Tuesday, February 22, 2011

JARUM TEMAN BAIKKU

Tiba-tiba saja mahu berkongsi tentang rutinku sejak sem lepas hingga sekarang. Mungkin gara-gara terbaca artikel dari seorang adik ni kot. =)

Kalau orang lain ada yang takut jarum..ada yang derma darah setahun sekali..tapi saya, saya terpaksa draw darah setiap dua kali seminggu atau sekali seminggu.

Semuanya kerana tuntutan Final Year Project. Setiap kali ke lab klinik IIUM, saya akan draw sebanyak 15ml darah ke dalam 3mlx5 tiub. Rasa sakit dah tiada..Kalau mula-mula dulu adalah rasa seram sejuk tapi sekarang, Allah dah hilangkan perasaan itu semua.

alat-alat inilah yang digunakan


Setiap kali nak draw darah, mesti muhasabah diri dulu. Mesti istighfar banyak-banyak dulu. Manalah tahu, masa jarum tu menghisap darah saya, ruh saya juga turut dicabut saat itu. Semua ini buat saya rasa lebih dekat dengan Allah.

gambar hiasan je =)

Dua benda saya belajar sepanjang perjalanan FYP saya yang masih panjang(panjang ke?) dan masih belum habis lagi pun iaitu Pengorbanan dan Kesabaran. Dua elemen yang sangat penting bagi saya dan setiap orang untuk menempuh kehidupan ini.

Setakat ini kedua-duanya masih belum tercabar. Andai tercabar, pastilah saya sudah lama give up dari semua ini. Hidup ini perlukan pengorbanan..atau kita perlu berkorban untuk hidup?

Bunyi macam sama saja kan?

Dan kadang-kadang terpaksa buang darah-darah tu bila ia dah oxidized dan tak boleh digunakan lagi..Sedih masa nak buang darah saya sendiri tu tau..='(


Baiklah..selesai sesi curhat...kepada adik itu, jangan takut-takut jarum lagi ek?huhu..=)

p/s: hari ni hajat nak draw darah lagi tapi tak jadi sbb pic kt lab klinik tu takde..postpone to this thursday..doakan saya ya.. ada orang kata saya makin 'naik' sebab selalu draw darah. betul ke?

3 comments:

  1. k.syera~~~

    wawa.tibe2 rasa macam 'something'..T_T

    jzklh!!

    ReplyDelete
  2. Gne darah sendiri tuk fyp rpnye. syeera mmg kuat! ;)

    ReplyDelete
  3. sudah termaktub sy dpt tajuk ini dan ini lah juga method nya yana..

    yeke syida?hehe....apa 'something' tu? =)

    jumpa khamis ni~

    ReplyDelete