Wednesday, February 23, 2011

TEA CEREMONY


Baru saja habis kelas Food Processing Technology. Menariknya hari ini belajar tentang "Food Drying". Dr. Irwandi bercerita sewaktu dia belajar di Jepun dulu, ada satu budaya Jepun yang sangat unik iaitu ''Tea Ceremony".

Apa yang menarik sangat tu? Begini, budaya orang Jepun ni, terutama di kawasan Kyoto, tepat jam 3.30 petang, si majikan pasti akan menyediakan 'tea hour' di mana si majikan akan membuat air teh dan menghidangkan kepada pekerjanya. Pekerja pula hanya perlu menyediakan cawan masing-masing.

Rasa unik tak? Tahu apa yang saya dapat bila mendengar cerita tentang budaya ini?

KERENDAHAN HATI.

Kalau di Malaysia, pasti tiada kan? Kita melihat perbezaan taraf pangkat begitu ketara. Majikan mungkin tidak peduli akan pekerjanya.

Bagi saya, budaya ini memupuk sifat rendah hati di kalangan para majikan. Bayangkan dengan kedudukan dan pangkat yang tinggi, mereka terpaksa menyediakan teh semata-mata untuk serve para pekerjanya.

Alangkah cantiknya jika budaya itu diterapkan dalam hidup kita. Islam tak pernah kurang. Bahkan sebenarnya Islam menganjurkan lebih dari itu. Tapi apa yang kita lihat sekarang, manusia memandang rendah orang yang bekerja di bawahnya, yang lebih rendah kelasnya dan sebagainya.

Tak salah, tak kurang dan tak cacat mana pun jika seorang majikan mengamalkan budaya seperti ini terhadap para pekerjanya kan?

p/s: saya sudah jatuh cinta dengan budaya yang ini.. Tiba-tiba rasa nak buat 'Tea Ceremony' kat lab E4 ni...=)


Rasa nak minum teh tak? Nah, khas untuk semua pembaca entry kali ini~

No comments:

Post a Comment