Tuesday, April 5, 2011

INI BARU MINI TEST!


Kenapa sesetangah orang menjadi 'lain' bila musim exam menjengah? Kenapa perlu mengeruhkan silaturrahim yang terjalin gara-gara stress dengan exam? Adakah exam ini merupakan sebuah penamat? Mengapa sanggup melukakan hati sesama muslim gara-gara tension dengan exam?

Bagi saya, semuanya tak masuk akal. Ya, saya akui memang saya pernah buat sesuatu yang 'pelik' masa musim exam... Bila ingat kembali, rasa nak tergelak. Apa yang saya buat? Kejap. Rasa nak ketawa bila recall peristiwa itu. Mungkin kerana 'stress' dengan exam masa tu barangkali..

Selalunya, orang akan letak sign board macam ni kan?


Tapi apa yang saya buat macam ni.


Roommates saya semua geleng kepala je dengan kerenah saya waktu itu. Sampai nak keluar bilik pun saya minta izin sahabat saya. Masih ingat lagi dialognya.

"Ain, boleh tak saya nak keluar kejap?"

"Tak boleh!" Jawab sahabat itu dengan nada bergurau.

Wah, rindunya zaman itu. Sampaikan saya dapat tahu dari beberapa orang yang pernah datang ke bilik waktu itu, mereka punyalah hairan dan risau.

"Syeera ok ke?"

Huh~ Saja je bikin gempak.

Tak, sebenarnya saya buat macam itu supaya saya dapat disiplinkan diri. Supaya saya lebih fokus waktu study. Aduhai, macam-macam gaya. Tapi semua tu mematangkan diri. Yeke?

Makin lama dalam tarbiyah, makin saya mengerti banyak benda. Bukan itu ultimate goal kita. Bukan itu caranya. Bukan. Bukan dengan menyinggung perasaan orang lain terutamanya sahabat kita, roommates kita dengan menampal signboard-signboard sedemikian. Bukan begitu caranya.

Apatah lagi dengan membentak-bentak seorang diri dalam compartment. Atau memasang lagu kuat-kuat. Lebih-lebih lagi lagu yang membingitkan telinga sahabat di sekeliling kita. Bukan begitu caranya. Di manakah hak mereka sebagai sahabat? Sebagai roommates yang sepatutnya merasa tenteram hidup bersama kita. Di manakah senyum dan kata sapaan yang dulunya saling bertukar sebelum musim exam. Layakkah kita mengikut kepala angin kita sahaja? Bukan begitu caranya.

Semua itu akan lebih menyinggung perasan roommates kita. Mereka akan merasa lebih asing bersama kita. Mana manis ukhuwwah dahulu? Tidak seharusnya begitu! Janganlah kerana ketensionan kita itu, kita menafikan hak-hak sahabat kita. Kita mencabul rasa keselamatan dan ketenangan mereka. Sama-sama muhasabah diri. Mana yang terkena, perbaiki. Mana yang tak kena-mengena, jauhi.

Ingat, ini baru 'mini test'!

4 comments:

  1. syera, ma'an najah..! May Allah makes easy for you. Tapi lawak lah letak signage tu. hehe. jgn stress2. Insya-Allah boleh.

    ReplyDelete
  2. tak penah plak terfikir nak buat segala macam tu. haha.. tapi macam menarik je tu. kite nak buat la

    "DILARANG STRESS"

    hehe..

    ReplyDelete
  3. imtinan:terima kasih byk...masa tu xmatang lg..huhu...

    ReplyDelete