Tuesday, June 7, 2011

BOIKOT WORDPRESS! (Bersekongkol Menghina Islam)

Petikan artikel dari blog Mazidul Akmal Sidik

*********************************************************
Kini heboh kes berhubung blog menghina Islam

Pihak bertanggungjawab dilaporkan menjumpai blog menghina Islam secara keterlaluan itu pada 11 Mei lalu dan bertindak pantas memohon WordPress memadamkan blog terbabit sehari kemudian.

Malangnya, saya difahamkan Wordpress enggan bekerjasama kerana polisinya.

Berikut antara petikan kenyataan WordPress ...

' ... we will not shut down blogs because they are offensive. We think the right response to bad or offensive ideas is to speak out against them, not to censor them ...'

Saya percaya umat Islam sebahagian besar pengguna WordPress.

Lihat identiti mereka terbabit membangunkan WordPress di sini.

Wajarkah kita terus bersekongkol menggunakan WordPress sekaligus menggambarkan sokongan kita kepada polisinya?

... menganggap penghinaan terhadap Islam, offensive sebagai freedom of speech.

Jika tidak bersetuju dengan amalan WordPress, demi kesucian Islam, mari bersama kita BOIKOT WordPress!

Nyatakan bantahan anda kepada WordPress di sini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. 


Namun jika pembaca berasa tindakan dicadangkan tidak wajar, carilah kaedah lebih berkesan asalkan blog terbabit dipadamkan.



Bagi saya, selagi WordPress tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa di Malaysia, selagi itu logo di atas berada dalam keadaan sama.

Kepada sebilangan pembaca melontarkan komen disuntik perasaan kebencian, just keep that to yourself dan usah berbuat apa-apa sekaligus anggaplah penghinaan itu sebagai sebahagian daripada freedom of speech!

Kemas Kini

Setakat ini, 2 daripada 3 salinan blog terbabit telah berjaya disekat oleh ISP, Internet Service Provider negara kita.

... tanpa bantuan WordPress.

Itu fakta.

*******************************************
Saya, Nur Syaheera Mohd Yusoff telah pun menghantar aduan bantahan kepada WordPress. Anda bagaimana? Sungguh Islam, Allah, Nabi Muhammad telah dihinakan sehina-hinanya di dalam blog 'makcik' tersebut. Kita tidak boleh berdiam diri. Mari beraksi para da'i!

No comments:

Post a Comment