Baru tadi saya gembira, ketawa penuh ceria bersama teman-teman. Hati tenang dengan segala kelancaran yang diberikan-Nya. Alhamdulillah.
Namun, dalam kegembiraan itu, rupanya Dia ingin menguji. Lemahnya diri atas kealpaan dan keterlekaan.
Dan hanya sebentar tadi, air mata mengalir membasahi pipi. Lantaran kelemahan dan emosi menguasai diri. Astaghfirullahal'azim.
12.15: Saya berjalan ke Centre IIUM, niat hati mau membeli sedikit keperluan dan juga membeli tudung baru buat memulakan sesi praktikal pada esok hari. Duit dikeluarkan, hanya ada RM50. Tapi sungguh, saya sangat memerlukan tudung baru kerana sudah hampir 5 tahun tidak menukar tudung. Dalam keadaan yang berat dan tersepit, saya gagahkan juga membeli 2helai tudung, sepasang stokin dan sehelai anak tudung.
20.00: Ya Allah, mana pulak ye barang-barang tadi? Ya Allah, saya yakin tak tertinggal di mana-mana. Mana ya? Habis bilik diselongkar, langkah-langkah dijejak semula. Hampa. Tiada berjumpa. Akhirnya, airmata ini mengalir. Lantaran kesalan kerana membeli barang-barang tadi. Kesal kerana dalam kesempitan, kehilangan pula berganti.
Ya Allah, inilah ujianMu buat hamba.
Ya. Inilah yang dinamakan ujian saat kesempitan. Saya sedari semua ini. Perit sekali. Namun, bila teringat para salafus soleh dahulu, saat tertimpa musibah atau ujian, terus sahaja pelbagai andaian tentang dosa mereka yang tiba dahulu. Bukan kesalan, bukan tuduhan, bukan cacian, bukan bentakan.
Kalam istighfar menjadi lagu bibir. Solat taubat terus dikerjakan. Semua yang terjadi refleksi pada diri, tiada lain. Semua kesalahan dan kesilapan tertumpuk pada diri.
Tapi bagaimana dengan diriku? Kesalan semuanya datang. Sedangkan Allah itu lebih gembira menerima taubat hamba-Nya dari hamba-Nya yang gembira saat menemukan kembali barang yang hilang.
Hati tertunduk lesu, jiwa merintih sayu. Tiada apa yang bermain di fikiranku, hanya kalam istighfar. Atas setiap keterlajuranku, atas setiap dosa-dosaku , atas setiap kebiadabanku saat menerima ujian/musibah.
Astaghfirullahal'azim...
Ya Allah, saat Kau hilangkan matahari dan menurunkan hujan, kusangka itu satu bencana, namun saat hujan itu berhenti, kini kumengerti, rupanyan Kau ingin menghadiahkanku pelangi yang indah. Yang istimewa, yang jarang memunculkan diri.. Ya Allah, sungguh, ujian-Mu perit tetapi manis!
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment