Tuesday, February 22, 2011

JARUM TEMAN BAIKKU

Tiba-tiba saja mahu berkongsi tentang rutinku sejak sem lepas hingga sekarang. Mungkin gara-gara terbaca artikel dari seorang adik ni kot. =)

Kalau orang lain ada yang takut jarum..ada yang derma darah setahun sekali..tapi saya, saya terpaksa draw darah setiap dua kali seminggu atau sekali seminggu.

Semuanya kerana tuntutan Final Year Project. Setiap kali ke lab klinik IIUM, saya akan draw sebanyak 15ml darah ke dalam 3mlx5 tiub. Rasa sakit dah tiada..Kalau mula-mula dulu adalah rasa seram sejuk tapi sekarang, Allah dah hilangkan perasaan itu semua.

alat-alat inilah yang digunakan


Setiap kali nak draw darah, mesti muhasabah diri dulu. Mesti istighfar banyak-banyak dulu. Manalah tahu, masa jarum tu menghisap darah saya, ruh saya juga turut dicabut saat itu. Semua ini buat saya rasa lebih dekat dengan Allah.

gambar hiasan je =)

Dua benda saya belajar sepanjang perjalanan FYP saya yang masih panjang(panjang ke?) dan masih belum habis lagi pun iaitu Pengorbanan dan Kesabaran. Dua elemen yang sangat penting bagi saya dan setiap orang untuk menempuh kehidupan ini.

Setakat ini kedua-duanya masih belum tercabar. Andai tercabar, pastilah saya sudah lama give up dari semua ini. Hidup ini perlukan pengorbanan..atau kita perlu berkorban untuk hidup?

Bunyi macam sama saja kan?

Dan kadang-kadang terpaksa buang darah-darah tu bila ia dah oxidized dan tak boleh digunakan lagi..Sedih masa nak buang darah saya sendiri tu tau..='(


Baiklah..selesai sesi curhat...kepada adik itu, jangan takut-takut jarum lagi ek?huhu..=)

p/s: hari ni hajat nak draw darah lagi tapi tak jadi sbb pic kt lab klinik tu takde..postpone to this thursday..doakan saya ya.. ada orang kata saya makin 'naik' sebab selalu draw darah. betul ke?

Friday, February 18, 2011

CERMIN DIRI BUKAN CERMIN MIMPI

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama

(Cermin Mimpi-M.Nasir)


Kita melihat saudara kita, bukanlah untuk mengaibkannya. Bahkan, setiapnya adalah untuk pembaikan.

Ya, cukup nyata. Tiada orang yang sempurna. Kita melihat. Mereka juga melihat. Namun, biarlah kita melihat dan mengukur dengan kaca mata keimanan.

Kerana...Masalah yang menimpa atau kekurangan seorang muslim merupakan ujian buat kita semua. Bukan seorang sahaja.

Dan, kekurangan itu bukanlah untuk diaibkan, diceritakan. Juga bukan untuk didengarkan.

***Ibarat melihat cermin, memburukkan orang lain...sebenarnya memburukan diri sendiri. Dengan menyatakan diri kita lebih baik, sebenarnya menampakkan lebih buruknya diri kita.***


p/s: cermin,cermin...siapa yang paling cantik? =p

Wednesday, February 16, 2011

I AM LOST


FYP
STUDY
HABITS
LAZY
FAMILY
ATTITUDE
DAKWAH
MUTABA'AH IBADAH

MODE>>>INTEGRATION

Ohh...I am partially lost!

Ya Allah...bimbinglah daku..
Please~

Tuesday, February 15, 2011

AIR MATA CINTA


Pagi ini, langit sangat tenang. Cerah. Seperti meraikan tarikh 12 Rabi'ul Awwal ini. Alhamdulillah, aku dapat menikmati pagi ini dengan sebuah kisah yang kubaca dari blog seorang teman. Air mataku berderai tak terhingga. Ya Rasulullah, kami merinduimu...

*************************************************

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Amin..
**********************************************************************

Sungguh, aku merinduimu ya Rasulullah...
Biarkanlah tangis dan airmata ini menjadi saksi cintaku padamu..Wahai seorang kekasih...

Monday, February 14, 2011

DERIVATIVE VS INTEGRAL


Maaf. Atas tajuk yang sangat 'allergic' buat sesetengah orang. Tiba-tiba jadi macam pening kepala ya? Mathematics? Calculus? Kalau budak-budak 'engineering' mesti teringat math 4 atau math 5 kan?

