sini kita melihat momentum ikhlas yang umat kini sering sahaja memberikan alasan bahawa “ikhlas tu susah…”, “Allah saja yang tahu…”, atau “kita mana boleh dapat kesempurnaan ikhlas…” dan lain-lain lagi itu sebenarnya hanyalah alasan untuk tidak berbuat. Generasi kini nampaknya telah memposisikan konsep ikhlas ini di tempat yang salah. Dek kerana ingin menjaga ikhlas, maka mereka lebih suka menolak daripada berbuat di depan khayalak. Contohnya, dalam menyampai dan perkongsian ilmu. Alasannya, ingin menjaga ikhlas ataupun ingin tawadhu’. Ternyata konsep ikhlas di sini telah disalahletakkan tempatnya.

Muhasabah kembali, adakah kita ini termasuk di kalangan yang betul-betul ingin menjaga ikhlasnya atau sebenarnya hanya memberi alasan untuk tidak berbuat. “Saya takut...cukup takut kalau-kalau saya terima tugas ni saya tak berbuat apa yang saya cakap .” “Saya taknak sekadar cakap tapi tak buat.” dan lain-lain lagi. Kenapa masih memberi alasan dalam kebaikan? Tiada alasan ataupun riya’ dalam kebaikan jika kita mengetahui dan memahami erti kata ikhlas yang sebenar. Ingat, kata-kata dari Fudhail B. Iyadh, “Meninggalkan perbuatan kerana manusia adalah riya’ dan melakukan perbuatan untuk manusia adalah syirik, sedangkan ikhlas adalah Allah membebaskanmu dari keduanya.”

Maka, setelah kita mengetahui akan hebat dan luar biasanya momentum ikhlas ini, bukan menjadikan kita sebagai orang yang pasif dalam melakukan kebaikan sebaliknya sentiasa ‘fastabiqu khairat’ dan menjadi orang yang terkedepan dan terdahulu dalam merespon setiap amal-amal kebaikan yang diserukan.

InsyaAllah, semoga kita sama-sama evaluasi diri dan moga lebih membuka minda-minda, menjentik hati-hati serta menggugah jiwa-jiwa yang masih ada keraguan dalam mengerjakan kebaikan lantaran ingin menjaga keikhlasan. Let’s check it out!