Wednesday, December 18, 2013

JAWAPAN!

Apabila kita bertanya, pasti kita mahukan sebuah jawapan. Lebih-lebih lagi dalam hal-hal yang melibatkan hati. Jawapan yang jelas dan konkrit memang sangat diperlukan. Tapi, apa yang sering berlaku adalah, yang memberi jawapan selalunya hanya memberikan jawapan yang ala kadar. Jawapan yang kabur. Jawapan yang harus dijawab sendiri. Sangat menyakitkan ya apabila kita bertanyakan sesuatu tetapi jawapannya adalah seperti ini,
"Soalan tu awak sendiri dah ada jawapannya jadi tak perlu saya jawab."
jawablah dengan 'bulat'




                                 

Sunday, May 19, 2013

Come Back!

1 June 2012. Oh, itu rupanya tarikh terakhir saya mengepos entri. Astaghfirullah.. Entah kenapa boleh jadi macam itu ya? Inilah yang dinamakan alasan. Alasan kesibukan... Alasan kerja... Alasan komitmen lain. Tapi percayalah, jauh di sudut hati ini, sangat-sangat merindui tulisan-tulisan sendiri. PERCAYALAH!

Diri, kembalilah... Hati, berbisiklah... Kalam, berbicaralah, Pena, menulislah...

Friday, June 1, 2012

I'm Back!

Astaghfirullah... 
Berhabuknya blog ni. Penuh dengan sawang labah-labah. Aduhai, sudah berapa bulan agaknya ya saya tinggalkan blog ini tanpa menziarahnya?






Baiklah, time to act! Mari menyapu habuk dan sawang-sawang ni! 


Saya perasan 'busy' kot. =) Padahal setiap orang tu diberi 24 jam. Perdana Menteri diberi 24 jam. Tidak patut 'busy' itu dijadikan alasan kan?






Semoga tahun 2012 yang masih berbaki setengah tahun ni memberi saya lebih ruang dan masa.






Ya! Untuk 'update' blog ini dari masa ke masa. Chaiyok!





Tuesday, January 3, 2012

FASA BARU




Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu terpacul dan terpercik dari hati juga mulut ini melainkan kalimat itu. Atas setiap hal dan peristiwa yang berlaku pada diri ini sepanjang tahun yang berlalu. 2012 membuka lembaran baru yang kukira benar-benar baru buat diri ini. InsyaAllah, satu pembuka dan pemula fasa hidupku yang baru. InsyaAllah, akan berakhirnya pengajianku dari  madrasah tarbiyah UIA ini, dan terus memulakan fasa seterusnya iaitu fasa pekerjaan. 

Alhamdulillah, temuduga tadi berjalan lancar. Diterima bekerja dan harus memulakannya esok. Jujur, perasaanku bercampur baur. Berselirat dengan pelbagai rasa dan jiwa. Untuk peperiksaan yang terakhir ini, aku belum menempuh satu kertas pun lagi. Peperiksaanku bermula 5hb, kemudian 6hb, 9hb dan akhirnya pada 12hb. Dalam keadaan kerisauan akan peperiksaan yang terakhir ini, Allah beriku rezeki, yang harus kupikul amanahnya. Aku perlu masuk kerja hari-hari termasuklah pada hari peperiksaan. Jika sampai waktu peperiksaan, aku diberi pelepasan untuk keluar menjawab kertas peperiksaan. Hanya mampu berusaha sedaya upaya, berdoa dan bertawakal agar semuanya dipermudahkan Allah. Dia Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Menata Segela Urusan.  

Alhamdulillah, waktu malam yang Allah kurniakan buat manusia, hari ini aku melihat malam itu ibarat satu rahmat terbesar. Sebenarnya, setiap ciptaan Allah adalah suatu rahmat terbesar cuma kadang-kala kita sudah biasa hidup dengannya hingga tak merasakan kebesaran ciptaan Allah itu. Ya, malam. Malam lah waktu yang bakal menjadi 'siang' buatku. Malamlah saat aku akan menghamburkan segala usahaku untuk mengulangkaji dan menelaah pelajaran. Semoga Allah beriku kekuatan untuk memikul dua amanah dalam satu masa yang sama. Walaupun kalau diikutkan sejarah, aku ini adalah orang yang tak mampu melakukan dua perkara dalam masa yang sama. Sungguh aku takut, tapi aku harus menghadapi dan memenangkan keadaan ini. Pergantunganku harus total kali ini. Tiada lagi keraguan.

