“Ikhwan Muslimin’s Role in Building A New Middle East”
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, saya telah berkesempatan untuk duduk bersama dalam majlis forum yang dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia di Dewan Sivik MBPJ pada 4 Jun 2011, jam 8.30 malam.
Speakers istimewa yang dijemput khas ialah:
1. Sheikh Hussein Ibrahim (Leader of Ikhwan Muslimin of Egypt Ikhwan Muslimin’s Former Member of the Egyptian Parliament).
2. Dr. Nasser Sani (Leader of an Islamin Movement of Kuwait).
3. Bapak Luthfi Hassan Ishaaq (Presiden Partai Keadilan Sejahtera Indonesia).
Pertemuan dengan 3 tokoh besar pada malam itu telah menjelaskan isu tentang revolusi di Timur Tengah terutamanya di Mesir. Moderator forum pada malam itu ialah Ir. Haji Zairulshahfuddin Zainal Abidin (Member of the National Representative Council of IKRAM) dan juga penterjemah malam itu ialah Ustaz Alias.
Sheikh Hussein Ibrahim
Walaupun terdapat batasan bahasa di mana Sheikh Hussein berbahasa arab yang diterjemahkan oleh Ustaz Alias, namun tidak terasa langsung ada jurang di antara panel dan hadirin yang hadir. Saya melihat perwatakan Sheikh Hussein yang begitu lembut, ampuh, penuh hikmah dan sangat-sangat teratur susun katanya. Dan yang paling ketara adalah cetakan yang dibawanya sebagai seorang da’i, yang membawa nama Ikhwanul Muslimin, di mana saya dapat lihat fikrahnya begitu jelas. Jelas dari segala aspek. Ke mana saja soalan yang diutarakan, jawapannya tetap tidak lari dari ‘membawa manusia kepada Islam’.
Cukup jelas apa yang dikatakan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dalam Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin ‘Kepada Apa Kami Menyeru Manusia?’ begitu jelas mesej yang disampaikan oleh Sheikh Hussein.
Beliau juga berulang kali menekankan bahawan revolusi di Mesir adalah karomah dan berkah dari Allah. Kemenangan revolusi yang awalannya dicetuskan oleh syabab(pemuda) namun akhirannya adalah milik semua rakyat Mesir. Tiada yang terketepi, samada gologan majoriti ataupun minoriti mendapatkan hak kemenangan yang sama.
Beliau mengulang-ulang dan menekankan bahawa pimpinan IM adalah pimpinan rakyat yang akan boleh dijatuhkan juga oleh rakyat. Dan yang terutama, pimpinan IM akan membawa syariah Islamiyyah di suatu tempat yang utama. Al-Qur’an dan Sunnah menjadi sumber rujukan utama. Syariah diutamakan.
Dr. Nasser Sani
Beralih kepada panelis kedua iaitu Dr. Nasser Sani, seorang panelis yang cukup bersemangat dan sangat-sangat mesra. Ada saja seloroh atau ‘pembuka selera’ yang di bawanya sebelum menjawab soalan moderator. Kata-katanya cukup padu, penuh spirit dan sangat menyegarkan. Beliau banyak menyentuh tentang isu Timur Tengah secara general. Satu soalan yang diutarakan olehnye sebelum menjawab soalan pertama ialah ;
“Adakah anda semua di dalam dewan ini menjangkakan bahawa revolusi yang berlaku(Tunisia dan Mesir) itu akan berlaku pada saat itu? Siapa yang tidak menjangkannya sila angkat tangan.”
Hampir satu dewan mengangkat tangan. Memang, menurut beliau memang seluruh dunia juga tidak menjangkakan peristiwa revolusi ini akan tercetus. Tetapi, beliau menceritakan kepada hadirin bahawa sebenarnya revolusi ini telah dirancangkan, telah dibincangkan dan telah strategikan lebih kurang 3 tahun yang lepas. Sangat-sangat memeranjatkan.
Beliau berkongsi cerita di mana sewaktu tercetusnya revolusi Mesir, seorang sahabatnya menelefon beliau dan beliau menjawab, “I told you before. Its happening.” (lebih kuranglah).
Cuma saatnya itu tercetus adalah suatu rahmat dan karomah dari Allah SWT. Di mana semua rakyat Mesir turun tanpa mengira dari aliran apa mereka. Pemuda adalah sumber tercetusnya revolusi dan kemudian merebak ke seluruh lapisan rakyat Mesir.
Bapak Luthfi Hassan Ishaaq
Daripada Pak Luthfi pula, soalan berkaitan kesan dan hubungan revolusi itu dengan Nusantara diajukan. Pak Luthfi bagi saya seorang yang sangat ‘critical thinking’. Cara beliau menganalisa keadaan lalu mengaitkan dengan Nusantara sangat-sangat berperspektif. Menurut beliau, barat/eropah sebenar menunggu-nunggu acuan dari pemerintahan sebuah Negara Islam (contohnya Mesir) di mana Parti Islam yang memerintah secara total.
Mereka(barat/eropah) sedia menerima apa-apa elemen Islam yang baik dan boleh mereka terima. Mereka juga mahu Islam menerima apa-apa elemen dari mereka yang mereka rasakan Islam patut menerimanya. Tetapi, titik halangannya adalah, mereka ini sangat takut/fobia dengan Islam itu sendiri kerana mereka khuatir Islam akan membalas dendam ke atas segala oposisi n opressi yang umat Islam hadapi dahulu dan saat ini. Ini yang mereka khuatirkan. Jadi, kesimpulannya menurut Pak Luthfi, mereka masih takut jika pemerintahan sesebuah Negara jatuh ke tangan Parti Islam dan mereka masih lagi menunggu acuan contoh seperti Mesir barangkali.
Apa yang di sisi kita?
Kita adalah sebahagian dari perjuangan mereka. Ikhwan Muslimin terutamanya melihat perjuangan revolusi ini adalah perjuangan rakyat bahkan perjuangan umat Islam secara keseluruhannya. Mereka sangat-sangat ditekan semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Dan kemenangan dalam revolusi ini adalah suatu karomah dan berkah dari Allah buat mereka.
Ikhwan Muslimin dipandang sebagai sebuah parti yang terlalu tegas dan akan mengancam golongan minoriti Kristian di Mesri. Tetapi ini telah dijelaskan oleh Sheikh Hussein bahawa pemerintahan Ikhwan Muslimin tidak akan mengetepikan golongan minoriti. Semua rakyat Mesir berhak menerima bahagian masing-masing. Keadilan, kebebasan dan hak-hak akan dibahagikan sama rata.
Apa yang kita lihat, mereka tertekan dalam masa yang lama. Akhirnya kebangkitan telah menumbangkan tirani. Tetapi perjalanan selepas itu bukanlah mudah. Perubahan itu tidak dapat dilakukan secepat satu petikan jari. Ia memakan masa yang lama.
Kita belajar daripada mereka. Tentang semangat, optimis, keyakinan dan cita-cita serta semangat. Mungkin kita tidaklah harus beraksi seperti mereka hingga mengorbankan banyak nyawa. Tetapi banyak elemen yang boleh kita cedok dari mereka.
Alhamdulillah, masih banyak lagi yang mahu dikongsi, namun tidak dapat untuk dihamburkan semuanya di medan ini. InsyaAllah, katanya akan diuploadkan ke Youtube video rakaman forum tersebut.
Semoga setiap dari kita akan mendapatkan sesuatu yang berharga dari perkongsian 3 tokoh besar ini. Minta maaf andai ada yang terlari dari apa yang berlaku malam itu. Kerana tidak mencatat, hanya catat di fikiran sahaja.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment