Alhamdulillah… Walaupun dalam kesibukan menghadapi peperiksaan, dengan stress masing-masing, akhirnya pertemuan itu terpatri juga. Wajah-wajah yang dirindui bisa kutatap lewat petang semalam. Ada yang ceria menyambut kemerdekaan mereka dari exam, ada yang wajahnya kerisauan dek paper menanti esok hari dan ada juga yang kelihatan tenang kerana memang sudah graduated. Beraneka reaksi wajah kulihat, sememang manis untuk dikenang.
Kadang-kadang kita terlalu menghambakan diri dengan peperiksaan sehingga ada yang sampai tak keluar bilik gara-gara terlalu asyik dengan study. Ketahuilah, sebenannya jauh dalam sudut hati kita memang inginkan sesuatu yang berbeza. Hati kita perlukan makanan rohani. Percayalah, dan itu apa yang kudapati dari pertemuan semalam yang ingin aku kongsikan bersama. Memang sangat menarik untuk difikir dan direnung-renungkan.
Murabbiku mengedarkan sekeping kertas. Seorang demi seorang diminta untuk memperhatikan lukisan itu dan cuba fahamkan kerana akan disoal apa yang kami dapat dari lukisan itu.
Sebaik saja melihat lukisan itu, kami masing-masing kebuntuan. Ada yang mengangguk-anggukkan kepala seperti mendapat idea, ada yang menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak ada idea langsung. Otakku masih memerah idea. Gagal.
Inilah lukisannya (diilustrasi semula sebab tak ambil gambar ^-^):
Perbuatan Hassan al-Basri tersebut mengundang tanda tanya anak muridnya. Kemudian, beliau menjelaskan bahawa:
Tengkorak yang pertama itu semasa hayatnya telah mengabaikan majlis ilmu. Apa sahaja nasihat yang didengarinya, tidak diterima. Tengkorak jenis ini sangat keras hatinya. Bahkan memberi pelbagai alasan dan mencari-cari sebab untuk membangkang apa yang dinasihatkan kepadanya.
Tengkorak yang kedua pula, walaupun berada dalam majlis ilmu, apa-apa yang disampaikan masuk dari telinga kanan keluar dari telinga kiri. Dia lebih banyak menerima tetapi tidak mahu juga berubah. Sama saja keadaannya.
Tengkorak yang ketiga sewaktu hayatnya sentiasa istiqamah dalam belajar. Ilmu yang dipelajari menjadi pegangan. Apa yang diterima terus dipraktikkan dan dia istiqomah dengan amalannya.
Begitulah gambaran ketiga-tiga tengkorak dalam kisah tersebut memberi pengajaran betapa pentingnya elemen akal yang menentukan kemuliaan seseorang manusia - satu anugerah Allah SWT yang membezakan manusia daripada makhluknya yang lain.
Sekarang, kitalah yang memilih untuk termasuk dalam golongan tengkorak yang mana satu. Adakah kita mahu menjadi seorang yang keras hatinya, yang tidak mahu menerima pembaikan dan nasihat dari orang lain, atau mahu menjadi orang yang sedar dirinya ada masalah tapi tetap tidak mahu berubah ataupun mahu menjadi orang yang lembut menerima nasihat, sedia ditegur dan ilmu yang diterimanya terus diamalkan dengan istiqomah??
Tepuk dada, tanya iman.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
subhanallah...analogi yang sangat indah... menjadikan kita muhasabah kembali apa yang telah kita berbuat sehingga ilmu masih lagi belum kita kuasai..kerana itulah kita kurang berbuat...tq kak syera..
ReplyDeleteBetul tu..kita tidak menguasai ilmu itu kerana kita kurang berbuat.. jzkk Dayah ats kunjungan..
ReplyDelete