Mengapa begitu kusut sekali perasaan yang aku rasakan saat ini? Bagaikan terperangkap dalam sebuah terowong gelap yang sangat panjang. Begitu meronta-ronta perasaan ini.
gelap.tapi aku percaya ada cahaya dihujungnya |
Semua yang berlaku pada aku masih tidak dapat membuka hati, mata hati dan masih tak dapat menyedarkan aku hakikat yang sebenarnya. Mengapa begitu kerasnya hati seorang manusia bernama 'aku' ini?
Dan lagi..kembali berulang lagi. Dan lagi. Setelah itu, lagi dan lagi. Berulang kembali tanpa sesal. Mengapa? Dan semua itu memberitahu padaku yang taubatku masih belum diterima. Namun, mengapa saat kusujud, mohon ampun, begitu ampuh sekali hati ini, begitu laju sekali air mata ini mengalir. Sehingga aku merasakan 'ikhlas'nya taubatku itu.
Bukan untuk hipokrit, namun bersikap realistik. Memang kadang-kala ada benarnya sebuah kata-kata,
"Mudah untuk berubah, tapi tak mudah untuk kekal dengan perubahan itu."
Aku perlukan kekuatan untuk terus teguh. Aku perlukan petunjuk untuk terus terpimpin dalam setiap yang kulakukan. Aku mahu hati yang lembut. Hati yang jujur. Hati yang mengenal Allah. Hati yang berharap Allah. Hati yang takkan berpaling pada dosa silamnya lagi.
Wahai diri, aku mahu tanya..
"Bagaimana hubunganmu dengan Allah?"
ya, seperti ini. pasti kan ada cahaya menanti! |
Assalamualaikum kak..
ReplyDeleteInsya Allah, di hujung sana akan ada sinarnya. Bahkan boleh jadi, di suatu titik sebelum penghujung jalan itu akan ditemui..Yakinlah..Dengan izin Allah..Teruslah beramal dan meminimakan dosa sedaya yang boleh (pesanan untuk diri juga). Moga diberi kekuatan menghadapi liku2 hidup..Semoga Allah mengurniakan kita hati yang jujur. Hati yang lembut..