Thursday, April 22, 2010

IKAN DI LAUT


Mengapa ikan di laut?
Mengapa tidak burung yang bisa terbang tinggi di langit biru? Atau harimau yang terkenal dengan keberaniannya memburu mangsa? Atau kuda yang kencang berlari merempuh semua halangan di hadapan?
Mengapa ikan?

Ikan di laut, berenang penuh keyakinan mengeksplorasi laut dalam, berenang dengan penuh hati-hati menjelajahi laut dalam yang misteri. Sudah berapa banyak jenis khazanah yang dijejakinya. Sudah banyak batu karang dicermatinya. Sudah berapa kedalaman laut sudah diharunginya.

Masin laut sudah tegal biasa. Bahkan itulah yang dihirupnya, itulah tempat ia beristirehat, tempat ia tidur, tempat ia makan, tempat ia bernafas, tempat ia berinteraksi dengan dunia. Itulah tempatnya.

Masin laut, tidak pernah sesekali mempengaruhi hidupnya. Tidak pernah mengganggu konsentrasi mindanya, tidak pernah mencalar ketenangan jiwanya. Inilah rumahnya, inilah jalan kembaranya. Terus dihadapi dengan ceria dan penuh sukses.

Tidak sesekali ia mengeluh kerana terpaksa menghirup masinnya air laut. Tidak pernah merasa putus asa dengan apa yang di hadapannya. Pandangannya jelas, misinya jitu. Selalu hidup beramal jama'i. Berenang sekumpulan mencari rezeki yang terbentang dan tersembunyi.

Bagi kita manusia, ikan di laut sebagai perhiasan yang mencantikkan dan berkontribusi dalam keindahan laut. Beraneka macam ikan di laut. Ada yang bulat, ada yang leper, ada yang tajam dan ada yang panjang.

Namun, ia tidak pernah sesekali terlarut akan masinnya air laut. Bahkan masih bisa berkontribusi. Buktinya, kita terpaksa menambah garam untuk memasinkan ikan yang hendak digoreng. Betul?

Begitulah kita seharusnya. Walau kita berada di persekitaran yang tidak membina atau bukan dalam persekitaran yang solehah atau baik, jangan sesekali terlarut. Jangan sesekali menjadikan persekitaran sebagai alasan jika ada yang mengatakan "Kenapa anda sekarang sudah berubah?".

Tidak mengapa kalau berubah kepada yang lebih baik. Atau terpengaruh dengan persekitaran yang baik dan positif. Namun jika sebaliknya, awas! Anda tidak mengambil ibrah dari kejadian alam seperti ikan di laut. Banyakkan bertafakur, lihatlah hikmah yang terbentang luas di bumi Allah ini. Dan tidaklah dijadikanNya sesuatu itu sia-sia.

Jadilah 'agent of change' alias agen perubah. Yang merubah bukan diubah. Besar bezanya itu. Kerana saya, anda, kita, adalah khalifah, pemimpin yang seharusnya memimpin bukan terpimpin walau di mana sahaja kita berada.

Awas! Jauhkan diri dari sifat si lalang. Rumput yang condong ke kanan jika anginnya datang dari arah kiri dan condong ke kiri andai anginnya datang dari kanan. Berpeganglah pada prinsip Islam. Tiada toleransi dalam hal-hal prinsip, syar'i dan hal-hal ketaatan. Kitalah yang bisa mengubah persekitaran, dengan keyakinan, hati-hati dan kebijakan penuh hikmah.

Semoga terus sukses menjadi manusia wajib yang dirinya ibarat ikan di laut, hidup di air masin namun isinya tetap tidak terkesan dan termasin akan air laut itu. Semoga energi sukses sentiasa menjadi milik kita. InsyaAllah!


Wednesday, April 14, 2010

BAWA CAWAN KOSONG


"Esok ada jamuan ringan di sekolah, murid-murid nanti bawa cawan kosong sendiri ya..." Pesan seorang guru kepada anak muridnya.

Keesokan harinya....(perbualan dua orang murid)

"Wana, awak bawa tak cawan kosong yang cikgu minta bawa semalam?"Mira bertanya.

"Saya tak bawa cawan kosong. Saya bawa botol air penuh. Malaslah nak bawa cawan. Saya nak minum air yang saya bawa ni saja. Tak perlu rebut-rebut ambil minuman nanti." Jawab Wana, sedikit angkuh.

Tibalah waktu dinanti, jamuan pun bermula.

"Baiklah, siapa yang bawa cawan kosong, letak di depan ni ya. Cikgu nak tuang satu air special ni. Air ni mahal sangat. Jarang sekali orang boleh minum. Sedap pula tu. Murid-murid semua bertuah tau..."kata cikgunya sambil memuji-muji kehebatan air itu.

Semua murid bangun dengan gembira untuk meletakkan cawan masing-masing kecuali Wana. Dia termangu sendiri. Dek kerana kesombongannya dan sangkaannya yang rendah terhadap permintaan cikgu untuk membawa cawan kosong amat dikesalinya.

Akhirnya, Wana tidak dapat menikmati air yang istimewa itu seperti sahabat-sahabatnya.

***********

Begitulah diibaratkan dengan menuntut ilmu, sahabat semua. Sebagai seorang yang sentiasa cintakan ilmu, kita seharusnya sentiasa menganggap diri ibarat cawan kosong setiap kali menuntut ilmu di majlis-majlis ilmu terutamanya. Dan, walaupun kita pernah mendengar sesebuah tajuk sebelum ini, jangan pernah merasa diri sudah cukup.

Setiap penyampaian ilmu itu akan berbeza penerimaan dan masukannya setiap kali. Mungkin didasari faktor pengalaman. Semakin kita menuntut ilmu, semakin kita harus merasakan diri semakin banyak yang kurang dan harus ditambah. Jangan pernah merasa cukup!

Jadilah ibarat cawan kosong, insyaAllah, kita akan merasakan cawan kita sentiasa bisa diisikan dengan ilmu baru. Jika kita merasakan diri sudah cukup seperti cawan yang penuh, maka kita tidak akan bisa merasakan diri penuh terisi. Bahkan, kita akan merasa rugi kerana cawan yang penuh tadi tidak dapat menampung air yang baru. Malah kita akan pulang dengan air yang sama tanpa sebarang perkembangan dan hal-hal baru.

Maka, ubahlah sikapmu. Jadilah rendah hati apabila bertemu dengan ilmu. Bawalah cawan kosong.

Monday, April 12, 2010

KEHILANGAN SAAT KESEMPITAN, PERIT TAPI MANIS!.


Baru tadi saya gembira, ketawa penuh ceria bersama teman-teman. Hati tenang dengan segala kelancaran yang diberikan-Nya. Alhamdulillah.

Namun, dalam kegembiraan itu, rupanya Dia ingin menguji. Lemahnya diri atas kealpaan dan keterlekaan.

Dan hanya sebentar tadi, air mata mengalir membasahi pipi. Lantaran kelemahan dan emosi menguasai diri. Astaghfirullahal'azim.

12.15: Saya berjalan ke Centre IIUM, niat hati mau membeli sedikit keperluan dan juga membeli tudung baru buat memulakan sesi praktikal pada esok hari. Duit dikeluarkan, hanya ada RM50. Tapi sungguh, saya sangat memerlukan tudung baru kerana sudah hampir 5 tahun tidak menukar tudung. Dalam keadaan yang berat dan tersepit, saya gagahkan juga membeli 2helai tudung, sepasang stokin dan sehelai anak tudung.

20.00: Ya Allah, mana pulak ye barang-barang tadi? Ya Allah, saya yakin tak tertinggal di mana-mana. Mana ya? Habis bilik diselongkar, langkah-langkah dijejak semula. Hampa. Tiada berjumpa. Akhirnya, airmata ini mengalir. Lantaran kesalan kerana membeli barang-barang tadi. Kesal kerana dalam kesempitan, kehilangan pula berganti.

Ya Allah, inilah ujianMu buat hamba.

Ya. Inilah yang dinamakan ujian saat kesempitan. Saya sedari semua ini. Perit sekali. Namun, bila teringat para salafus soleh dahulu, saat tertimpa musibah atau ujian, terus sahaja pelbagai andaian tentang dosa mereka yang tiba dahulu. Bukan kesalan, bukan tuduhan, bukan cacian, bukan bentakan.

Kalam istighfar menjadi lagu bibir. Solat taubat terus dikerjakan. Semua yang terjadi refleksi pada diri, tiada lain. Semua kesalahan dan kesilapan tertumpuk pada diri.

Tapi bagaimana dengan diriku? Kesalan semuanya datang. Sedangkan Allah itu lebih gembira menerima taubat hamba-Nya dari hamba-Nya yang gembira saat menemukan kembali barang yang hilang.

Hati tertunduk lesu, jiwa merintih sayu. Tiada apa yang bermain di fikiranku, hanya kalam istighfar. Atas setiap keterlajuranku, atas setiap dosa-dosaku , atas setiap kebiadabanku saat menerima ujian/musibah.

Astaghfirullahal'azim...

Ya Allah, saat Kau hilangkan matahari dan menurunkan hujan, kusangka itu satu bencana, namun saat hujan itu berhenti, kini kumengerti, rupanyan Kau ingin menghadiahkanku pelangi yang indah. Yang istimewa, yang jarang memunculkan diri.. Ya Allah, sungguh, ujian-Mu perit tetapi manis!

Alhamdulillah...

PERINGATAN DARI-NYA, SUKSES! (3)


Nikmat Waktu

Masih lagi berputar pada topik yang sama. Semoga jejak-jejak sukses takkan bosan diburu! Kali ini saya ingin berbicara tentang waktu Subuh. Ukhti yang sama (rujuk entry sebelumnya) berkata, "Jelek tidur selepas Subuh! Aku nggak pernah tidur lepas Subuh. Aku akan mencari apa-apa sahaja yang boleh dibuat seperti basuh kain, berjalan satu blok, mandi dan apa-apa saja. Pokoknya jangan tidur selepas Subuh. Kerana...masa depanmu itu terlihat di waktu Subuhmu. Jiddiyyah!"

Aduh! Sesekali batang hidung saya terkena dengan kata-katanya. Ya! Tak nafikan kadang-kadang ter'syahid' juga. Mungkin kerana lemahnya dalam jiddiyyah melawan nafsu. Kata kunci yang pertama, JIDDIYYAH.

Seorang lagi kawan saya bertanya pada ukhti tersebut "Mbak Y, ada tak apa-apa tips untuk tetap cergas macam akak?" Ukhti itu menggelengkan kepalanya..

"Nggak ada apa-apa tips. Semuanya tergantung atas niatmu! Ya, bagaimana seperti bangun qiam, juga sebenarnya kita nggak perlu guna jam loceng. Cukup atas niat. Kerana, jika kita bergantung atau menggunakan jam loceng untuk bangun qiam, kita akan tend to menyepelekan(meringan-ringankan) sehingga kita bisa dengan senang menangguh-nangguh waktu untuk bangun lalu akhirnya qiam kita di hujung-hujung, hampir Subuh gitu. Sebaliknya, jika kita berniat dengan bergantung sepenuhny pada Allah, insyaAllah...kita akan merasakan betapa pentingnya panggilan/kejutan dari Allah sehingga kita akan terus saja bangun. Aku nggak pernah guna jam loceng untuk bangun." Kata kunci kedua, NIAT.

JIDDIYYAH dan NIAT

Betul, dalam setiap yang kita lakukan perlu ada kesungguhan, jiddiyyah. Kadangkala kita hanya merancang tanpa disertai dengan jiddiyyah sehingga akhirnya perancangan kita tergendala umpama bangunan yang tak siap. Sangat jelek dan menyakitkan mata memandang.

Dan, tanpa disertai niat pada awal-awal perbuatan akan membuatkan kita memandang enteng sesuatu pekerjaan itu. Kesian pada pekerjaan itu, tak mendapat hak yang sepatutnya.

Nikmat Berbagi Energi

Ya Allah, bergenang airmata saya mendengar kata-kata energi dari ukhti ini. Saya tidak pernah menyangka pertemuan pertama saja telah memberikan saya sebegitu banyak pesan-pesan energi yang begitu tertancap ke dalam hati dan menggugah jiwa saya. Alhamdulillah atas nikmat pertemuan serta ukhuwwah yang dikurniakan Allah ini.

Nikmat berbagi energi yang akhirnya saya sedar bahawa Allah telah menegur saya banyak hal melalui perkongsian energi bersama ukhti tersebut. Boleh kata 96% daripada apa yang berlaku dalam hidup saya atau apa yang saya lakukan telah ditegur melalui pertemuan ini. Peringatan dari-Nya, sukses! Sukses dirinya, diriku, dan dirimu jua. Mari berbagi energi!

Wednesday, April 7, 2010

PERINGATAN DARI-NYA, SUKSES! (2)


Nikmat Kesihatan

Dua hari sebelum exam Biochemistry II, saya sempat berkenalan dengan seorang ukhti dari Indonesia, seorang student Master. Lewat perkenalan yang hanya sebentar, saya banyak belajar 'ilmu emas' darinya. Semuanya secara tidak langsung, namun itu yang manis!

Selesai solat Maghrib di Masjid SHAHS, kami mengajaknya untuk makan malam bersama di Cafe HS. Masing-masing dengan teh ais mamak yang berhantu tapi tidak bagi ukhti tersebut. "Itu yang kamu beli itu milo?? Itu boikot kn?" tersentak saya. Tapi dia tersilap. Kami beli teh ais semuanya. Dalam hati, "Ya Allah, sensitifnya jiwa dia". Kata kunci pertama, SENSITIF.

Saya menyuakan teh ais saya kepadanya. Dia menolak baik. Pelik. Bila ditanya mengapa, dia seakan-akan tidak mahu menjawab. Saya tak puas hati, lalu bertanya lagi apa sebabnya ia menolak. Akhirnya, ukhti itu terpaksa menjawab. Dengan penuh rasa rendah diri dan teratur dia menjawab, "Aku... sebenarnya minum... tapi kalau aku sedang rasa penat, dahaga seperti sekarang, aku nggak akan minum..itu tak elok." Penuh kebijakan dan memang itulah yang sepatutnya. Kata kunci kedua, BIJAK.

Aku tersentak mendengarnya. Kalau kita, tekak sedang dahaga, pastilah air ais yang jadi idaman. Betul?? Kemudian, saya sempat melihat pada kertas yang ditempahnya.. -Nasi + Sayur campur taknak Aji. Oh, Aji=Ajinomoto rupanya...selama ni saya tak pernah sensitif dengan hal-hal kecil sebegini. Tapi hari itu, saya benar-benar tersedar. Selama ni, makanan yang saya makan di luar tak pernah saya perhatikan kandungannya apatah lagi ada aji atau tanpa aji. Saya benar-benar tersentak! Mana sikap teliti yang harus ada pada seorang aktivis seperti yang digambarkan oleh Huzaifah, sahabat Nabi saw? Aduh, tersentak lagi. Kata kunci ketiga, TELITI.

SENSITIF, BIJAK dan TELITI.

Seorang pemuda, mahasiswa, aktivis, atau siapa saja diri kita. Seharusnya kita memiliki ketiga-tiga ciri ini. Seorang pemuda yang peka iman, peka zaman tak akan terhilangkan ciri sensitif ini dari list karakteristiknya. Hanya dengan rasa sensitif, kita bisa mengubah diri, persekitaran dan akhirnya akan memilih untuk mengubah daulah, insyaAllah!

Dalam ciri sensitif itu pula, jika tak seiring dengan kebijaksanaan, maka sensitif itu hanya sekadar kata sahaja. Seorang yang bijak, apabila ia sensitif, maka ia akan cepat dalam berfikir tentang tindakan dan langkah seterusnya. Bukan setakat merancang, tapi perlu ada follow up.

