Tuesday, June 8, 2010

BAK TITIS EMBUN PAGI




Hari-hari berlalu gersang, diriku masih lagi sendiri berjalan di tanah kering kontang. Kadang, langkahku melonglai, mataku lemah, desah nafas penuh lelah. Kuakui, tarbiyah dzatiyah kian goyah, aku rapuh sendiri, tanpa teman dan sahabat yang mengerti makna juang, makna tarbiyah, makna fikrah dan makna dakwah.

Mampukah aku bertahan selama itu? Jihadku setiap minggu, jihad masa, jihad harta untuk bersama akhawat tercinta. Semua kerana DIA. Kerana imanku terjana kembali saat hati-hati bertemu dalam naungan doa Rabithah. Di sini, aku dan mereka bertukar fikrah, menjalin ukhuwwah dan saling mengokoh dakwah.

Namun, bila berlalu hujung minggu, aku sendiri lagi... Ibarat musafir yang berkelana tanpa bekalan. Lemah, lelah, goyah... Semuanya dikisar, lantas aku rebah... Kehausan, kepenatan, kerapuhan... Menanti hadirnya seorang insan di sisi.. Menanti hadirnya bak titis embun pagi. Bisa sirna dahaga yang kualami..

Sungguh, dalam hati hanya doa kuratib tanpa henti, agar KAU datangkan seorang teman... Aku tahu yang KAU mengerti hatiku, jiwaku... Sebagaimana Musa a.s sangat mengharapkan saudaranya Harun a.s untuk sama-sama menapaki jalan berduri, penuh onak dan tribulasi..

Saat, mataku hampir tertutup, terdengar akanku suara itu, penuh lembut, "Kak, kita solat Zuhur jemaah ya?". Matanya kupandang, wajahnya kuratah, penuh pengharapan dan penghargaan..

Insan itu telah datang, KAU kurniaankan teman seperjuangan buatku mengharungi perjalanan hidupku di sini. Alhamdulillah... Kini, aku tidak lagi kehausan solat jemaah, tidak lagi ketumpulan fikrah, tidak lagi kelemahan semangat..kerana dia ada di sisi, memahami, mengerti, mengdukungi.

Alhamdulillah...syukur...Hadirnya bak titis embun pagi...

Friday, June 4, 2010

Ayuh! Bangkitlah segera wahai umat yg sedang tidur!


Yang dihormati,

Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan

JEMPUTAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SECARA AMAN MENGUTUK SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DAN MENERUSKAN DESAKAN TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SUPAYA CAMPURTANGAN MENGHENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KEPADA WARGA DUNIA.


Merujuk kepada perkara di atas, kami menjemput tuan untuk bersama-sama hadir dalam acara tersebut di atas. Maklumat adalah seperti berikut:


Acara: Demonstrasi Besar-besaran Mengutuk Keganasan Israel dan serahan memorandum

Lokasi: Di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang.

Masa: 2.00 petang (Selepas Sembahyang Jumaat)

Tarikh: 4 Jun, 2010