~as we go on..we remember..all the times we..had together~ |
~masanya akan tiba....masa tu semuanya akan ada 'rasa' dan 'nilai' di hatiku...I'll be waiting for that!~
Apakah yang dirasa itu? Dan apa pula yang bernilai itu? Semuanya adalah sekadar seuntai luahan rasa hati yang benar-benar terjentik sewaktu menerima satu pesanan ringkas (sms) dari seorang sahabat.
<< Stlh mjls eksekutif jurutera x brtauliah brmuzakarah, adlh d putuskn, sesi mgmbil gmbr juruteraadlh 2hr, Sab2 & Ahd ini, 11pg brkumpul d Aman Hashim tmpt mkn, Attire: tutup aurat, robe, bro-long sleeve, shoe, sis-shoe. Ajak skali kwn2 yg last sem @ xsmpt knvo thn ini tp dorg kna cari robe la. 4ward plez. TQ. >>
Mungkin bagi yang tak mengetahui, sms di atas sekadar sms biasa. Tapi, bagi diriku, sms ini seakan pahit untuk ditelan. Memang, semester ini adalah yang terakhir bagiku. InsyaAllah. Namun hakikatnya, aku telah terlewat. Menyaksikan sahabat-sahabat akrabku menaiki pentas graduasi, di tangan terselit skrol graduasi, membaling topi graduasi dan berjalan sambil di tangan tergenggam bunga dan hadiah dari insan-insan tersayang…membuatkn hati dalamku begitu sayu. Pilu. Kadang-kala rasa tidak mahu melihat suasana konvokesyen yang berlangsung di center itu.
Namun apakan daya, itulah hakikat. Kena dihadapi juga. Tidak boleh tidak. Aku tumpang gembira atas kejayaan mereka. Sangat gembira. Aku sangat-sangat tidak sabar untuk menyusul. Hari yang begitu bermakna bagi insan bergelar mahasiswa.
Inilah yang dirasakan oleh insan sepertiku. Keinginan yang kuat untuk habis belajar. Namun begitu, bagi mereka yang sudah habis dan melangkah ke alam kerjaya, mereka banyak memberikanku nasihat dan peringatan.
“Syeera, hidup lepas belajar tak mudah tau. Lagi besar cabarannya. Macam-macam cabaran menanti kau. Nikmatilah waktu belajar ni dengan sebaiknya. Sediakan diri untuk hadapi dunia pekerjaan nanti.”
Memang betul. Ke mana kita selepas ini? Apa arah tuju kita? Ini juga soalan-soalan yang akan menghantui bakal-bakal graduan. Alam sebenar akan memperlihatkan siapa diri kita yang sebenar? Seteguh manakah kita? Dan memperlihatkan kita mana kawan dan mana lawan. Pokoknya, adakah kita sudah bersedia?
Dalam keghairahan kita mengejar pekerjaan yang baik atau gaji yang lumayan, jangan sesekali kita lupa bahawa rezeki itu tergantung sepenuh kepada Allah. Dia lah yang memberi rezeki sama ada kita dapat atau tidak kerja yang dicari. Yakinlah, nasib kita terletak kepada Allah, bukan terletak di tangan manusia. Dalam pencarian itu, pastikan kita menitikberatkan hukum-Nya. Yang haram ditolak. Yang syub’hah dijauhi. Kita mahu keberkatan. Kerana dengan duit gaji itulah yang akan membeli makan minum lalu masuk ke dalam darah dan menjadi darah daging kita.
Semoga diri ini akan terus kuat bersabar dan bertahan dengan pesanan buat diri,
Sabarlah wahai diri...18 minggu saja lagi..pejam celik, pejam celik...akan tibalah saatnya nanti. Semoga kau terus kuatkan hati dan iman untuk melalui detik-detik ini..Ini jalanmu...kau yang memilihnya...ini kerana perbuatanmu,rasakanlah natijahnya..Ingatlah, Allah masih ada untukmu…
"Ya, aku percaya itu" jawab diriku.
Buat para sahabatku, rakan-rakan, adik-adik dan juga kepada semua bakal graduan, Selamat Bergraduasi! Tahniah! Alfu Mubarak!
saat indah ini pasti tiba |
~Fasabbih bihamdi rabbika wastaghfirhu innahu kaana tawwaaba~
No comments:
Post a Comment