Sunday, January 30, 2011

SWEET MOMENT IN SEPINTAR~



21 Januari 2011
Jam 7.45 petang
Depan tangga besar UIA

Dalam renyai-renyai hujan petang itu, 9 orang akhawat sedang menunggu saatnya untuk berlepas. Berlepas ke suatu daerah yang penuh dengan lahan dakwah. Di mana di situlah pemimpin dilahirkan. SEPINTAR, lahan yang subur dengan potensi dan sumber daya manusia yang insyaAllah akan menggerakkan jentera-jentera Islam ke serata pelosok dunia. InsyaAllah.

Alhamdulillah...mengutip kata-kata dari seorang akhawat.."Weekend ialah hari untuk umat". Sangat kena rasanya untuk kami. Walaupun dalam kesibukan masing-masing. Ada yang baru habis kelas pukul 7pm, ada yang punya midterm esok harinya, ada yang berjalan jauh dari mahallah dan bermacam-macam lagi...namun itu semua bukan penghalang untuk beramal.

Ada yang hadir ke Kosmik, ada yang menjayakan Grand Qiyyam..dan ada yang ke bumi SEPINTAR.InsyaAllah, masing-masing akan mendapat bahagiannya.

Di sini ana ingin berkongsi sedikit tentang dakwah sekolah di Sepintar, mengendalikan Tamrin buat pelajar2 form 5. Walaupun dengan masa yang terhad dan singkat,bilangan akhawat yang turun cukup-cukup dan ketiadaan transport ke sana juga menjadi hambatan, tapi itu bukan penghalangnya.


Detik Perjalanan.

Kami bertolak dari tangga besar UIA dengan menempah 3 buah teksi. bertolak ke Sepintar pada pkul 8.15 dengan diiringi sebuah kereta ikhwah. Alhamdulillah selamat sampai di masjid Bandar Tasik Puteri, dan adik-adik juga usai solat Isyak. Kami disambut oleh ustazah-ustazah yang sedari petang lagi sudah menunggu kami.

Detik Bermula.

Masa yang ada cukup singkat untuk malam itu. Sesi Ice breaking terus dijayakan. Kami memilih permainan "Ibu ayam mencari anaknya" seperti yang pernah kami aplikasikan sebelum ini. Modus operandinya cukup senang dan dalam masa yang sama dapat membahagi adik-adik itu dalam beberapa kumpulan. Beberapa wakil dari adik-adik itu (8 orang) telah dipilih untuk menjadi 'ibu ayam'. Mereka memegang satu kertas kecil yang tertera nama bagi kategori-kategori rawak contohnya seperti "10 sahabat dijamin syurga", "Surah-surah dalam al-Qur'an" dan banyak lagi. Tugas adik-adik 'ibu ayam' ini adalah untuk mencari 'anak-anak ayam' yang memegang nama-nama yang termasuk dalam kategori di atas. Syaratnya, adik-adik itu tidak boleh bersuara hanya menggunakan bahasa isyarat sahaja. Setelah selesai sesi Ice Breaking, kami pun memberikan ibrah disebalik aktiviti tadi. Alhamdulillah, adik-adik sangat responsif dan semangat untuk mengikuti program ini seterusnya.

Selepas itu, Slot 1 bermula dengan pengisian "Zero to Hero" oleh muwajih dari fasilitator putera. Ternyata dalam borang muhasabah, ramai adik-adik puteri sukakan slot ini. Mungkin dengan gaya penyampaian dan isinya begitu kena dengan adik-adik dan juga terdapat video yang diselitkan.

Hari kedua, seperti biasa dimulai dengan Qiyam. Selepas solat subuh, kuliah subuh dikendalikan oleh Imam masjid Ustaz Hj. Amirudin b. Ab. Hadi. Menariknya ustaz ini, beliau sangat positif dan kata-kata yang diucapkan kepada adk2 juga sgt memotivasikan..1st time melihat imam yang suka menyelitkan lagu2 dalam penyampaiannya. Kuliah ditamatkan dngn ustaz meminta adik2 bangun dan menyanyikan lagu Iman Mutiara oleh Raihan. Begitu indah momen itu.

Kemudian Riyadah ruhul jadid menyusul, dan adik-adik sangat suka dengan riyadah ruhul jadid yang penuh semangat kerana adik-adik ini semuanya semangat-semangat dan mereka juga expect yang energatic dari program Tamrin kali ini.