Alhamdulillah, mendapat sokongan dari keluarga adalah perkara yang utama juga. Cuma, mereka juga risau jika aku terkandas peperiksaan ini kerana tak dapat fokus. Itu sudah kufikirkan. Hanya satu yang terlintas di fikiran, aku akan cuba sebaik mungkin dan serahkan sebulatnya pada Allah untuk menetapkan keputusan. Aku tidak memandang lagi bahawa pensyarahku yang menentukan kelulusan dalam semua subjek, tapi Allah! Allah lah Pemarkah Utama yang kulihat satu-satunya sekarang. 

Alhamdulillah. Aku tak minta banyak dalam fasa hidupku seterusnya ini. Yang kuharapkan, tarbiyah berterusan, dakwah terus rancak, tanggungjawab pada keluarga terlaksana dan pembangunan diri berkembang. Adakah aku terlalu meminta sesuatu yang ideal? Tidak bagiku. Kerana setiap apa yang kita mahukan, kitalah yang menentukan tercapai atau tidak. Semoga Allah merahmati dan memberkati permintaanku ini. 

Buat yang membaca entri ini, kumohon doa kalian agar aku terus tegar dan teguh dalam menempuh fasa baru dalam hidupku ini. Aku perlukan kumpulan doa dari insan-insan yang mengenaliku saat ini. Jazakumulluhu khair kudahului andai sempat kalian mendoakanku. 

Semoga bertemu lagi sini.


(Maafkan diri ini kerana terlalu lama tidak berkongsi motivasi dan ilmu. Tiada alasan.)

Nur Syaheera Binti Mohd Yusoff
3 Januari 2012
6.36 PM

Sunday, December 11, 2011

Be the Agent of Change!

nak berubah!


Apakah kondisi umat Islam masa kini? Lihatlah di kiri dan kanan kita, ternyata pandanganmu tidak akan jatuh pada tempat yang tidak ada kerosakan sosial atau akhlak di situ. Di mana-mana, kebejatan sosial dan keruntuhan institusi kekeluargaan berkembang bagaikan kanser yang merebak pantas. Keganasan rumah tangga, perceraian, pembuangan bayi, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transeksual), budaya ‘emo’, riba dan pelbagai lagi menjadi gaya hidup dan rutin  umat Islam masa kini.
            
Inilah gambaran keadaan dunia Islam kontemporari (saat ini) dengan segala kekurangannya. Kondisi umat Islam saat ini penuh dengan kelemahan. Kelemahan-kelemahan itu terkait dengan kapasiti intelektual dan masalah moral.

Kita melihat kelemahan dari aspel pendidikan secara formal mahupun tidak formal. Sistem pendidikan yang lemah gagal melahirkan generasi yang berfikir di luar kotak. Generasi ini sudah terbiasa dengan sistem ‘suap’ sehingga kelemahan ini akan memustahilkan lahirnya generasi kebangkitan umat. Sistem pendidikan yang berat sebelah kepada pemikiran kaum hawa juga sedikit sebanyak membantutkan pertumbuhan pemikiran kaum adam. Kita mengetahui sistem pendidikan di negara ini gagal menyeimbangkan banyak aspek yang berkaitan dengan jantina. Kita lihat pendidikan di Malaysia lebih banyak menggunakan gerak kerja akal ataupun otak, penulisan dan penghafalan di mana kita mengetahui bahawa semua ini sangat kurang dipraktikkan oleh kaum adam. Kaum adam lebih gemar akan gerak kerja fizikal, yang menuntut kemahiran kreatif, penyelesaian masalah dan lebih praktikal. Sistem pendidikan di Malaysia gagal menyediakan ini semua.

Sekarang ini terjadi gerakan-gerakan yang mengibarkan bendera kebathilan, mereka membangun pengorganisasian yang solid sementara umat Islam lemah dalam pengorganisasian sehingga kebathilan akan diatas angin sedangkan umat Islam akan menjadi pihak yang kalah. Sesuai perkataan khalifah Ali ra “Kebenaran tanpa sistem yang baik akan dikalahkan oleh kebathilan yang terorganisasi dengan baik”. Kita melihat contoh-contoh organisasi kebathilan LGBT dan seumpamanya, mereka rupanya sangat tersusun dalam memperjuangkan hak-hak yang menyeleweng itu. Bagaimana organisasi Islam bangun dan membanteras masalah ini? Di manakah gerakan-gerakan serta perencanaan yang kemas yang telah dibuat? Umat Islam hanya lebih banyak bertelagah dan menyorak slogan-slogan perpecahan daripada memikirkan kemaslahatan umat ini.

