Wednesday, September 28, 2011

100%

Y.A.K.I.N tidak bermakna tanpa 100%


Bahagia.

Semalam yang terindah sepanjang buka semester baru ni. Semoga akan ada lagi momen-momen yang membahagiakan diriku selepas ini.

Alhamdulillah, terpanggil untuk berkongsi sebuah kisah yang diceritakan oleh murabbi baruku semalam. Kisah tentang keyakinan.


Keyakinan.

Dahulu, pada zaman tabi’in ada seorang ulama yang sangat warak. Ulama itu  sangat terkenal dengan sifat pemurahnya. Setiap kali mendapat duit, dia pasti akan menginfaqkan kesemua duit itu. Dan setiap kali selepas solat, di bawah sejadahnya pasti akan ada duit (mungkin ulama ini adalah wali Allah yang terpilih). Ceritanya mendapat duit setiap kali lepas solat tersebar. Seorang lelaki yang mendengar kisah itu kemudian ingin melakukan hal yang sama seperti ulama tersebut. Dia pun menginfakkan kesemua duitnya setiap kali mendapat duit. Maka, selepas solat, dia pun melihat di bawah sejadahnya. TIADA SATU SEN pun! Lelaki itu hairan. Dia telah melakukan seperti apa yang dilakukan oleh ulama itu tetapi mengapa dia tidak mendapatkan apa yang diperoleh oleh ulama itu. Lelaki itu lalu pergi berjumpa dengan ulama itu dan menceritakan apa yang berlaku padanya. Dan tahukan apa yang dijawab oleh ulama itu?

“Itulah perbezaan antara kau dan aku.”

Lelaki itu kehairanan. Wajahnya meminta penjelasan.

“Aku melakukan itu dengan sepenuh keyakinanku kepada Allah tanpa sedikit kurangpun. Dan kau, kau melakukan itu dengan penuh keraguan sama ada apa yang kau lakukan itu menjadi atau tidak.”


Ibrah.

Begitulah kuatnya kuasa keyakinan. Sama juga dengan keberadaan kita di jalan ini. Yakinlah bahawa Allah meletakkan kita di sini bukanlah sia-sia. Dan Allah tidak akan merugikan orang-orang yang bekerja untuk agama-Nya. Allah menyediakan sesuatu untuk kita. Pokoknya, yakin dan sabar. Keyakinan akan memandu kita untuk terus melaju. Kita yakin Allah akan menjaga kita. Dan apabila berjauhan dengan keluarga, kita yakin Allah akan memelihara keluarga kita. Kita yakin dengan apa telah kita korbankan dari segi masa, tenaga dan harta. Kita yakin, masa yang kita korbankan akan digantikan Allah dengan keberkahan waktu. Harta yang kita korbankan, Allah gantikan dengan kemurahan rezeki. Tenaga yang kita korbankan, Allah gantikan dengan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk beribadah di waktu malam. Pokoknya, yakinlah 100%.


Refleksi Diri.

Aku sedar keyakinanku masih belum penuh 100%. Dan sebab itu aku masih perlahan. Itu juga yang dikatakan oleh bekas murabbi yang sangat kucinta. Katanya,

“Syeera masih tak yakin berada dijalan ini. Masih goyah.Tiada apa yang mampu makcik buat. Semuanya terserah pada diri Syeera. Syeera perlu bina kekuatan jiwa, perlu teguhkan keyakinan. Banyakkan ibadah, kukuhkan hubungan dengan Allah.”

Kata-kata itu sangat benar. Kerana keraguan itu, aku jatuh. Aku melemah. Aku tidak berjuang untuk sebuah keyakinan itu. Kerana keraguan itu, aku hilang manisnya ‘rasa’, aku hilang tingginya ‘ghirah’, aku hilang hangatnya ‘ukhuwwah’ dan aku hilang kuatnya ‘tawakkal’.