Slot 2:Ghawzul Fikri.

Utk LDK1, ramai yang menulis di borang muhasabah, mereka sangat suka dengan LDK1. Kerana banyak input-input baru yang mereka baru tahu contohnya tentang Hub Hiburan, Subjek Pendidikan Seks yang diserapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia dan lain-lain. Di sini, kami dapati adik-adik ini sangat kurang mengambil tahu akan dunia luar, mereka berada dlm dunia mereka sndiri. Akhbar juga sukar utk didapati.Ini telah kami ajukan kepada pihak sekolah.


Slot 3: Amal jama'i, ukhuwah dan wala.Tajuk ini sebenarnya lebih kepada bagaimana nk menghalakan sifat kepimpinan mereka dgn cara yg benar.. bagaimana adab mrka dgn guru2..peranan merka sbgai naqib/naqibah dan utamanya bagaimana mereka selepas habis form 5..Guru2 minta tekankan peranan mereka sbgai pemimpin utk kembali ke SBPI itu dan menyumbang utk adikd seterusnya cthnya mengedalikan prgram2 sekolah spt Tamrin.

Slot 4: Keep your momentum. bagaimana nk kekalkan smgt mrka selepas hbs sekolah. Slot ini lebih kepada peringatan dan teguran buat adik-adik agar terus bersemangat mengikuti program ini.

Slot akhir mlm kedua ialah slot 'Recall'.

Kami bawa mereka keluar dewan, ke tengah-tengah lapangan di hadapan masjid lalu meminta mereka menutup mata. Kami bawa mereka berjalan dan memisah-misahkan mereka. Kami telah menukar karakter kepada fasi-fasi yang garang. Setelah terpisah-pisah,di sini MC telah memain peranan dengan kata-katanya..Pelbagai permasalahn mereka yang ustazah minta kami sentuh, sikap mereka, semuanya kami muhasabahkan...boleh kata semua adik-adik menangis sehingga kedengaran kuat bunyi esak tangis mereka. Fasi-fasi juga semuanya turut mengalirkan air mata. Malam itu,ramai yang bangun berkongsi tentang harapan mereka dan ternyata adik-adik ini yg pada mulanya agak 'naik kepala' kini lembut bagaikan biskut dicicah air panas..=)

Kami berdoa hati2 itu tersentuh dan membuat perubahan.

Hari ketiga, selpas subuh, Ustaz masjid yng mengendalikan kuliah subuh tentang mukmin profesional sangat menarik. Kuliah subuh dikendalikan dalam bntuk LDK, ada simulasi menggunakan batu dan guli,dan banyak sangat video-video menarik diselitkan. Adik-adik tidak mengantuk. Semuanya ambil bahagian dengan segar. Mungkin selepas ini boleh aplikasikan.


Slot 6, Menjaga stamina iman. dan terus penutup kerana pihak sekolah minta kami habiskan sebelum 11.30 yg pd awlnya akn hbs pd pukuk 1. LDK akhir terpaksa dibatalkan.

Detik Muhasabah:

  1. Adik-adik mahukan lebih video dan games menarik.
  2. Penyampaian kurang interaktif
  3. Sukakan fasi yang tegas(ini yang kami kurang)
  4. Adik-adik suka sesi recall
  5. Fasi-fasi yang mantap dan cemerlang(alhamdulillah)

All in all, kami akui banyak kelemahan dalam penyampaian dan dalam ketegasan kami memberi arahan. InsyaAllah ini pembaikan yang akan kami lakukan. Pihak sekolah juga mengatakan bahawa menerusi borang muhasabah yang mereka terima, tenyata adik-adik ini suka akan program Tamrin kali ini.

Kami semua yang menjayakan Tamrin-Mukhayyam Qiyadi ini mohon maaf atas segala kekurangan dan berdoa semoga adik ini terus istiqomah dengan apa yang mereka peroleh sepanjang program berlangsung. Jazakumullahu khairan kathiran buat akhawat semua yang telah berkorban masa dan tenaga untuk misi kali ini...Jazakumullahu khairan kathiran.



Sweet Moment in SEPINTAR.

'Di Sini Pemimpin Dilahirkan'

Tuesday, January 25, 2011

CINTA DI JABAL BROGA


Segalanya bermula dengan…

Tarbiyah?

Ya! Alhamdulillah, kerana diberikan kesempatan untuk mengimbau kembali detik ‘emas’ mendaki bukit Broga, Semenyih bersama ‘saudara-saudaraku’ minggu lepas. Kami memilih hari cuti sempena Thaipusam.


