Sunday, November 6, 2011

INSAF, TAUBAT DAN IKHLAS

semurni titis embun

'Panggilan Baitullah', begitulah tajuk drama TV3 malam ini. Sarat dengan ibrah yang bisa kita sama-sama muhasabahkan dan amalkan. Astaghfirullah...

 "Biarlah masyarakat tidak kenal kita, tapi Allah kenal kita." 

Kata-kata keinsafan yang terluah dari watak utamanya yang sudah 11 kali mengerjakan haji. Dan tahun ini adalah hajinya yang ke-12. Sebelum ini, setiap amal kebajikan yang dilakukannya, mahu disebarkan, digembar-gemburkan, setiap kata-katanya berbau riak serta kebanggaan.

Peringatan demi peringatan datang dalam bentuk mimpi, dan kesemua itu hanyalah untuk menegur dan menyedarkannya. Kesemuanya adalah rahmat dari Allah. Allah sangat suka akan hambaNya yang kembali kepadaNya. Yang bertaubat dengan seikhlas hati.

Kadang-kala hidayah dariNya datang dari tangan seseorang. Kehadiran seorang pemuda yang benar-benar ikhlas berkorban telah membuka matanya, membuka hatinya. Allahu Rabbi..Besar sungguh kuasa Allah. Limpah rahmat dan kasih sayangNya meluas buat hamba-hambaNya.

Penghabisan kisah ini membuatkan meremang bulu roma saya. Allahu Rabbi... Husnul Khotimah..dambaan setiap insan di dunia ini. Ajal dan maut semua di tanganNya.

Semoga keikhlasan yang murni kerana Allah akan sentiasa memacu kita untuk beramal lalu membuahkan kemanisan iman.

Astaghfirullah robbal barroya...
Astaghfirullah minal khotoya...

(T__T)

Hanya taqwa yang sampai kepada Allah..


>>Mode sayu+tersentuh dengan drama ini. Terus rasa nak menulis. Bila dah menulis, rasa tiada kata yang dapat gambarkan perasaan ini. Astaghfirullah..maaf atas kekhilafan diri..sekadar mahu berkongsi...


No comments:

Post a Comment