Wednesday, January 12, 2011

SAATNYA BERLEPAS!

Sahabat, saat kita memulai kebiasaan baik yang baru, tantangan terberatnya adalah gravitasi yang begitu kuat dari kebiasaan lama, seperti pesawat luar angkasa yang memerlukan energi sangat besar untuk dapat lepas dari gravitasi bumi. Jangan takut, mulailah dengan do'a & penuh keyakinan ! (Pak Apud Kusaeri)

Sungguh energetic kata-kata yang di'posted' oleh Pak Apud pagi ini. Kebetulan pula saya memang sedang merasai kuasa 'graviti kebiasaan lama' dalam hidup saya. Memang betul, analogi yang diberi oleh Pak Apud itu memang tepat.
Pengalaman menaiki pesawat suatu ketika dahulu membuktikan bahawa saatnya pesawat itu hendak berlepas, saat itulah kuasa graviti bumi paling kuat yang harus diharungnya. Kelajuan pesawat adalah paling minimal, sehinggakan saya merasakan yang muatan dalam pesawat itu terlalu berat agaknya sehinggakan pesawat itu bagaikan terseksa untuk berlepas.

Tetapi tidak! Itulah yang dinamakan daya graviti bumi yang harus dilawan oleh pesawat itu. Sama juga dengan analogi yang diberikan oleh Pak Apud. Untuk memulai suatu kebiasaan baru, the fisrt step is always the harder. Betulkah?
Mungkin tak semua orang yang merasainya, tapi bagi saya memang betul. Ini kerana tabiat yang pada awalnya kita yang ciptakan, akhirnya telah membentuk siapa diri kita. Oleh sebab itu jika ingin memulakan satu tabiat baru, mulakan dengan yang positif!
Saya teringat satu kata-kata ini:
Sesungguhnya jalan menuju puncak itu sulit tetapi bertahan di puncak itu jauh lebih sulit, kerananya jangan sesekali menganggap jalan untuk mengubah diri itu mudah.

Sungguh, kadang-kadang kita rasa tak berdaya untuk melawan daya graviti kebiasaan lama itu, namun percayalah, di hujungnya kemanisan. Jangan takut, mulailah dengan doa dan penuh keyakinan!

Tuesday, January 11, 2011

Ali-Imran: 190-194 (Tafsir ayat)

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.


(yaitu) orang-orang yang mengingat allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."


Ya Tuhan kami, sesungguhnya orang yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh Engkau telah menghinakannya dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang yang zalim.



Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (yaitu), "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.


Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu. Dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sungguh, Engkau tidak pernah mengingkari janji."

p/s: tugasan minggu ni, hafal ayat ni...walaupun dah biasa dgn ayat ni tapi time tasmi' tibe2 lost, kena refresh ni...jom2!

Friday, January 7, 2011

EKSPERIMEN BALANG MASA

Saya terpanggil untuk berkongsi satu eksperimen yang saya belajar semalam di satu program Ta'lim Rabbani tentang EFFECTIVE TIME MANAGEMENT, oleh Akh Raswan. Memang talk itu menarik sangat kerana diselang-selikan dengan question dari speaker. Jadi tidaklah mengantuk kami dibuatnya.

Sekarang, saya hanya nak buat eksperimen ni sahaja dengan anda semua. Tahu kenapa? Hanya dengan eksperimen ni sahaja, everthing yang dibincang dalam program tu semua ter'cover'.

Baiklah...Sekarang ni mari kita ber'eksperimen'.

Objective:
  • Membuat analogi tentang pengurusan waktu

Materials and Equipments:

balang kosong



batu besar(beberapa ketul)


sedikit pasir


sebotol air
Procedure:

  1. Masukkan kesemua batu-batu besar tadi ke dalam balang kosong itu sehingga penuh.
  2. Isikan pula balang tersebut dengan pasir sehingga penuh.
  3. Tuangkan pula air ke dalam balang yang terpenuh dengan batu dan pasir tadi.

Result:

Balang yang tadinya kosong, kini telah terisi dengan batu besar, pasir dan juga air. Langsung tiada ruang-ruang kosong lagi di dalamnya yang boleh diisi.

Betul?

Discussion:

Inilah analoginya tentang pengurusan masa kita. Balang besar itu ibarat masa yang kita ada. Batu-batu besar, pasir, dan juga air itu adalah aktiviti-aktiviti yang harus kita atur untuk mengisi masa kita dengan sebaiknya.

Seandainya, kita meletakkan pasir itu dahulu ke dalam balang sehingga penuh, pastinya kita tidak akan dapat untuk memasukkan batu-batu besar itu bukan? Sila cuba kalau tidak percaya.