Detik Persiapan:

Kasut sukan ada, tuala untuk lap peluh dah siap, air mineral bawa sebotol je lah, sarapan untuk makan dalam kereta tumpang kawan-kawanlah (tak sempat beli) dan camera(dalam hati:hehe,tumpang Nurul). Sms masuk. Apa?! Pukul 3pagi bertolak? Biar betul? Tak mengapa, tsiqah je apa-apa arahan. Uh, kena tidur di masjid malam tu? Alamak! Kena buat kerja sikit. Pergi masjid pukul 2.50pagi lah. Tumpang motor Nurul.

Detik Perjalanan:

Parking IRK. Ada dua kereta. MyVi dan Grandis. Driver, seperti biasa. Yani dan Mas.


Semua sudah cukup. Baik, MyVi tunggu depan entrance UIA. Grandis kena ambil ‘bos’ dulu di Sungai Gelang. Yes! Takde oranglah, jom bergambar depan entrance ni. Sebelum ni mana ada kesempatan ambil gambar kat sini. Segan. Jom-jom! Inilah masanya. Pak Guard pun tengah tidur agaknya. Ish, rupanya takdelah ketat sangat keselamatan UIA ni. Orang boleh keluar masuk lagi. Puas bergambar. Grandis hantar sms. Siap sedia follow dari belakang. Lima minit kemudian, perjalanan bermula. Huargh…Saya mengantuk. Mahu tidur dulu. Zzzzz. Bila buka mata, belum sampai lagi. Tapi kenapa Grandis di depan dari tadi pusing-pusing je, MyVi pun sudah naik pening mengikutnya. Oh, lupa jalan sekejap. Akhirnya jumpa jugak jalan betul. Ish, teringat pulak tipu daya syaitan yang menyesatkan manusia. Insaf sekejap. Akhirnya, tiba di Universiti Nottingham, kampus Malaysia.


Detik Bergambar:

Maklumlah, tak pernah melawat university luar. Jam baru pukul 5pagi. 30 minit kami bergambar. Cantik. Ada tasik. Yang bestnya, dalam building centre dia, fuh! Akhawat bergambar tak ingat dunia. Saya dan bos dok tunggu je depan tasik. Nikmati keindahan tasik dalam gelap awal pagi. Yang tak dapat dirakam dengan camera dek kerana terlalu gelap. 5.30 pagi, jom ke musollah, kita qiyam dan tunggu Subuh. Alhamdulillah Solat Subuh jemaah. Ramainya orang. Semuanya satu tujuan. Ke Broga Hill juga. Tapi kenapa ramai sangat. Saya tertanya dalam hati, kenapa perlu pergi awal-awal pagi buta ni? Apa yang kita nak kejar? Takpe, ikut sajalah.


Detik Ketibaan:

Ya Allah! Ramainya orang! Kenapa macam Batu Cave je ni? Kat jalan raya dah penuh sesak dengan kereta. Hu, terpaksa jalan kaki. Takpelah, kuatkan semangat yang dah down jugak… Emmm..dah lah terpaksa bercampur dengan lawan jenis. Aduh! Dugaan sungguh. Sangkaan kami, kami sajalah yang ber’Broga Hill’ hari ini. Meleset habis. Sudah sampai di kaki bukit. Pendakian pun bermula.

Detik Pendakian:

Saya nak tunggu kat bawah je la. Saya rasa tak laratlah. Yang lain: Syeera, jomlah. Jom, kuatkan semangat. Dah sampai sini dah..Sambil buat muka terus ikut mereka. Dari berjalan santai, nafas mula melaju. Semakin tinggi pendakian. Aduh…menyesal! Lelahnya. Beratnya kakiku. Nafas berbunyi-bunyi. Ya Allah, ini baru Bukit Broga yang tak seberapa. Bagaimanalah aku akan mengharungi bukit tarbiyah yang penuh mehnah itu? Hati bermonolog sendiri.


