
Monday, August 2, 2010
Quick Checklist of Ramadhan

Tuesday, July 20, 2010
STABILIZE MYSELF

Bersendiri dgn Allah... duduk berteleku, mengadu segala rintih sayu buat-Nya.. Memang itulah agenda utama seorang da'ie.. Namun, kesendirian itu tidak boleh terlalu lama.. kerana musuh utama syaitan akan sentiasa membisikkan pujuk rayunya...akan memasukkan jarum bisanya...agar kita mula rasa selesa dgn sepi, rasa tenang dgn sendiri..rasa bahagia tanpa teman di sisi... Pernah diri ini diuji hebat, tidak berapa lama dulu, saat bermulanya tamrin akhawat di Ansar.. Begitu dahsyat pujukan itu, godaan itu dtg bgaikan hujan peluru..rasa ign jauh dari majlis ilmu, bersendirian, bersantai tenang bersama keluarga... Namun, di situ iman teruji...benteng iman yg goyah harus dipancak semula...sungguh sakit, tangis, sendu terus mengamuk dlm jiwa... Istighfar saat itu... mohon perlindungan dari syaitan yg direjam... sgt sakit...namun itulah jihad linafsih.. Alhamdulillah...akhirnya mata hati bertemu akhawat... rindu menyubur mekar... kasih harum mewangi.. Ya, akhirnya diriku menang hari itu! Namun, aku kan terus berjuang kerana musuh itu pasti kan dtg lg saat hatiku sakit, saat hatiku hiba, saat aku keliru dan saat aku mahu bersendiri.. Semoga aku kan terus kuat..teguh..kukuh... Memegang panji Allah, ats nama seorang da'i.. Bersama akhawat tercinta... Doakan agar diri ini dan akhawat semua kan terus tsabat...amin~ |
Monday, July 19, 2010
FIRST STEP!

Itulah yang payah. Itulah yang berat. Setiap kali kita ingin berubah, itulah masalah. Tapi sampai bila ingin di tapuk yang lama? Planning sudah bergulung-gulung, jadual itu dan ini penuh tertampal di dinding, pelbagai reminder penuh dalam handphone. Things To Do sudah melerat-leret senarainya. Yang tinggal, hanya beraksi. Namun itu pun susah.
Tuesday, June 8, 2010
BAK TITIS EMBUN PAGI

Friday, June 4, 2010
Ayuh! Bangkitlah segera wahai umat yg sedang tidur!

Yang dihormati,
Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan
JEMPUTAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SECARA AMAN MENGUTUK SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DAN MENERUSKAN DESAKAN TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SUPAYA CAMPURTANGAN MENGHENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KEPADA WARGA DUNIA.
Merujuk kepada perkara di atas, kami menjemput tuan untuk bersama-sama hadir dalam acara tersebut di atas. Maklumat adalah seperti berikut:
Acara: Demonstrasi Besar-besaran Mengutuk Keganasan Israel dan serahan memorandum
Lokasi: Di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang.
Masa: 2.00 petang (Selepas Sembahyang Jumaat)
Tarikh: 4 Jun, 2010
Saturday, May 29, 2010
JEJAK (IZIS)

Tuesday, May 25, 2010
KERINDUAN IMAN

Aku merindui saat-saat imanku meninggi..
Ada haruman hamasah di setiap desah nafasku..
Makin membara lagi,
bila melihat saudara seperjuangan membakar obor iman..
Siraman taujih dan lambakan taushiyah sentiasa mewangi...
Bila lagi akan kulalui saat itu...
Kini, imanku berbicara sendiri...
Mencari makna diri..
Makin rapuh, makin jauh..
Dari sendi iman, dari alur semangat pengorbanan...
Tarbiyyah...dakwah...begitu kumerindui dua bunga Islam itu...
Jiwa, hati, ruh...
Ke mana menghilang??
Kumerindu~