Begitu juga jika penuhkan balang itu dengan air, sudah pasti kita tidak dapat untuk mengisi pasir dan juga batu-batu besar itu kerana air yang berada di dalam balang itu pasti akan melimpah.

Rasionalnya di sini..."Put the first thing first."

Saya tertarik dengan respon jawapan dari salah seorang yang ditanya oleh speaker semalam.

Yes! Jawapannya untuk pengurusan masa ini adalah PRIORITI/PRIORITAS. Kita masih boleh mengisi masa kita dengan hal-hal yang kecil jika kita sudah utamakan yang besar dahulu.

Prinsip ini mudah untuk difahami tetapi kita sering melanggarnya. Masih lagi kita cuba untuk meletakkan 'pasir' itu dahulu bahkan lebih suka menuangkan 'air' untuk mengisi 'balang' masa kita padahal hakikatnya kita tidak perlu pun untuk mengisi balang masa kita dengan air itu.

Conclusion:

Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah tentang pengurusan masa kita. Bagaimana kita menata waktu. Kesimpulannya, kita haruslah meletakkan prioriti terhadap perkara-perkara yang ingin kita lakukan. Sudahkan yang urgent&important dahulu.

Baiklah. Eksperimen tamat. Saya kira pasti anda semua sudah mendapatkan satu poin dari eksperimen yang kita lakukan sama-sama tadi.

Jadi, carilah keberkahan waktu itu dengan perencanaan yang teliti. Kerana kita tahu bahawa Al-wajibat aktsar minal aukat kan? Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang kita ada.

STOP PROCRASTINATION!
THINK FRESH!
GET ORGANIZED!
SET YOUR PRIORITY!

DO IT NOW!

p/s: Jangan pandai tulis je sang penulis...=)

Thursday, January 6, 2011

BE THE MOST WANTED!

YOU HAVE TO BE WANTED!
Bergetar hati ini mendengar kata-kata daripada Dr. Harlina Hj. Siraj dalam satu program baru-baru ini.

First thing before you be a winner is...." YOU HAVE TO BE WANTED!". Mulai daripada saat kelahiran anda. Yes! Itulah antara kriteria-kriteria orang yang berjaya.

Teringat lagi kata beliau.

Jadilah anda seorang yang..
  1. Kehadirannya diharapkan.
  2. Suaranya didengari.
  3. Kebaikannya ditiru.
  4. Gagasan pemikirannya dipegang.
Semoga kelahiran anak buahku, Muhammad Izz Ziqry Bin Norman Alwi yang dinantikan, ditunggu-tunggu akan menjadikannya seorang anak yang soleh, pemuda yang berjaya dan hamba yang taat pada Tuhannya.


Comelnya Izz Ziqry.


Menangkan Dirimu dan Bergeraklah!


p/s: Kholah sedang rindu sama Izz ni...Tunggu kholah balik nanti ya?

Monday, January 3, 2011

UKHUWAH KITA!


Tiada kata lagi…

Melihat mata mereka terpancar hamasah

Melihat wajah mereka membara jiddiyyah

Melihat senyum mereka menguntum ukhuwah

Antara nikmat paling indah dalam hidup ini

Di mana lagi?

Akan kumiliki insan-insan ini

Akan kurasai ikatan hati ini

Akan kucari ganti diri

Kita telah berbai’ah…

Akan selalu memikul penderitaan

Demi memenangkan prinsip

Melihat Islam tertegak

Melihat Ikhlas bagi-Mu, Tuhanku

Ayuhal akhawat mahbubah…

Bersamamu kita terus melangkah

Bersama dakwah kita tempuhi mehnah

Takkan pernah kita mengalah

Kita mantapkan iman dan akidah

Jangan lupa mutaba’ah ibadah

Kerana dengan iman, lahirnya ukhuwah

Kerana ukhuwah, kita teruskan dakwah

Hanya kerana Allah!

SETELAH KUBULATKAN TEKAD!


Alhamdulillah....

Usai sudah perjuanganku selama 3hari 2malam di NLB. Segala yang kuharungi selama itu semuanya atas kekuatan Allah yang meneguhkan putusanku. Segalanya telah diserahkan kepada Allah sebaik sahaja bertekad. Dan sungguh Allah itu sangat menyayangiku. Banyak perkara dari post sebelum ni telah pun Allah ambil alih. Sungguh ajaib kuasa tawakal ya?