Dapatkah aku mengikuti jejak Nabi SAW jika aku berhenti setakat ini? Gua Hira’ dan Gua Tsur lebih lagi mencabar. Aku teringat hijrah ke Madinah, penuh dengan duri dan menuntut seribu kesabaran. Kaki makin lemah. Aku mahu berhenti! Tapi! Hati kembali memujuk. Mungkinkah bisa aku contohi Rasulullah dan para sahabat yang berjuang untuk Islam? Mengangkat panji Islam dalam medan peperangan. Ada yang tercantas tangannya namun panji Islam terus dipertahankan. Ada yang pincang kakinya masih terus bertatih maju mengejar syahid. Ada yang tidak sempat mandi junub, meninggalkan isteri di malam pernikahannya. Ada juga yang mencampakkan kemanisan kurma demi sebuah pengakhiran yang mulia. Subhanallah! Hebatnya para sahabat yang dicetak oleh Rasulullah SAW.

“Syeera ok? Sikit lagi…sikit lagi Syeera..Syeera boleh.” Sejuk, menyiram hati. Kata-kata indah ranum dari pohon ukhuwwah. Tanganku diraih, ditarik. Yang lain terus menungguku. Inilah. Andai seorang dari kita melemah, yang lain terus menyalurkan kekuatan. Tidak akan ditinggalkan keseorangan di belakang. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Aku bahagia saat itu. Hilang segala lelah. Terus jiddiyah demi mereka. Dalam hati, “Ya Hayyun, ya Qayyum…” juga “Astaghfirullah..” menjadi penguat jiwa.


Detik Puncak:

Alhamdulillah, akhirnya tiba di puncak. Aku tidak ke puncak atas masalah kesihatan. Juga kerana terlalu ramainya orang di atas puncak itu. Terlalu ramai.Tapi dapat kulihat jelas puncak itu. Aku melihat saudara-saudaraku melambai-lambai dari arah puncak. Itu juga kebahagiaan buatku melihat mereka gembira. Lain kali, pasti persediaan rapi akan kususun buat pendakian ini. Aku berjanji! Masa tidak mengizinkan indah selamanya. Aku dan bos menuruni puncak. Yang lain masih di atas.




Detik Broga:

Sambil berjalan ke kereta, aku dan bos memetik bunga lalang..cantiknya..Masih ada lagi di bilikku ini. Sambil memetik, sesi curhat tidak dilupakan. Terus mengambil kesempatan untuk merapat ukhuwah. Kenangan yang indah pasti kan diingati selamanya.


Detik Muhasabah:

Setelah semuanya berkumpul, kami bermuhasabah apa yang ibrah yang kami peroleh sepanjang pendakian. Alhamdulillah terlalu banyak untuk dikongsikan. Selepas itu, sesi fotografi pun bermula..Waa…macam-macam aksi. Mantaplah akhawat!



Detik Kembali:

Kami pulang ke UIA semula pada pukul 10 lebih dengan pelbagai kenangan dan kerinduan. Yang pasti, objektif utama rehlah ini tercapai, ukhuwwah pastinya. Semoga kita semua disatukan di bawah fikrah yang sama. Sama-sama mendaki bukit tarbiyah yang penuh mehnah. Bersatu dalam amal jama’I, saling berbahu dan saling memotivasi.

Akhwat, jazakumullah atas segalanya pada hari itu.. Cinta kita mekar di Jabal Broga~



p/s: pic credited to Yani n Sya

Monday, January 24, 2011

KAMI HARUS KEMBALI


Pernahkah kalian melihat bagaimana anah panah dilepaskan? Atau menyaksikan sukan memanah dalam televisyen? Ya! Seperti itulah.

Anak panah terbujur yang siap dilepaskan dari busurnya, akan ditarik ke belakang dahulu sebelum dilepaskan. Setelah beberapa ketika, setelah si pemanahnya mengumpul konsentrasi dan fokus dengan targetnya, barulah anak panah itu dilepas laju menuju sasaran.

Ya! Seperti itulah. Memetik kata-kata yang saya terima dari Penebar Taushiyah(Facebook):

"Seperti anak panah,

terkadang kita perlu MUNDUR SEJENAK...

....BUKAN untuk MENYERAH

tapi untuk MENGHIMPUN KEKUATAN

lalu MAJU

MELESAT

menerobos APAPUN

...TEPAT ke sasaran"

Saya suka untuk berkongsi perumpamaan ini kerana merasakan itu yang saya alami selama ini. Memundurkan diri, untuk mengumpul kekuatan, lalu kembali melaju. Bukanlah maksud mundur itu adalah untuk mematikan langkah, atau lari dari musuh. Jauh sekali untuk meninggalkan medan perjuangan yang telah saya berjanji untuk berkomitmen dengannya. Bumi mana tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora.

