Maaf. Atas tajuk yang sangat 'allergic' buat sesetengah orang. Tiba-tiba jadi macam pening kepala ya? Mathematics? Calculus? Kalau budak-budak 'engineering' mesti teringat math 4 atau math 5 kan?
Oh, tidak. Saya bukan nak bercerita tentang derivative atau dalam bahasa melayu disebut 'pembezaan' dan integral atau dalam bahasa melayunya 'pengamiran' (rasa pelik bila translate sebab dah biasa english).
Saya nak bercerita satu lagi konsep yang saya dapat dari subjek Bioprocess Control yang amat saya 'cintai'. Anda faham tak maksud kartun di atas? Faham?
Sedikit cerita tentang kartun di atas. Kartun tersebut menceritakan tentang seekor tupai yang hampir saja dilanggar oleh sebuah kereta. Dia menjerit "What th?!" kerana sangat terkejut. Manakala sahabatnya pula menasihatinya "I think you needed more derivative than integral action".
Sedikit definisi. Baiklah, kalau dalam bioprocess control bila ada saja derivative ni, pastinya berkaitan dengan 'forward', 'moving' dan juga 'increase'. Sebaliknya bila ada saja integration, pastinya berkaitan dengan 'stop', 'static' dan juga 'decrease'. Cukup setakat itu. Saya takkan terangkan selebihnya. Pening.
Berbalik kepada kisah si tupai di atas. Andai saja si tupai itu menggunakan aksi 'derivative' dari awal lagi, pastilah kejadian hampir dilanggar kereta itu tidak berlaku. Sedangkan jika si tupai menggunakan aksi 'integral' saat itu, pasti akan dilanggar oleh kereta yang laju itu.
Dua aksi yang berbeza, kesan yang berbeza, tapi controller yang sama. Kita adalah controller itu. Kitalah yang mengawal setiap aksi.
Sama juga dalam kehidupan kita. Kita sangat memerlukan fungsi 'derivative' ini dalam setiap apa yang kita lakukan. Sentiasa perlu bergerak, beraksi, cergas dalam mencari setiap penyelesai dan pantas membuat keputusan. Ya! Dalam hidup ini kita perlu bergerak! Bergerak membuat perubahan dalam diri dan kemudiannya akan bisa merubah persekitaran. Pastinya dari negatif ke positif.
Aksi 'integral' tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kita akan mundur, terkebelakang, tercicir dan tertinggal. Kita akan cepat putus asa dan kita takut untuk memulai langkah atau mencetus perubahan.
Yang menulis tidak sempurna. Saya juga pernah dilanda 'integration' yang agak lama dalam hidup saya. Kini, saya cuba untuk memberdayagunakan fungsi 'derivative' dalam diri saya. Dalam setiap aspek. Aspek dakwah, aspek 'study' dan aspek seorang hamba. Semuanya mahu di'differentiate'kan. InsyaAllah.
Semoga entri kali ini memberi manfaat. Sebenarnya sudah lama mahu berkongsi tajuk ini tapi sering ditunda. Kali ini, Allah izinkan. Sekadar perkongsian dari apa yang saya dapat dalam kelas. Memandang dari sudut seorang insan.
Jadi, activate diri anda. Tekan button derivative mode dan bergeraklah. Tetap semangat!
Huhu pening jugak..
ReplyDeleteMacam blaja add math pulak huhu
Anyway thx 4 d cmmnt..
(^^,)
da msk gmbr size bsr sket utk ko huhu