Zulhijjah menjengah kembali. Musim Haji pun tiba lagi. Istilah-istilah seperti Aidiladha, ibadah korban dan puasa Arafah pun muncul semula. Maka ramailah orang yang akan menggunakan istilah-istilah ini untuk menulis artikel, menghantar ‘sms’ pada rakan-rakan atau untuk ditulis di dalam blog. Termasuk diri saya sendiri. Tapi, sejujurnya saya akui bahawa saya masih belum menguasai sepenuhnya definisi dan yang terpenting adalah makna tersirat di sebalik istilah-istilah tersebut. Mungkinlah saya boleh memahaminya jika ada yang bercerita atau membincangkannya, tapi sejujurnya, dalam hati saya yang jahil ini, masih belum lagi dapat menjiwai makna sebenar apa yang terkandung dalam bulan Zulhijjah yang penuh keberkatan ini. Aduhai, jahilnya hamba…
Berbalik kepada persoalan, adakah kita benar-benar memahami erti kata sebenar bulan Zulhijjah ini? Kejahilan bukanlah alasan untuk duduk diam. Tapi kejahilan yang sebenarnya adalah peluang untuk kita bergerak. Bergerak mencari apa yang hilang, menambah apa yang kurang dan menimba sebanyk-banyaknya ilmu yang tiada. Wallahu’alam.
Ramai di antara kita yang masih belum benar-benar menjiwai pengertian sebenar Aidiladha termasuklah diri saya. Aidiladha dianggap sebagai hari-hari biasa yang berlalu dalam hidup kita. Bahkan kita merasakan nilai aidiladha kurang sedikit berbanding dengan aidilfitri. Tidak sepatutnya demikian.Lambaian haji menggamit hati
Seruan talbiyah penuh kerinduan
Dipanjat penuh hikmah
PadaMu Rabbi
Jiwa meronta, ingin bertamu ke rumahMu
Makkah al-Mukarramah
Untuk kucium bau harum sejarah agung
Korban Ismail jua Ibrahim
Perintah Agung terpenuhi
Bukti cinta, korban kasih
Duka pilu berparut di hati
Hanya Dia Maha Tahu
Cinta terbukti, kasih terkorban
Akhirnya, kibas suci digalang ganti
Manis sudah senyum terukir
Tumpah jua kasih diempang.
Kedua insan dapat barokah
Lantaran ikhlas dan sabar atas ujian
Syukur terpanjat berjuta hasta
Tak terkira andai diukur
Hanya padaNya, diri diserah
Begitu terpahat sejarah mulia.
Korban teralir darah dan airmata
Namun alirnya tak sia-sia
Bahkan terjana ruh, bergolak perjuangan
Terus mengemban risalah Allah
Hingga bisa diresapi segenap manusia
Begitulah kita harusnya..
Ya Allah,
Aku datang penuhi panggilanMu,
Tiada sekutu bagiMu,
Sungguh, segala puji dan nikmat
Hanya milikMu dan kerajaanMu,
Tiada sekutu bagiMu..
No comments:
Post a Comment