Saya juga akui, kemunduran itu tidak boleh terlalu lama. Kerana jika terlalu lama, kita akan melarut. Melarut dengan kesantaian gaya hidup. Hanyut dengan kelapangan masa. Dan lama-kelamaan, hati kita akan mengeras. Tiada lagi daya ghirah agama menarik. Dan tiada lagi spirit ukhuwah tersalur. Tiada lagi energi iman memancar. Bahaya!

Saya sedari, ada yang masih menunggu tangan saya untuk dipegang. Ramai lagi hati-hati yang kekeringan minta disiram. Terlalu banyak hal yang menanti. Dan saya harus kembali. Biarpun agak terlewat dari yang lain, namun, inilah masanya. Semoga Allah beri kekuatan.

Begitu juga dengan hidup ini, kadang-kala kita memerlukan masa untuk mengumpul kekuatan. Lalu bangkit semula dengan penuh iman dan energi luar biasa. Kerana Allah telah berfirman dalam Surah Al-Anfal, ayat 15 hingga 16, yang bermaksud:

"Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang akan menyerangmu, maka janganlah kamu berbalik membelakangi mereka(mundur).

Dan barangsiapa mundur pada waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat)perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sungguh, orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah. Tempatnya ialah neraka Jahanam, dan seburuk-buruk tempat kembali."

Semoga diberi kekuatan. Kerana perjuangan ini masih panjang dan penuh liku. Saya harus kembali! Dedikasi buat diri, lagu dari Izzatul Islam, 'Kami Harus Kembali'.

Salam energi sukses.

Berkobar tinggi panaskan bumi
Membakar ladang dan rumah kami
Darah syuhada mengalir suburkan negeri
Tiada kata lagi ... kami harus kembali

Siapa dituduh siapa menuduh
Mulut lancang asal bicara
Kami mujahid bukan perusuh
Berjuang pertahankan agama
Tanah lahir kami ... akan tetap dibela

Walau tertatih kami berjalan
Susuri bukit lembah dan hutan
ukan karna takut kami berlari
dengan asma Allah ... kami akan kembali

berbekal iman yang paling utama
mujahid maju songsong senjata
pasukan Allah akan membela
mereka atau kami binasa
bergelar syuhada ... hidup dijalan mulia

Thursday, January 20, 2011

POHON BERINGIN vs POHON DURIAN


Suatu ketika ada pemuda yang sedang istirehat di bawah pohon beringin. Sambil itu, dia merenung, dan berkata,

”Hairan, Allah itu tidak adil. Masakan pohon beringin yang besar ini buahnya kecil-kecil.” katanya dalam hati.

”Sedangkan pohon durian, yang kecil pohonnya, tapi besar buahnya…” protes dia dalam hatinya.
Tiba-tiba sebiji buah beringin jatuh menimpa kepala pemuda itu, Tuk…!!

