Sebenarnya, ini tajuk utama Risalah Al-Fahmu yang pernah dibuat dulu. Rasa nak berkongsi dengan semua. Kenangan manis masa buat risalah dulu... Kalau diberi kesempatan lagi, mahu saja~
**********************
Aku tidak tahu bagaimana lagi harus kupendam perasaanku ini. Setiap waktu aku resah dan gelisah. Itulah yang dikatakan apabila kita berbuat dosa, maka hati kita merasa tidak tenteram kerana secara fitrahnya, hati ini akan menolak hal-hal yang bertentangan dengannya. Begitulah aku. Saban hari aku terus hanyut dengan maksiat dan dosa. Yang terang-terang ku tahu apa hukumnya. Namun masih jua kuteruskan.
Berapa kali aku nak bertaubat? Hari ni menangis, merintih aku menyesali, tapi esok lusa, aku ketawa, aku lupa dan yang penting aku makin jauh. Jauh dari-Nya. Kadang-kadang aku terfikir, orang jahat macam aku ni, mustahil ke nak berubah? Dah lama aku terjerumus dengan dosa ni. Bukan senang aku nak buang, kikis semuanya. Jauh dalam hatiku, aku nak sangat mulakan hidup baru. Nak sangat lupakan kenangan yang pahit ni. Tapi mampukah aku?? Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan keluar. Aku sangat buntu dan amat-amat memerlukan petunjuk dan bimbingan dariMu. Aku ‘hilang’ dalam duniaku sendiri. Ya Allah, lembutkanlah hatiku untuk menerima perubahan dan kebaikan. Temukanku dengan sahabat-sahabat yang dapat membantuku, menyokongku, mendorongku dan yang dapat mendekatkanku dengan-Mu.
“Astaghfirullah…astaghfirullah..astaghfirullahal’azim…”
“Wahai tuhan…ku tak layak ke syurgaMu… Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu… Ampunkan dosaku, terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar”
“Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku, Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu. Kusering melanggar laranganMu dalam sedar ataupun tidak. Kusering meningalkan suruhanMu walau sedar aku milikMu.”
Dalam tak sedar, air mataku berderai jua. Deras dan pipiku terasa panas… Ya Allah…akhirnya aku tewas jua dalam cintaMu. Terima kasih Ya Allah… kerana hidayah dan rahmatMu jua kusedar akan kesilapanku. Ya Allah, jangan pernah Kau tarik lagi ia dariku. Sungguh, aku mahu berubah… Ya Allah, aku mahu berubah, kerana-Mu!
Begitulah sahabat, kita manusia yang lemah memang tidak pernah lari dari berbuat dosa. Siapa kita yang menganggap diri kita suci dari dosa? Namun ingatlah wahai sahabat, ampunan Allah lebih melaut luasnya… malah, lebih lagi. Bahkan tidak terbayang dek fikiran kita. Jangan pernah putus asa untuk bertaubat. Dan janganlah menunggu terlalu lama untuk berubah. Lakukan sekarang! Jika tidak, hati kita bakal mengeras dan akan lebih sukar lagi untuk dilembutkan. Yang pasti,percayalah..dan yakinlah..ampunan Allah itu sentiasa ada buat hambaNya.
Aku pernah alami ini semua. Setiap orang yang mahu berubah pasti akan melalui hal ini juga. Kita kuatkan hati, bermujahadah atas setiap yang datang menerjang. Alhamdulillah... Tarbiyah bukanlah segala-galanya...tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah...Aku bahagia atas pilihanku sekarang.
Ya Allah, istiqomahkan aku di jalan ini.
No comments:
Post a Comment