nak berubah! |
Apakah kondisi umat Islam masa kini? Lihatlah di kiri dan kanan kita, ternyata pandanganmu tidak akan jatuh pada tempat yang tidak ada kerosakan sosial atau akhlak di situ. Di mana-mana, kebejatan sosial dan keruntuhan institusi kekeluargaan berkembang bagaikan kanser yang merebak pantas. Keganasan rumah tangga, perceraian, pembuangan bayi, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transeksual), budaya ‘emo’, riba dan pelbagai lagi menjadi gaya hidup dan rutin umat Islam masa kini.
Inilah gambaran keadaan dunia Islam kontemporari (saat ini) dengan segala kekurangannya. Kondisi umat Islam saat ini penuh dengan kelemahan. Kelemahan-kelemahan itu terkait dengan kapasiti intelektual dan masalah moral.
Kita melihat kelemahan dari aspel pendidikan secara formal mahupun tidak formal. Sistem pendidikan yang lemah gagal melahirkan generasi yang berfikir di luar kotak. Generasi ini sudah terbiasa dengan sistem ‘suap’ sehingga kelemahan ini akan memustahilkan lahirnya generasi kebangkitan umat. Sistem pendidikan yang berat sebelah kepada pemikiran kaum hawa juga sedikit sebanyak membantutkan pertumbuhan pemikiran kaum adam. Kita mengetahui sistem pendidikan di negara ini gagal menyeimbangkan banyak aspek yang berkaitan dengan jantina. Kita lihat pendidikan di Malaysia lebih banyak menggunakan gerak kerja akal ataupun otak, penulisan dan penghafalan di mana kita mengetahui bahawa semua ini sangat kurang dipraktikkan oleh kaum adam. Kaum adam lebih gemar akan gerak kerja fizikal, yang menuntut kemahiran kreatif, penyelesaian masalah dan lebih praktikal. Sistem pendidikan di Malaysia gagal menyediakan ini semua.
Sekarang ini terjadi gerakan-gerakan yang mengibarkan bendera kebathilan, mereka membangun pengorganisasian yang solid sementara umat Islam lemah dalam pengorganisasian sehingga kebathilan akan diatas angin sedangkan umat Islam akan menjadi pihak yang kalah. Sesuai perkataan khalifah Ali ra “Kebenaran tanpa sistem yang baik akan dikalahkan oleh kebathilan yang terorganisasi dengan baik”. Kita melihat contoh-contoh organisasi kebathilan LGBT dan seumpamanya, mereka rupanya sangat tersusun dalam memperjuangkan hak-hak yang menyeleweng itu. Bagaimana organisasi Islam bangun dan membanteras masalah ini? Di manakah gerakan-gerakan serta perencanaan yang kemas yang telah dibuat? Umat Islam hanya lebih banyak bertelagah dan menyorak slogan-slogan perpecahan daripada memikirkan kemaslahatan umat ini.
Umat Islam dewasa ini tidak menyedari bahawa begitu banyak nikmat-nikmat yang Allah SWT berikan dan tidak mensyukurinya. Jika umat Islam mersyukuri segala nikmat Allah, dari bentuk syukur itu akan muncul kuatut tanfidz iaitu kekuatan untuk mendayaupayakan potensi diri dan sekarang umat Islam lemah sekali dalam mendayaupayakan diri apalagi meningkat secara kolektif.
Kondisi umat yang sakit ini seharusnya mengobarkan semangat pemuda untuk menjadi agen perubah. Perasaan cemburu (ghirah) terhadap masalah ini harus ada dan membuak-buak dalam dada seorang pemuda. Kepedulian, sensitiviti dan kepekaan pemuda akhirnya harus melahirkan keinginan untuk berubah, memperbaiki diri lalu atas desakan iman dan semangat cemburu itu akan tercetus di pemikiran setiap seorang pemuda untuk menjadi agent of change (agen perubah) dalam sesebuah masyarakat. Allah berfirman dalam Surah Al-Kahfi: 13;
“…Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.”
semoga ALLAH SWT memilih saya sebagai Pemuda yang diberitakan di dalam AlQuran yang mulia itu-Ameen
ReplyDelete"coretan yang menarik"
Monaco
16 dec