Sang pemudapun terkejut dari lamunannya… Tiba-tiba dia beristighfar, meminta ampun kepada Allah atas tuduhannya bahwa Allah itu tidak adil”

~~~

Sahabat..tahukah anda penyebab sang pemuda itu sedar akan kesalahannya?

Ya, dia membayangkan jika pohon beringin itu memiliki buah seperti durian, pasti kepalanya akan hancur tertimpa buahnya… ^_^

Sahabat..saya yakin pernah terdetik dalam diri anda merasakan bahwa Allah tidak adil. Kenapa nasib saya begini? kenapa dia begitu? Kenapa dia mendapatkan itu? sedang saya tidak? Pernahkah?

Jika pernah, maka mohonlah ampun kepada-Nya. Seperti kisah diatas, pemuda tersebut tidak akan sedar akan kesalahannya, sebelum tertimpa buah kecil dari pohon beringin tersebut.

Yakinlah Allah Maha adil. Cuma, dari sebagian kejadian, mungkin kita belum tahu dan belum faham akan hikmah dan maksud keadilan Allah dengan segala kejadian penciptaan-Nya tersebut.

Ah… sangat wajar saya kira, seberapa besar saja kemampuan otak manusia? Pasti memiliki keterbatasan. Kerana kita hanya makhluk. Sedangkan Allah adalah zat yang tak terbatas, Maha Segalanya…, kerana Dia sang Kholik… Sang Pencipta… Allah yang Maha Adil…!

Salam Motivasi Penuh Energi

sumber: pragmanocache

BLOCK DIAGRAM KITA


Untuk subjek 4th year, saya akui sejujur-jujurnya subjek Bioprocess Control lah yang paling mencabar. Entahlah, lecturer sudah ok, faham akan apa yang beliau ajarkan tetapi tetap lagi otak ini tak dapat digest apa yang dipelajari.

Awal-awal pembelajaran, nampak macam boleh, tapi semakin lama semakin rumit, semakin keliru dan semakin pening. Cuma, selalu ingatkan diri untuk kaitkan apa yang dipelajari dengan Allah. Dengan itu, rasa dekat dengan-Nya dan rasa kerdil diri bertuhankan-Nya. Pendek kata, setiap apa yang kita pandang, perlulah berkacamatakan pandangan seorang muslim.

Saya nak bercerita tentang block diagram di mana salah satu sub-topik yang paling saya suka. Lukis-lukis dan identify. Tapi bukan sekadar lukis saja, perlu terjemahkan daripada diagram yang diberi. Tak kisah apa system yang diberi tapi asas block diagramnya tetap sama. Di bawah ni adalah gambar block diagram yang the basic one:

Sekarang, saya nak kongsi apa yang saya terfikir semasa lecturer sedang mengajar bab ini di kelas. Ini adalah satu sistem. Di mana basically, inilah block diagramnya. Jom kaji legend dulu:

Ysp=input

Y= output

d=load disturbance.

Supaya anda dan saya sendiri tidak pening kepala saja. Wah, sudah mula peningkah? Baiklah,straight to the point ya? Block diagram di atas kelihatan ideal. Bagaimana yang anda punya? Yang saya punya?

Apa yang saya sempat lukiskan analoginya di minda saya, block diagram ini umpama satu sistem penerimaan maklumat/input, pemprosesan oleh otak dan lalu dihasilkan dengan tindakbalas/output. Kacang je kan?!

Kita menerima maklumat/data dari persekitaran, kita mampu mengawal maklumat yang masuk ini dengan controller. Contohnya kalau kita tidak mahu menerima terlalu banyak input dari hiburan, kita akan mengawal diri dari menonton televisyen secara berlebihan. Apa saja maklumat yang masuk ke dalam diri kita, akan diproses dalam otak. Kadang-kala, input ini akan diinterupt dengan pelbagai elemen misalnya orang-orang di sekeliling kita. Kadang-kala maklumat yang diproses tadi dipengaruhi oleh elemen-elemen luar. Lalu, outputnya pasti akan ada perubahan kerana telah dipengaruhi oleh load disturbance tadi.

Nah, setelah otak memproses data, pasti akan ada outputnya. Output menentukan apa tindakan kita seterusnya. Tindakan? Ya! Tindakan! Tindakan kita boleh jadi positif dan boleh jadi negatif. Kadang-kala tindakan itu tidak memenuhi standard yang digariskan atau kita boleh kata tidak memenuhi kehendak syarak.

Sensor alarm kita akan berbunyi jika tindakan kita tidak menepati standard. Sensor ini ibarat hati kita. Jika hati kita adalah hati yang hidup, hati yang subur, dan hati yang berlandaskan syariat Islam, pasti kita dapat detect samada output kita telah menepati standard atau tidak. Betul?

