Monday, October 10, 2011

Pra SERUMPUN


terima cinta SERUMPUN

Pengenalanku.

Saya ketemu dengan iklan SERUMPUN lewat laman Facebook di akaun seorang penulis Pak Alwi Alatas yang di’tag’ oleh seseorang. Alhamdulillah. Allah mengizinkan mata ini tertangkap iklan yang dipaparkan. Hati terus berdetik. “Ya! Aku mahu turut serta!” Dengan diawali niat itu, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Saya berjaya mendaftarkan diri secara ‘online’ lalu bayaran tiket dilunaskan di ‘booth’ SERUMPUN. Sekarang, tiketnya berada dalam genggaman saya. I’m looking for it!

Sejujurnya, saya tidak kenal siapa itu Helvy Tiana Rosa. Siapa itu Asma Nadia? Yang saya kenali hanyalah Kang Abik, Pak Alwi Alatas dan juga Kak Fatimah Syarha. Ini merupakan satu peluang emas untuk saya mengenali mereka kerana menurut teman-teman, semuanya ‘best speakers’. Keren banget!

Tujuanku.

Apa tujuan saya berada di sini? Dakwah itu bukan tercakup pada perkataan sahaja tetapi juga bisa disebarkan dengan penulisan. Ya! Kerana setitik dakwat itu mampu membuatkan sejuta manusia berfikir tentangnya.

Dakwah melalui penulisan juga punya target yang tertentu. Tidak semua mad’u (orang yang mahu diseru) mahu mendengar seruan dakwah bil lisan. Dakwah bil kitaabah (lewat tulisan) justeru mentargetkan mad’u-mad’u seperti ini. Para da’i (pendakwah) yang menggunakan tulisan sebagai lahan dan sarana tarbiyah mereka tahu bahawa mad’u mereka akan tersentuh dengan tulisan-tulisan ini. Para da’i penulis ini sangat jelas dengan tujuan mereka menyampaikan melalui tulisan. Dan mereka sangat tahu hakikat quwatut taksir (kekuatan pengaruh), yang mana tulisan yang lahir dari hati saja bisa menyentuh hati. Sama juga dengan modus operandi dakwah bil lisan. Dalam firman Allah dalam Surah As-Saff ayat 2-3, bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

Ayat ini merupakan satu prinsip bagi para da’i yang wajib dipegang bahkan digigit dengan gigi gerahamnya. Sama juga dengan dakwah penulisan. Sekiranya apa yang kita tulis itu tidak kita kerjakan, maka tulisan-tulisan itu hanya menjadi sajian mata sekali lalu saja. Tidak tertembus ke dalam jiwa dan hati mad’u. Bagaimana hubungan para da’I penulis ini dengan Allah menentukan keberkesanan setiap tulisan-tulisan mereka. Cukup sekadar itu dahulu.

Persepsiku.

Baiklah, berbalik kepada seminar SERUMPUN ini. Saya melihat ada yang bergelak tawa seakan apa yang dipersembahkan adalah jenaka semata. Saya tidak mengatakan diri saya lebih baik. Bukan itu poin saya. Yang saya mahu tekankan adalah yang hadir ke seminar ini masing-masing punya tujuan dan latar belakang yang berbeza.

“Innamal ‘amalu binniat”

Kita akan mendapatkan setimpal dengan apa yang kita niatkan. Jika ada yang berniat untuk bertemu penulis-penulis best speakers itu dengan lebih dekat, silakan. Pasti niatnya terkabul. Dan siapa berniat ke seminar ini untuk menambah ilmunya, InsyaAllah pasti makbul! Bagi saya, keberadaan saya di seminar ini adalah untuk menambah ilmu penulisan dari kaca mata dakwah. Saya ingin mengutip pengalaman setiap penulis-penulis yang hebat ini tentang selok-belok berdakwah melalui tulisan.

Dengan ‘tag line’ SERUMPUN iaitu ‘Melangitkan Karya, Membumikan Cinta’, sangat tepat bagi persepsi saya dengan tujuan menulis kerana dakwah itu sendiri. Melangitkan karya bererti meluaskan karya yang meninggikan kalimatullah dalam kerja yang disempurnakan. Membumikan cinta pula bererti menyentuh hati-hati yang kehausan cinta Allah, menyuburkan cinta Allah ke dalam jiwa mereka lalu cinta itu mendarahdaging lalu tersebar luas membumi ke seluruh pelusuk alam.

Itulah Interpretasi saya tentang ‘tag line’ yang digunakan SERUMPUN 2011. Cukup indah, cukup tepat dan cukup sempurna dengan objektif program. "Bila sampai hari ini, masih ada cinta yang membuat kita satu. Itu semua anugerah Yang Kuasa".

Saya percaya.

To be continued…(pasca SERUMPUN)

2 comments:

  1. salam'alaik.
    tak sabar tunggu sambungannya, kak.. :)
    subhanallah, best olahan akak!

    ReplyDelete
  2. walaupun x dapat pergi..tapi termotivasi-satu buku sebelum mati,boleh!! insya allah=)syukran kak syera.

    ReplyDelete