Kesemuanya bertumpuk dan menjadikan diriku semakin ‘inferior’. Berjalan dengan penuh kesangsian dan ketidakyakinan. Rasa berat untuk memandang sekeliling. Rasa menjauh dari lingkungan kesolehan. Semakin hari semakin selesa dengan keadaan itu. Menjadikan aku bahagia sendiri.

Tapi aku sedar kembali, hakikat yang berlaku pada diri. Diri ingin bangkit kembali. Aku ingin ‘polish’ kembali apa yang malap. Terlalu banyak yang hilang dari diriku. Sehingga kini masalah keyakinan menjadi hambatan. Keyakinan untuk berubah.

“Adakah aku mampu berubah?”

Kerana sudah terlalu banyak yang hilang dari diriku.




2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Jzkk kak atas perkongsian kisah ulama' tadi dan curhat akak..mengalir air mata membacanya..ya keyakinan 100% justeru perlu dibina..tak berbagi..herna suka part ibrah akak..wallahu a'lam walhamdulillah..sedikit demi sedikit itu yang Allah hadiahkan pada saya..ajaib sungguh! Benarlah, Allah takkan menyia-nyiakan amalan org2 yang bekerja di jalanNYA..Yakin dan sabar dan teruslah berdoa..masanya akan tiba..pasti tiba..

    Kak, kita mampu berubah. meski terlalu bnyk yg telah hilang..kerana apa? kerana kita masih punyai Allah..tempat untuk kita bergantung seluruh jiwa dan raga..tempat untuk kita meluah dan berbagi rasa..tempat untuk kita sandarkan segala ketidakmampuan..tempat untuk kita mencurahkan rasa hati yang berbelah bagi..HE is there..lebih dekat drp urat tengkuk kita..Mari, kita lebih mendekat padaNYA..Dgn ibadah, beramal dan dalam masa yg sama meminimakan maksiat..

    Semoga memori dulu2, menjadikan kita rindu untuk terus berkontribusi, semoga harapan dulu2 dan kini memotivasikan setiap langkah kita..meski adakalanya kita lemah ..lemah kerana maksiat mungkin, atau kurangnya dzat2 ruhani itu..

    Sayang kak Syeera..

    ReplyDelete
  2. Sayang Herna juga kerana Allah~

    Masih mengutip kekuatan dan keyakinan untuk..
    Sedikit demi sedikit,perubahan dibuat.
    Semoga Allah tetapkan akk di jalan ini.
    Walau apa yg berlaku, diri sudah berjanji tidak akan berpaling dari jalan ini. jalan juang para nabi. Kerana menyedari sudah terlalu banyak yang hilang dari diri ini, membuatkan hidup tidak lengkap.

    ya benar apa yg Herna ungkapkn..kelemahan krn kurangnya dzat ruhani..ditmbh pula maksiat yg secara sengaja atau tak sengaja dibuat, menjadikan diri semakin lemah..

    Tapi itu bkan lg alasan bg org yg mengerti seprti kita bukan? Tiada lagi alasan untuk melemah.

    Yang lambat akan keciciran, yang lemah akan ketinggalan..

    Kini, masa untuk terus melaju. biarpun di belakang tertinggal, tapi harus juga melaju mengikut rentak mereka yg kehadapann.

    insyaAllah..semoga kita sama2 berusaha untuk kekalkn keyakinan ini. kerana kita telah merasakan apa yg Allah ganjarkan ats keyakinan itu. Dan akk pernh merasai kesemuanya dahulu...
    kini, banyak yang telah hilang..hilang bersama kurangnya keyakinan..

    harapan akk, agar keyakinan itu kukuh kembali. Ia sudah ada, tinggal lagi untuk dipncakkn kembali dgn teguh. kerana ia goyah seketika ditiup angin..kerana lalai n leka, akk xsempat nk lindunginya...

    doakan agar kita semua terus tsabat ya..

    Sayang Herna~

    ReplyDelete