Hari ini 13 Disember 2010, permulaan bagi semester yang kedua sesi 2010/2011. Hari yang segar, yang penuh energi. Hari yang membangkitkan semangatku untuk bergerak. Permulaan yang baru, permulaan untuk membuang segala tabiat buruk yang lama, sifat-sifat yang mendatangkan kerugian dan juga permulaan bagi menata semula urusan-urusan agar tersusur atur dengan kemas.
Kerana air yang mengalir itu bersih, segar dan baunya juga tidak busuk sebaliknya air yang bertakung itu membusuk, penuh dengan kekotoran, dan warnanya juga jelek."
Dua hari lepas mengikuti program tarbawi ibarat menebus kembali rasa kebuluran makanan ruhani selama 3 minggu bercuti di rumah. Alhamdulillah, banyak yang kuperolehi dan tidak tinggal satu pun yang benar-benar menggugah jiwaku, lantas melejitkan semangatku kembali.
Ada satu kata-kata dari seorang muwajih yang sempat kurakam di memoriku lalu membuatkan diri ini berfikir, memuhasabah diri.
"Jadilah seperti air yang mengalir yang sentiasa bergerak, jangan jadi air yang bertakung yang tidak bergerak.
Kerana air yang mengalir itu bersih, segar dan baunya juga tidak busuk sebaliknya air yang bertakung itu membusuk, penuh dengan kekotoran, dan warnanya juga jelek."
Dalam sekali makna kata-kata ini. Ya! Begitu juga diumpamakan dengan manusia. Manusia yang bergerak dan beraksi dalam hidupnya, akan memperoleh banyak kemajuan dan pencapaian yang sukses. Berbeza dengan orang yang kaku dalam bekerja, yang pasif dalam melaksanakan tugasan yang berdiam dalam tindakan, ia hanya merugikan dirinya. Tidak banyak kejayaan yang akan diraihnya.
Refleks kepada diri sendiri. Sebagai seorang aktivis yang perlu kepada pergerakan. Banyak yang membuatkan diri bermonolog sendiri. Aku bagaimana?
Semoga dengan tekad yang kuat dan semangat bagai besi waja dapat mengobarkan kembali semangat kita. Untuk terus beramal dan berkontribusi.
Harus mengalir! Tetap semangat! Terus bergerak!
Ya Allah, pimpinlah kami agar sentiasa dalam naunganmu. Moga Allah menguatkan langkahan kita semua....Teruskan berkarya..
ReplyDeleteamin ya Allah...
ReplyDelete