Friday, October 14, 2011

AKU DILAMAR~

cinta itu indah


Sujud syukurku atas cinta-Mu.
Tiada lagi nikmat nan bahagia begini.
Akan kugenggam, kugigit dengan geraham.
Istiqomahkan aku Robbi..
Satukanlah cinta-cinta kami.

Subhanallah... tiada kata lagi yang mampu terucap saat cinta hadir melamarku. Itulah yang kudoakan selama ini. Akhirnya rintih hati didengari juga.. Alhamdulillah..


Adakah anda pernah merasa perasaan dilamar? Lebih-lebih lagi jika lamaran itu dari 'sumber' yang kita nanti-nantikan, yang kita berharap sangat datang darinya. Nak katakan, begitulah perasaan saya. 


Dan lagi, jika kita pernah menolak untuk menerima cinta itu, merasa lelah dan terbeban dengan cinta itu, merasa tidak layak atau merasa tidak dapat memberikan komitmen terbaik buat cinta itu kerana punya komitmen lain yang lebih 'penting' kononnya. Yang pokok asalnya, cinta itu kita tolak kerana terpaksa memilih di antara dua perkara yang sama-sama penting.


Namun, setelah cinta itu kita tolak... perasaan kehilangan itu tersangat mencengkam jiwa. Kita menderita. Rupanya, kita tidak dapat hidup dengan cinta itu. Kita merasa gundah gulana. Apabila melihat orang lain sangat bahagia dengan cinta itu, kita merasa sangat cemburu. Kita rasa rendah diri, kurang keyakinan, jurang yang jauh dan kita rasa kita tidak punya apa-apa.


Hanya mata yang memandang sekilas kebahagiaan insan lain bersama cinta itu. Dalam hati, kerinduaan pada cinta itu membuak-buak. Kita boleh saja, menarik balik penolakan yang kita buat, namun...rasa 'malu', segan dan sebenarnya lebih tepat 'ego', tapi kita tidak mahu merendahkan diri, menundukkan hati untuk kembali meraih cinta itu. Kononnya, 'pride' kita itu lebih penting, sangat mahal dan bermacam lagi alasan yang kita temukan untuk mempertahankan keputusan awal kita itu.


Detik demi detik berlalu, hari berganti hari, purnama silih berganti... hati tidak tertahan lagi. Rindu ini makin menghempas! Perlu lakukan sesuatu! Namun, dalam jangka waktu tidak bersama cinta itu, diri cuba diperbaiki, cuba dibangkitkan kembali semangat diri. Ego mula melebur, hati mahu dikuatkan. Hakikat yang cinta itu lebih penting dari segala-gala yang kita pertahankan selama ini mula diterima dan perlahan-lahan menjadi satu 'syarat' baru buat diri.


Motivasi diburu, potensi digali, diri cuba untuk 'grooming', khas untuk tackle semula cinta yang kita sendiri tolak itu. Dalam hati, 'malu' untuk mengaku kesilapan dan 'segan' nak merujuk semula itu makin tipis. Dalam hati, 'ah, biarlah apa orang nak kata." 


Barangkali merasa cukup dengan persiapan baru untuk menyerlahkan diri di depan cinta itu. Akhirnya melihat lagi insan demi insan yang terpilih sedangkan kita tidak dipandang langsung. Kita bagaikan dipandang sekilas dan sebelah mata sahaja. 


Pada awalnya, merasa 'down'. "Kenapa aku tidak dipilihnya?" Sekejap saja pemikiran itu hadir. Alhamdulillah, masih diberi rasional dan kewarasan dalam pertimbangan. Terus menangis dan menangis kerana menyedari hakikat yang diri ini sendiri yang masih tidak memberi sepenuhnya jiwa dan perasaan terhadap cinta itu. Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan diri ini sehingga diri ini sedar yang tidak layak lagi untuk memiliki cinta itu. Banyaknya kekurangan... Kerana tidak semua orang akan terpilih untuk menerima cinta itu. 


Kerana Allah itu menyaring insan-insan yang layak untuk menerima cinta-Nya! Penilaian itu datangnya dari penilaian Allah, bukan dari manusia. Hanya orang-orang yang ikhlas dan mampu untuk menerima amanah cinta-Nya yang akan dipilih untuk bercinta dengan-Nya.


Allah akan 'berjual-beli' cinta-Nya dengan orang-orang yang benar-benar ikhlas, murni hatinya dan tanpa sebarang kepentingan peribadi jauh sekali dari kepentigan duniawi. Saat diri mengerti akan sebab dan punca tidak terpilih mengemban cinta-Nya, dunia bagaikan di hujung. Rasa hina dan dina di hadapan-Nya. Malu dengan-Nya. Taubat pada-Nya. Redha atas ketentuan-Nya. Tumpang bersyukur dan gembira atas nikmat cinta-Nya yang diberi kepada insan lain.


Saat itu. Ketika itu. Itu yang dirasa untuk seketika. Lantas, diri semakin bersemangat dan termotivasi untuk bangkit mencuba sekali lagi. Kali ini, niat diluruskan jauh dari sebarang tujuan-tujuan lain. Jauh dari populariti, jauh dari memperbaiki diri atau bukan juga untuk menambah ilmu. Tapi kali ini, diri cuba memurnikan niat yang bahawa tujuan diri ingin meraih cinta-Nya hanyalah semata-mata kerana-Nya. Hanya semata untuk membumikan cinta-Nya. Tidak pada diri sahaja tapi agar cinta-Nya sampai pada hati-hati yang lain. Kerana diri baru terdetik mengerti bahawa cinta-Nya bukan hak milik peribadi. Bahkan harus disebarkan seluas-luasnya kepada jiwa-jiwa lain. Cinta-Nya seluas-luas buat semua. Bukan hanya untuk diri ini saja! Cinta-Nya ini mengajarkan kita erti bermadu kasih, erti berkongsi sayang dan erti berbagi cinta! 