Umat Islam dewasa ini tidak menyedari bahawa begitu banyak nikmat-nikmat yang Allah SWT berikan dan tidak mensyukurinya. Jika umat Islam mersyukuri segala nikmat Allah, dari bentuk syukur itu akan muncul kuatut tanfidz iaitu kekuatan untuk mendayaupayakan potensi diri dan sekarang umat Islam lemah sekali dalam mendayaupayakan diri apalagi meningkat secara kolektif.

Kondisi umat yang sakit ini seharusnya mengobarkan semangat pemuda untuk menjadi agen perubah. Perasaan cemburu (ghirah) terhadap masalah ini harus ada dan membuak-buak dalam dada seorang pemuda. Kepedulian, sensitiviti dan kepekaan pemuda akhirnya harus melahirkan keinginan untuk berubah, memperbaiki diri lalu atas desakan iman dan semangat cemburu itu akan tercetus di pemikiran setiap seorang pemuda untuk menjadi agent of change (agen perubah) dalam sesebuah masyarakat. Allah berfirman dalam Surah Al-Kahfi: 13;

“…Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.”

Monday, November 14, 2011

KATA DIKOTA, AKSI DIPAKSI!

Cakna Info Ummah, Nasyrul Fikrah bil Kitaabah!

credit to umynuri & syida (+ awatif)

Setelah janji diikrar, resolusi dibentang, maka apa lagi yang tinggal melainkan berbuat. Kata dikota, aksi dipaksi! Cabaran buat i-MEDIA MK 2011.

Allah, Rasul-Nya serta orang-orang beriman menjadi saksi atas apa yang dijanji, atas apa yang dikata. Mari berbuat dan beraksi!

Kita haruslah menjadi bahagian dari usaha-usaha untuk menegakkan daulah Islam, walau sekecil mana. walau hanya sebagai 'tiang' kecil.


jangan hanya berkata saja

"Wahai orang-orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan. (Itu) Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (61:2-3)





mode: sedang dayagunakan momentum semangat MK 2011.



Sunday, November 6, 2011

INSAF, TAUBAT DAN IKHLAS

semurni titis embun

'Panggilan Baitullah', begitulah tajuk drama TV3 malam ini. Sarat dengan ibrah yang bisa kita sama-sama muhasabahkan dan amalkan. Astaghfirullah...

 "Biarlah masyarakat tidak kenal kita, tapi Allah kenal kita." 

Kata-kata keinsafan yang terluah dari watak utamanya yang sudah 11 kali mengerjakan haji. Dan tahun ini adalah hajinya yang ke-12. Sebelum ini, setiap amal kebajikan yang dilakukannya, mahu disebarkan, digembar-gemburkan, setiap kata-katanya berbau riak serta kebanggaan.

Peringatan demi peringatan datang dalam bentuk mimpi, dan kesemua itu hanyalah untuk menegur dan menyedarkannya. Kesemuanya adalah rahmat dari Allah. Allah sangat suka akan hambaNya yang kembali kepadaNya. Yang bertaubat dengan seikhlas hati.

Kadang-kala hidayah dariNya datang dari tangan seseorang. Kehadiran seorang pemuda yang benar-benar ikhlas berkorban telah membuka matanya, membuka hatinya. Allahu Rabbi..Besar sungguh kuasa Allah. Limpah rahmat dan kasih sayangNya meluas buat hamba-hambaNya.

Penghabisan kisah ini membuatkan meremang bulu roma saya. Allahu Rabbi... Husnul Khotimah..dambaan setiap insan di dunia ini. Ajal dan maut semua di tanganNya.

Semoga keikhlasan yang murni kerana Allah akan sentiasa memacu kita untuk beramal lalu membuahkan kemanisan iman.

Astaghfirullah robbal barroya...
Astaghfirullah minal khotoya...

(T__T)

Hanya taqwa yang sampai kepada Allah..


>>Mode sayu+tersentuh dengan drama ini. Terus rasa nak menulis. Bila dah menulis, rasa tiada kata yang dapat gambarkan perasaan ini. Astaghfirullah..maaf atas kekhilafan diri..sekadar mahu berkongsi...