Penelitian sangat penting, kerana dari sikap teliti itu kita akan bisa menghasilkan suatu karya yang besar, luarbiasa dan insyaAllah zero error. Teliti juga mampu menghasilkan momentum kerja yang aktif dan proaktif. Tapi awas! Jangan over the limit! Over-teliti bukan menyusahkan diri sendiri tapi orang yang berada di persekitaran anda juga akan merasa rimas.

ya Allah...aku masih tak penuhi lagi yang ini...

to be continued..(mesti ada yang kurang faham entri kali ini tapi tak mengapa, kesimpulannya nanti di hujung ya. teruskan mengikuti.)




Monday, April 5, 2010

PERINGATAN DARI-NYA, SUKSES!


Peringatan

Hari ini, bermula dari detik subuh hingga ke saat ini, tidak henti-henti Allah datangkan peringatan-Nya buat saya. Peringatan yang tidak lain hanya sebagai tanda cinta-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Alhamdulillah, saya masih lagi termasuk dalam golongan yang masih merasakan peringatan Allah itu selalu ada.

Ada beberapa peringatan Allah pada saya yang ingin sekali saya berkongsi dengan teman semua. Peringatan tentang nikmat ujian, nikmat kesihatan, nikmat waktu, dan nikmat energi berbagi. Semua peringatan ini datang bersilih ganti teratur mengikut peristiwa dan waktu yang sangat tepat.


Nikmat Ujian

Pagi tadi, saya sempat membuka emel bersama teman sebilik. Seorang ukhti telah mengepos kisah pengalamannya menjaga seorang lagi ukhti yang mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Ia bercerita tentang kesabaran ukhti tersebut akan kecederaan yang dihadapinya bahkan keadaannya langsung tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang melawan segala keuzuran. Bayangkan, dalam keadaan yang sakit, ukhti tersebut masih mampu untuk kembali ke kampus semata-mata untuk mengambil peperiksaan walaupun hakikatnya ia telah mendapat 'study leave' daripada pihak pentadbiran universiti.

Apa yang menyentuh hati saya, semangat yang ada pada ukhti itu dalam memijak duri-duri di hadapannya, langsung saja terus meraduk arus ujian yang deras. Dalam kesakitan itu, ia masih cekal bangun setiap hari pada pukul 3pagi, tidak pernah tertinggal untuk qiyamulail. Kata kunci yang pertama, CEKAL.

Dan lagi, ukhti tersebut begitu tabah menghadapi sakit yang dirasainya ketika melakukan gerakan solat. Bayangkan, tiga tulang rusuknya patah, dan ia terpaksa menahan kesakitan itu dalam solatnya. Bila ditanya sama ada sakit atau tidak, jawabnya, "Sakit, memang sakit, Tapi bila fokus betul-betul, sakit itu hilang dengan sendiri." Kata kunci yang kedua, FOKUS.

Lebih melihat keluarbiasaan semangat ukhti itu, tidak pernah dalam sehari pun ia tidur semula selepas subuh. Pasti aktivitinya diteruskan dengan ulangkaji pelajaran yang ia tertinggal selama cuti sakit. Kesungguhan dan keseriusannya dalam mencapai targetnya membuahkan hasil apabila ia berjaya menamatkan silibus yang ia tertinggal begitu banyak. Kata kunci ketiga, SERIUS.


CEKAL, FOKUS dan SERIUS.

Subhanallah, ketiga-tiga elemen ini sangat saling bersandaran dalam rangka menempa kesuksesan dalam kehidupan (selain usaha, doa dan tawakal). Apa sahaja yang ingin dicapai, andai adanya ketiga-tiga elemen ini, pasti akan berhasil. Dan, saya jadi tersedar. Mengevaluasi, mengintrospeksi diri, rupanya diri ini masih belum benar-benar memegang ketiga-tiga elemen ini dalam mencapai maksud dan tujuan. Ya Allah, peringatan-Mu hadir di saat aku memerlukannya. Ibarat tekak yang dahaga menanti setitis air mengalir melaluinya. Sungguh, Engkau dekat. Lebih dekat dari urat leherku.

to be continued...(nikmat seterusnya)