Dengan itu, dengan kepekaan itu, dengan sensitiviti itu, kita sebenarnya dapat menentukan apa yang harus dimasukkan ke dalam otak kita dan apa yang tidak. Sebenarnya konsep ini terlalu simple kan? Manusia lah yang merumitkannya. Sehinggakan mata hati kita buta untuk menilai apa yang berada di sekeliling kita. Pokok pangkalnya hati kita..harus hidup..untuk menjadi nakhoda buat anggota tubuh kita yang lain.

Adakah anda dapat terima any input dari article saya kali ini? Ada load disturbance tak? Jika ada, alignkan semula guna sensor ya? Setakat ini saja perkongsian saya untuk kali ini. Pening juga nak faham entry kali ini ya?

p/s: belajar dari alam...ilmu ini semua pinjaman dari Allah..saya hanya cuba aplikasikan.

Tuesday, January 18, 2011

HANYA BILA HATI KATA


Bila hati berkata, "bergeraklah"...
Maka bergeraklah...

Bila hati berkata, "Teruslah melangkah"...
Maka teruskanlah langkah...

Bila hati kata, "Jangan putus asa!"...
Maka tetaplah berjuang...

Bila hati kata, "Gapailah kejayaan"...
Maka kejarlah kejayaan itu...

Bila kata, "Berhentilah. Tiada harapan lagi"..
Maka janganlah berhenti, teruskanlah langkah, bergeraklah, gapailah kejayaan dan jangan sesekali putus asa!.

Kerana hati tak kata "Berhentilah. Tiada harapan lagi"..

Buatlah hanya bila hati kata..


Monday, January 17, 2011

NON RINUNCIARE!


Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Az-Zumar : 53]

Hari Jumaat lepas, sempat kami sama-sama tadabbur ayat ni. Rasanya ayat ni macam dah biasa dengar kan? Tapi ayat-ayat cinta dari Allah tak pernah membosankan dan tak bisa menjenuhkan hati kita. Inilah makanan buat rohani. Jika kita tidak sajikan jiwa kita dengan ayat-ayat cinta dari-Nya, hidup kita akan tidak sempurna. Kalau perut kita yang hanya perlukan 1/3 makanan tapi kita boleh penuhkan sampai 3/3, kenapa tidak jiwa kita ini kita kenyangkan dengan makanan rohani. Betul tak?

Berbalik kepada ayat di atas, sebenarnya saya ingin berkongsi perasaan saya semasa mentadabbur ayat ini bersama sahabat-sahabat yang lain. Terdapa banyak perasaan yang teremosi dan terluah dalam hati ketika membaca maksud ayat ini. Sehingga airmata yang ingin keluar saya tahankan. Kerasnya hati! Tapi dengan ayat-ayat Allah lah, kita melembutkannya.

++M.E.L.A.M.P.A.U.I B.A.T.A.S++
Perasaan melampaui batas. Ada seorang sahabat bertanya. "Kenapa di sini Allah menyebut orang yang melampaui batas?" Ini apa yang kami tadabbur bersama. Allah menyebut ciri orang yang berputus asa itu adalah orang yang melampaui batas. Bagaimana? Orang yang berputus asa dengan rahmat Allah ini selalunya akan melakukan perkara-perkara yang melampaui batas. Kita ambil contoh orang merasakan dirinya berdosa dan tidak layak untuk bertaubat, mereka ini sebenarnya berputus asa dengan rahmat Allah. Bila mersakan dosanya begitu besar, mulalah merasakan Allah tidak akan mengampunkannya lalu muallah buat perkara-perkara yang dilarang. Sedangkan kita tahu bahawa ampunan Allah itu sangatylah besar.

++R.A.H.M.AT++
Setelah bermacam-macam dosa yang kita lakukan, macam-macam perkara yang melampaui batas kita kerjakan namun Allah tetap memberikan rahmat-Nya kepada kita. Kadang-kadang diri sendiri tertanya-tanya, "Ya Allah, rahmat apakah ini yang Kau berikan padaku?" Subhanallah, sayangnya Allah pada kita sehinggakan tetap diberikannya madu kepada kita setelah kita memberikan racun kepada-Nya. Luasnya rahmat Allah itu. Kita berbuat dosa, bertaubat lalu buat kembali dan kembali bertaubat semula sehingga kita mengibaratkan taubat itu seperti mainan. Namun, Dia tetap setia memberikan rahmat-Nya buat kita. Ya Allah, rahmat apakah ini? Layakkah aku menerimanya? Aku tidak layak ya Allah. Namun dalam ayat az-Zumar:53 itu Allah menjawab. Tiada kata putus asa dengan rahmat Allah.

Saya harap perasaan saya dapat dikongsi dengan semua. Perasaan yang menggambarkan betapa Allah tetap memberi sedangkan kita sering mengkhianati-Nya.

Semoga perasaan ini akan terus teremosi dalam jiwa saya agar setiap kali ingin melampaui batas, akan terdetik di hati bahawa sayangnya Allah pada saya. Layakkah aku menerima rahmat-Mu ya Allah?

++end of story++







Saturday, January 15, 2011

SYNDROM 'TUA'