Oh, tidak. Saya bukan nak bercerita tentang derivative atau dalam bahasa melayu disebut 'pembezaan' dan integral atau dalam bahasa melayunya 'pengamiran' (rasa pelik bila translate sebab dah biasa english).

Saya nak bercerita satu lagi konsep yang saya dapat dari subjek Bioprocess Control yang amat saya 'cintai'. Anda faham tak maksud kartun di atas? Faham?

Sedikit cerita tentang kartun di atas. Kartun tersebut menceritakan tentang seekor tupai yang hampir saja dilanggar oleh sebuah kereta. Dia menjerit "What th?!" kerana sangat terkejut. Manakala sahabatnya pula menasihatinya "I think you needed more derivative than integral action".

Sedikit definisi. Baiklah, kalau dalam bioprocess control bila ada saja derivative ni, pastinya berkaitan dengan 'forward', 'moving' dan juga 'increase'. Sebaliknya bila ada saja integration, pastinya berkaitan dengan 'stop', 'static' dan juga 'decrease'. Cukup setakat itu. Saya takkan terangkan selebihnya. Pening.

Berbalik kepada kisah si tupai di atas. Andai saja si tupai itu menggunakan aksi 'derivative' dari awal lagi, pastilah kejadian hampir dilanggar kereta itu tidak berlaku. Sedangkan jika si tupai menggunakan aksi 'integral' saat itu, pasti akan dilanggar oleh kereta yang laju itu.

Dua aksi yang berbeza, kesan yang berbeza, tapi controller yang sama. Kita adalah controller itu. Kitalah yang mengawal setiap aksi.

Sama juga dalam kehidupan kita. Kita sangat memerlukan fungsi 'derivative' ini dalam setiap apa yang kita lakukan. Sentiasa perlu bergerak, beraksi, cergas dalam mencari setiap penyelesai dan pantas membuat keputusan. Ya! Dalam hidup ini kita perlu bergerak! Bergerak membuat perubahan dalam diri dan kemudiannya akan bisa merubah persekitaran. Pastinya dari negatif ke positif.

Aksi 'integral' tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kita akan mundur, terkebelakang, tercicir dan tertinggal. Kita akan cepat putus asa dan kita takut untuk memulai langkah atau mencetus perubahan.

Yang menulis tidak sempurna. Saya juga pernah dilanda 'integration' yang agak lama dalam hidup saya. Kini, saya cuba untuk memberdayagunakan fungsi 'derivative' dalam diri saya. Dalam setiap aspek. Aspek dakwah, aspek 'study' dan aspek seorang hamba. Semuanya mahu di'differentiate'kan. InsyaAllah.

Semoga entri kali ini memberi manfaat. Sebenarnya sudah lama mahu berkongsi tajuk ini tapi sering ditunda. Kali ini, Allah izinkan. Sekadar perkongsian dari apa yang saya dapat dalam kelas. Memandang dari sudut seorang insan.

Jadi, activate diri anda. Tekan button derivative mode dan bergeraklah. Tetap semangat!


Wednesday, February 9, 2011

ROSES ARE RED, VIOLETS ARE BLUE

SOMEONE LOVES YOU,

HERE IS A CLUE:

Setiap orang pasti memiliki insan istimewa di hatinya bukan?

Pasti ada satu nama yang terpatri di hati anda.

Pasti!

Sama ada nama ibu, nama bapa, nama lecturer atau nama 'seseorang'.

Pasti!

Tapi,

Tahukah anda?

Ada satu nama yang telah sedia bertakhta di hati anda.

Anda tidak sedar sejak bila nama itu bertakhta.

Dan...

Dia sangat menyintai anda.

Sangat!

Dengarlah bisikan cinta ini:

"Everyday I love you. Do you love me?"

From: Him.

Siapa dia?

Dialah yang bertakhta di hati anda.

Let's discover His Love!

Friday, February 4, 2011

APA KHABAR MISR?


Nampaknya semakin panas. Kondisi Mesir mengocak ketenangan hatiku..semoga saudara-saudara kita di sana selamat..ya Allah..lindungilah mereka..bantulah pejuang2 agamaMu di sana. amin...

Jangan ditambah rencah keresahan dan perisa kerisauan..