Cinta-Nya berbeza dengan cinta manusia. Kalau cinta manusia yang dikongsi akan merambah dengki dan benci, namun cinta kita dengan-Nya beda! Semakin ramai yang berkongsi cinta-Nya dengan kita, semakin bahagia...semakin manis..semakin mesra..semakin damai dunia...Subhanallah! Tiada kata lagi mampu terungkap untuk menggambarkan hebatnya cinta-Nya.


Kembali sejenak denga kisah diri... Akhirnya, sewaktu diri benar-benar berada dalam pengharapan dan doa yang sangat digantungkan pada-Nya, di rumah suci-Nya (masjid), penuh barokah, dengan berlatarbelakangkan lantunan ayat-ayat cinta-Nya (ayat suci Al-Qur'an), dengan penuh rasa kesyukuran yang tak terhingga, 


Diri ini dilamar cinta-Nya.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Akhirnya doa ini termakbul. Semoga cintaku dan cinta-Nya terus mekar. Aku tidak mahu lagi berpaling. Biar kadang aku pasti rapuh, namun kutahu insan-insan yang terpilih untuk bercinta dengan-Nya juga pasti akan menguatkanku. Semoga kita sama-sama istiqomah menyemai cinta-Nya pada yang jiwa-jiwa yang lain, agar satu hari nanti, tidak akan ada satu jiwa pun yang tidak menerima lamaran-Nya. Dan tidak ada satu hati pun yang tidak menerima cinta-Nya. Itulah tugas kita, para penyebar cinta-Nya! 

inilah cinta-Nya


Alhamdulillah, aku kini sudah 'berpunya'.:x lovestruck:x lovestruck

~Fasabbih bihamdi rabbika wastaghfir, innahuu kaana tawwaaba~




p/s: Astaghfirullah...Afwan atas kata-kata yang terlampau atau yang tidak kena pada jiwa yang membaca.

8 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Kak. alhamdulillah atas kurnia dan rahmat Allah..semoga terus tsabat dan ghairah dlm meraih cintaNya..

    Banyak kata-kata yang menyentuh hati..luahan dari hati akak yang sangat dalam. yang telah lama dirintih kepada Allah..

    Penantian itu justeru satu penguat kepada hati. Penantian yang menggantung harap pada cintaNya semata-mata..

    Cinta "bahkan harus disebarkan seluas-luasnya kepada jiwa-jiwa lain. Cinta-Nya seluas-luas buat semua. Bukan hanya untuk diri ini saja! Cinta-Nya ini mengajarkan kita erti bermadu kasih, erti berkongsi sayang dan erti berbagi cinta! "Insya Allah kak.

    Teringin mahu tahu lamaran itu..^_^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak Syeera. Dayah kira, dayah dapat rasa 'lamaran' apakah itu.
    Jika benar apa yang di duga, semoga terus kuat dan tabah dalam menyuburkan erti cinta itu. Kita punya sama misi untuk menanam benih cinta pada jiwa lainnya. Seronok dan bersyukur dengan berita ini kerana kini kami tidak 'sendiri' lagi.

    ~Apakah benar apa yang di duga?~

    ReplyDelete
  3. syeera...! tahniah. tersentuh dengan entry ni. didoakan semoga syeera terus kuat. doakan sy gak ye syeera. rasa mcm terkena batang hidung sendiri. =')

    ReplyDelete
  4. blog yg menarik- keep it up !

    Monaco

    ReplyDelete
  5. Rasa dilamar itu indah kan.... nak mempertahankan cinta itu harus butuh kesabaran..sama2 kita cekalkan hati menjaga nikmat yg dikurnia Allah ini..mga diri saya juga terpilih atas lamaran cinta-Nya. betapa harus redha terhadap apa sahaja yg diberikan.

    ReplyDelete
  6. Background music is really touching , this page is remaining on while I"m surfing others..

    Monaco

    ReplyDelete
  7. to Herna:
    insyaAllah..semoga 'rasa' ini benar-benar asli dan tak menipu diri akak.. Sangat takut jika 'rasa' ini merupakan ujian buat diri, lalu diri tidak peka dan leka dalam 'rasa' ini..

    to Hidayah:
    insyaAllah, benar tekaan dayah itu..=)

    to Little Caliph:
    insyaAllah, ukhti Im pun boleh juga..kerana kita diciptakan Allah, memang untuk itu..menyebarkn cinta-Nya kepada semua.

    to Ili:
    insyaAllah, u will be the next...soon..it's all about time dear..

    to Anonymous Monaco:
    Thanks..ini semua ilham dari Dia. Semoga dapat kongsi yang baik2..Lagu instrument 'doa' oleh hadad alwi ni memang sgt2 touching dan bila dgrkn, memg si penciptanya begitu kuat rasa pghrapan dlm doanya..

    to Mujadid al-Fateh:
    memang indah...semoga kesabaran dan keikhlasan terus memandu diri akk utk kekal menyuburkn cinta-Nya.

    ReplyDelete