Masuk ni sudah kali ke-2, dan itu pun dengan budak kecil. Aduhai... Kenapa ni? Out of my control!
Adakah ini disebabkan hormon atau apa?

Mungkin disebabkan peningkatan usia yang tidak seiring dengan kematangan. Ah, tak suka!

Kenapa cepat sensitif?
Kenapa rasa asyik nak marah?
Kenapa cepat nak merajuk?
Kenapa, kenapa dan kenapa?

Emm...macam symptom2 menopaus pulak..Aduhai...

KISAH PISANG



Pisang? Wow, yellownya pisang ni ya? Kulitnya licin,buahnya besar dan rasa nak sangat makan pisang ni. Kenapa tiba-tiba entry pasal pisang ni? Sebab kelmarin dalam kelas “Food Processing Engineering”, ada belajar tentang bagaimana company luar (dirahsiakan) buat kajian tentang gene baka baik pada pisang-pisang di Malaysia. Mereka buat research, then dengan ilmu bioteknologi mereka hasilkan pisang yang seperti di atas. Pisang yang warnanya cantik, kulitnya licin dan buahnya besar. Paling penting, semestinya harganya mahal berbanding pisang tempatan.

Hakikatnya, menurut pensyarah saya, pisang tempatan lebih sedap, lemak dan enak berbanding pisang mereka ni. Namun begitulah, manusia lebih menilai luaran dari dalaman. Menurut pensyarah saya, mereka menggredkan pisang-pisang di pasaran dengan berdasarkan warna dan tekstur kulit pisang itu. Yang tiada ‘hitam-hitam’ pada pisang itu akan jadi mahal sangat kerana bagi mereka pisang-pisang yang ada ‘hitam-hitam’ itu sudah terkontaminasi atau telah ada fungus yang membiak di atas kulit pisang-pisang itu.

Itu mukaddimahnya. Kisah dalam kelas. Seperti yang Allah sebut dalam firmannya dalam surah Ali-Imran yang bermaksud;

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Di sini, saya nak cuba applykan sedikit apa yang disarankan oleh ayat di atas. Berfikir tentang kejadian alam dan reflex pada diri kita, manusia lalu membesarkan Allah, dan dengan itu kita akan rasa makin dekat dengan-Nya.

Jadi, dalam kelas hari tu, saya terfikir-fikir betapa selama ini sifat manusia itu seperti pisang itu (tak semua). Maksud saya dari segi pisang dan dari segi ‘company’ itu sendiri. Ada yang luar kelihatan segalanya baik namun di dalam penuh dengan ketidakbaikan (atau bahasa lain keburukan). Dan ada yang di luar nampak biasa, tetapi di dalamnya penuh dengan kebaikan. Itu satu hal. Dari sudut pisang.

Dari sudut ‘company’ itu pula, saya melihat cara berfikir dan bertindak sebahagian manusia. Manusia yang lebih suka menilai luaran daripada dalaman itu sendiri dan mereka telah meletakkan kayu ukur atau standardnya seperti itu. Yang nampak baik itu baiklah dan mereka rela berkorban apa saja untuk mendapatkannya. Seperti pisang tadi. Nampak sedap dan mahal, dan pasti ramai yang tak kisah keluarkan duit lebih sedikit walhal pisang di pasar malam lagi sedap dan lemak daripada pisang mahal itu.

Kita kena ingat, Allah sudah statekan dalam surah al-Baqarah ayat 216 dengan clear crystal bahawa;

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Kes yang paling ketara adalah seperti kes ‘kecantikan’. Ramai manusia yang telah didoktrinkan dengan definisi kecantikan itu oleh media terutamanya sebagai kurus, tinggi, montok dan seksi. Jadi, setiap manusia telah terpedaya dengan definisi cantik ini sehingga ada yang sanggup mati atau setengah mati untuk mencapai standard cantik itu. Ada juga yang sanggup keluar duit yang banyak juga untuk mengubahnya dengan teknologi pembedahan plastik. Sampai sebegini sekali mereka telah menjadi mangsa kepada sydrom cantik itu.

Saya minta maaf jika anda masih tidak mendapat sebarang poin dari artikel saya kali ini, tetapi itulah yang saya dapat terfikir semasa sesi pembelajaran waktu itu. Sekadar perkongsian yang tercetus di pemikiran. Kadang-kadang setiap apa yang keluar dari mulut pensyarah tu, cuba untuk saya kaitkan dengan penciptaan alam oleh Yang Maha Kuasa. Agar saya merasa dekat dengan Allah, dan merasa kerdilnya saya sebagai manusia yang hanya meminjam ilmu-ilmu ini dari-Nya.

Berfikirlah tentang alam, pasti anda akan merasa dekat dengan Allah, dan kerdilnya kita di hadapan-Nya.

P/s: entry kali ini lebih kepada tadabbur alam kot. Huhu…=)