  • Kakakku yang sepatut due 31hb masih belum bersalin, ini memberi peluang kepadaku untuk menghadirkan diri sekiranya sudah sampai waktu.
  • Kakiku yang sakit saat berjalan, langsung hilang kesakitannya sepanjang perjuanganku dan lebih kagum sekali dengan kuasa Allah, jungle trekking juga bisa kutempuh tanpa rasa sakit kaki itu.
  • masalah rabun tak menjadi masalah besar rupanya kerana kebanyakkan penyampaian sangat jelas walaupun tanpa melihat dengan jelas.
Tiada kata lagi, Allah lah yang di sebalik semua ini.
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Thursday, December 30, 2010

AKU MAHU BERSAMA DAKWAH


"Seolah-olah menuju medan juang,...tidak akan kembali lagi..."

Sungguh syahdu kata-kata itu menyusup kalbuku. Namun, ada juga beberapa hal membuatkan aku benar-benar terjepit. Aku sungguh memaksudkannya...

Aku tidak mahu beralasan lagi, itu janjiku pada diri suatu waktu dahulu. Namun, rencana Allah itu tepat sekali waktunya, ujian hadir untuk menduga ketegaran dan keteguhan kita..intinya adalah keikhlasan. Ikhlaskah aku saat berbai'ah pada diriku dahulu?

~Menanti kelahiran anak kakakku, anak buah pertama dalam keluarga kami, cucu dan cicit pertama dalam keluarga besar kami, semua ahli keluarga berkumpul. Tarikh due nya 31/12/2010 atau 1/1/2011. Clash langsung dengan seruan NLB. Dan aku tidak dapat meluangkan sedikit masa pun? Itu yang akan kudengar dari mereka nanti.

~Hidup dalam kecacatan. Sudah seminggu aku berjalan dan belajar dalam keadaan rabun. Cermin mataku tertinggal di rumah. Semuanya silapku. Yang tidak terorganisasi dalam urusan.

~Slip gaji ayahku ada padaku. Dan adik bongsuku memerlukannya untuk daftar ke sekolah menengah Sabtu pagi ini. Apa yang aku perlu buat ni?

~Sejak akhir-akhir ini, kakiku sering sakit. Kaki kiriku sudah tidak kuat seperti dulu. aku tidak dapat berpijak betul-betul pada lantai. Duduk bersila juga tidak boleh lama. Aku tidak main-main. tapi hampir setahun aku deritai sakit ini. Sejak MK yang lepas. Kakiku lemah kerana dulu tiba-tiba saja ada bunyi tulang bergerak pada lututku. Dan aku masih tidak periksa apa puncanya. Silapku juga.

Kalau diikutkan mahu sampai 1001 alasan ya.

Benar, inilah hambatan-hambatan yang terpaksa ku hadapi untuk menyahut seruan NLB. Terlalu kecil dan lemah kan alasan-alasan ini?

Tapi hal ini sangat-sangat memberatkan hatiku untuk menyahut seruan NLB itu. Aku termangu petang ini, mengharapkan sedikit kata semangat dari dalam diri. Aku membuka almari buku dan mencapai sebuah buku bertajuk "Komitmen Da'i Sejati". Harap-harap aku temui keteguhan dan semangat.

Mengutamakan Kepentingan Pribadi atas Kepentingan Bersama.

Kena sungguh aku dengan tajuk ini.

"Aktivis dakwah adalah satu-satunya orang yang bisa mengutamakan salah satu kepentingan atas kepentingan lainnya."

Adush! Terkena aku..Apa lagi ya..

"Dia mampu menempatkan dirinya; di antara orang-orang yang malas dan berpangku tangan."

Ya Allah..kali ini aku memang terpukul. Lagi...

"Hanya ada dua pilihan yang bisa dilakukan: mengutamakan dakwah atau tidak sama sekali."

Aku akuinya....

"Di sisi lain, dakwah hanya bisa diperjuangkan oleh orang yang benar-benar menguasainya secara utuh, mahu mengorbankan jiwa, harta, waktu dan kesehatannya, sebagaimana dinyataakan oleh Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna.


Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (9:24)


Emmm......
Jangan mengeluh wahai diri...
Terakhir sebelum aku berhenti...

"Barangsiapa yang siap mengusungnya, maka dia akan hidup dengan dakwah dan dakwah akan hidup kerananya. Sedangkan orang yang tidak sanggup memikul beban dakwah, maka dia tidak akan mendapat pahala para pejuang dan akan tersingkir bersama orang-orang yang tinggal diam dan tidak berjuang, lalu Allah akan menggantikan posisinya dalam dakwah dengan orang lain."

Tak mahu!
Tak nak!
Aku masih mahu bersama dakwah.
Ya Allah, teguhkanlah hatiku ya Allah....
Wahai hati, hilangkanlah kegusaranmu, yakinlah dengan janji Allah!
Jangan pernah ragu!

Syaheera...



Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.